Thursday, October 23, 2008
Guru Biasa, Guru Murabbi

Aku terbaca komen yang ditulis dalam ruang komentar blog aku. Aku rasa terpanggil untuk menjawabnya.

Wah, hati aku berbunga-bunga melihat baju melayu pemberian Cikgu Jimi dipakai mereka. Sejuknya terasa.


p/s: Bro, aku dihurung sedih. Minat menjadi guru dihalang ibu (juga seorang guru). Katanya belajar jauh-jauh di negara orang, tak berbaloi jadi guru biasa. Aku ingin kekuatan, bro. Titipkan aku kata-kata semangat ke emel, YM atau di entri barumu. Ku mohon.pembaca tegar 10.19.08 - 5:32 pm #

Wahai Pembaca Tegar, salam buat dirimu dan terima kasih sekali lagi kerana menjadi pembaca setia di sini.

Pernah tak kamu mendengar cerita bagaimana artis-artis veteran Malaysia jika ditemuramah dan ditanya apakah mahu anak-anak mereka menjadi seniwati seperti mereka. Jawapan mereka tentu sahaja tidak. Kerana keperitan dan kepayahan hidup yang kadangkala jauh daripada glamor.

Mungkin ibu kamu membayangkan hidup sebagai seorang guru tidak berbaloi, kerana dunia perguruan dan pendidikan tidaklah seidealistik dan seromantis yang kita fikirkan.

Buat guru-guru novis (baru), mereka mempunyai prinsip yang idealis. Sesungguhnya tiada yang salah tentang prinsip itu, cuma apabila kita sudah bergelumang dengan pelbagai rintangan dan pengalaman, tubuh badan kita menjadi layu atau "jaded". Realiti itu sangat menyakitkan, bukan?

Jadilah kita guru-guru senior yang sudah makan garam semuanya, tetapi sudah tidak betah mahu mengubah atau mendidik, seperti yang telah dijanjikan pada ikrar guru saat dilantik dahulu.

Tuntasnya, ia tidak seindah yang disangka. Seperti juga seorang doktor yang dikekang beban tugas dan gaji yang sedikit berbanding doktor di pusat swasta. Seperti jururawat senior yang sudah tidak kuasa mahu menguntum senyuman kepada pelanggan mereka. Seperti kerani awam di meja pertanyaan yang menganggap pelanggan sebagai "gangguan".

Tetapi, percayalah dan yakinlah. Tidak semua kerani, jururawat atau doktor yang menjadi "lelah" sebegitu. Dan, sudah pasti ramai guru-guru senior yang sentiasa berkobar semangat dengan inspirasi idealis dan romantis mereka. Sama seperti ketika tahun pertama menjadi seorang guru.

Menjadi seorang guru bukanlah semudah A, B, C. Lapisan pertama, kamu harus bijak mengawal hubungan dengan anak muridmu. Lapisan kedua, dengan ibu bapa mereka. Lapisan ketiga, dengan pentadbir iaitu bos kamu. Lapisan keempat ialah hubungan sesama guru.

Menjadi seorang guru, prinsip utama ialah BERKORBAN. Malah, dalam apa jua bentuk tindakan , kita terpaksa mendahului orang lain dan bukan diri kita dahulu. Kita memandaikan anak murid kita yang mungkin menjadi orang terkaya di Malaysia satu hari nanti, sedangkan kita menjadi guru selama 30 lebih tahun lamanya dengan kenaikan gaji sebanyak 70 Ringgit setiap tahun.

Idealis menentang Realis yang pertama.

Menjadi seorang guru, kenaikan pangkat jauh sekali. Menjadi guru besar atau pengetua di sekolah bermakna kita akan meninggalkan dunia mengajar kerana kita sibuk mentadbir sekolah. Aku sekali -kali tidak mahu meninggalkan anak-anak murid aku, kerana apalah ertinya menjadi guru jika sudah tidak berinteraksi dengan anak murid. Terdapat sebanyak 300, 000 guru di seluruh Malaysia, katakan kepada aku sejauhmanakah pangkat yang boleh direbut oleh mereka?

Idealis menentang Realis yang kedua.

Guru sentiasa dipersalahkan. Hendak-hendak dalam zaman sekarang ini yang ibu bapanya lebih berpendidikan dan lebih segalanya daripada seorang guru. Tindakan kita sentiasa disalah ertikan. Menyuruh anak mereka menyapu sampah di kelas, mereka datang memarahi kita, mengatakan anak mereka bukan bibik Indonesia. Guru sentiasa disalahkan oleh masyarakat terhadap kelangsungan kejayaan anak bangsa. Tetapi, itulah tugas kita . Seorang guru biasa. Tetapi peranannya, hanya Allah yang sahaja maklumi.

Saat dan ketika ini, hampir setiap remaja sekolah di Malaysia ini yang memiliki telefon bimbit berkamera, yang boleh bertukar-tukar video lucah sesama mereka. Saat ini zaman remaja dan keruntuhan moral sehinggakan guru ditendang, atau kereta mereka dibakar oleh remaja samseng sekolah. Apakah ini kerjaya yang kamu mahu lakukan selama 35 tahun hidup kamu?

Ibu kamu sudah merasai garamnya kehidupan seorang guru. Barangkali, dia gusar dan bimbang, kamu mungkin menjadi seorang guru novis yang penuh idealistik dan romantik, mahu mengubah dunia dengan pelajaran tetapi pada akhirnya semangat dan inspirasi hilang ditelan rutin harian yang membosankan.

Jauh di sudut hati, itu yang dibimbangkannya.

Namun percayalah, sekiranya kamu mempunyai keghairahan atau passion yang meluap-luap. Sekiranya kamu percaya itulah kerjaya yang ditakdirkan, dan bukan kerjaya gantian akibat jumlah siswazah menganggur yang melambak. Sekiranya kamu percaya kamu bisa merentanginya selama 35 tahun, maka mungkin itulah kerjaya kamu.

Dalam sebuah ceramah, seorang penceramah pernah berkata

" Saya ni dah berpuluh tahun mengajar anak murid MRSM, menjadi mereka orang yang pandai-pandai belaka. Dalam hati berasa bangga, semua anak-anak murid saya semuanya berjaya. Saya juga banyak menang anugerah Guru Cemerlang, dan dipuji bermacam-macam, tetapi..

Tetapi, pada suatu hari saya terbaca untaian kata-kata yang mengesankan, yang berbunyi, sebaik-baik guru ialah guru yang mendekatkan diri anak muridnya dengan tuhan mereka, kerana itulah guru murabbi

Barulah saya sedar, bahwa selama ini saya hanya mendekatkan mereka dengan lapisan dunia material, maka saya bukan guru murabbi, betapa jahilnya saya sebagai seorang guru "


Jadi, bagaimana kita mahu mengintegrasikan dunia matematik, fizik, kimia atau sejarah kepada hubungan mereka dengan tuhan mereka?. Mendekatkan diri mereka dengan ilahi. Itulah cabaran paling besar guru sekarang, menjadi guru murabbi buat mereka.

Pabila aku terbaca komen kamu di sini, aku teringatkan perbualan aku dengan ibu aku. Ibu aku juga seorang bekas guru. Saat itu aku menyatakan hasrat mahu menjadi seorang guru.

" Bila orang jadi cikgu nanti, orang tak nak jadi cikgu yang biasa, orang nak jadi cikgu yang lebih daripada biasa "

Saat ini, aku pun tidak pasti apakah sebenarnya maksud biasa, luar biasa yang pernah aku ungkapkan itu dulu. Dan, betapa jahilnya aku kerana setelah tujuh tahun aku menjadi guru, aku nampak memang banyak guru di sekeliling kerjaya aku yang telah menjadi guru luar biasa. Lebih biasa daripada aku sendiri, yang sangat aku kagumi kekentalan semangat dan indahnya karisma mereka. Bezanya ialah, mereka tidak menulis blog seperti menceritakan pengalaman hidup mereka.

Aku tidak pasti bilakah aku akan menjadi seorang guru Murabbi, dan bilakah nanti aku menjadi seorang guru yang bukan biasa. Aku memang tidak pasti.

Kamu masih mahu menjadi seorang guru ? Guru atau Pendidik? Mahu menjadi guru biasa, lupakan sahaja. Mahu menjadi pendidik luar biasa, mungkin kamu yang dimahukan oleh anak bangsa kita. Jawapannya, terserah kamu.

Labels:

posted by jimi wiser @ Thursday, October 23, 2008







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart