Mengapakah filem ini cukup istimewa buat aku?Sudah tentu kerana ia kisah kepentingan sekolah, kepentingan pendidikan anak -anak, kepentingan pelajaran, sebalik zaman dahulu orang mementingkan rezeki yang kais pagi makan pagi, tetapi kisah demi kisah 12 anak ini, sangat mengkagumkan. Tambahan pula, watak dua guru
Bu Musalmah, Pak Harfan, yang penuh semangat pendidik, ikhlas dan gigih, sangat meruntun perasaan saat aku menghabiskan bacaan buku
Laskar Pelangi ini.
Kisah
Ikal, Lintang, Trapani, Sahara, Syahdan. Arghh, nama-nama anak-anak
Pulau Belitong yang bisa meruntun perasaan kalian, memahami setiap beza masalah mereka, perasaan mereka , anak-anak kecil, anak-anak orang miskin untuk belajar menjadi orang yang pandai.
Filem adaptasi ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti
Jajang C Noer, Slamet Rhardjo, Alex Komang dan banyak lagi. Dan, pastinya filem ini akan menjadi filem sebutan sepertimana filem
Denias, Senandung Di Atas Awan, yang juga kisah anak gelandangan yang mencari suara dalam pendidikan.
Oh, bukan itu sahaja yang istimewa tentang filem
Laskar Pelangi. Didatangi dengan muzik dan runut bunyi yang hebat. Lagu daripada
Nidji,Gita Gutawa, Sherina. Tidak hairanlah, filem ini diterbitkan oleh dua nama yang membawakan anda
Ada Apa Tentang Cinta, Tentang Dia iaitu
Mira Lesmana dan
Riri Reza! Mereka punyai resipi untuk filem-filem Indonesia yang bagus.
Tidak ramai yang tahu bahawa ketiga-tiga novel
Andrea Hirata adalah mengenai kisah kehidupan penulis
Andrea Hirata sendiri.
Laskar Pelangi ketika waktunya pada zaman anak kecil.
Sang Pemimpi ketika menjadi remaja. Manakala,
Edensor kisah hidupnya sebagai graduan di luar negara, tanah Eropah.
Ikal, itulah nama manja
Andrea Hirata dalam novel-novelnya.
Ikal merujuk kepada rambut penulis yang sangat ikal.