Sunday, September 07, 2008
Kehilangan
Cahaya matahari tidak menampakkan sirna yang jelas pagi ini. Malah, sehingga ke saat tulisan ini ditulis, masih lagi rintik-rintik air menghujani. Mendungnya tidak terkira, tetapi lagi mendung hati anak murid aku yang seorang ini.

Kisahnya begini

Pagi tadi, ialah hari terakhir kelas tambahan aku untuk murid-murid aku. Bayangkan sahaja, tinggal lagi 24 jam sahaja, peperiksaan UPSR bakal menjelang. Aku ambil kesempatan ini buat kesekian kalinya, membimbing mereka supaya melakukan yang terbaik.

Dari jam 8.30 pagi membuat beberapa ulangkaji. Diselang seli dengan gelak ketawa mengurangkan tekanan dan bebanan perasaan yang semakin menghimpit.

Jam 11.30 pagi aku menyelesaikan semuanya. Setelah melihat semua berlalu pergi, aku pun menutup pintu kelas dan beredar keluar dari kawasan sekolah. Sampai di rumah, sudah menunjukkan jam 12.00 tengahari.

SMS diterima

" innalillah warajiun , ayah Zaida telah pulang telah ke rahmatullah tadi. Jenazah akan sampai ke rumah petang nanti. Harap maklumkan pada cikgu-cikgu yang lain "

Aku kaget dan terpacul mulut di bibir. Beristighfar. Tanpa angin, tanpa petanda amaran, aku dikejutkan berita yang sangat mengejutkan. Ayah Zaida, ya, Zaida yang aku ajarkan Bahasa Melayu waktu pagi tadi sudah tiada lagi!

Terus aku menghubungi yang lain-lain.

Yang menakutkan dan amat dahsyat, bagaimana seorang anak sunti berusia 12 tahun itu akan menghadapi hidupnya tanpa ayahnya lagi?.

Apatah lagi, bagaimana dia mahu mengharungi peperiksaan UPSR nya yan tidak sampai sehari lagi?.

Entah mengapa, perasaan aku menjadi sebak, lalu aku menangis seketika. Membayangkan wajah Zaida yang tersenyum manis tadi. Saat aku bergurau dan memuji dia pagi tadi.

" Zaida, bolehlah ya 4A ke atau 5A kamu dapat nanti! " ujar aku.

Zaida hanya tersenyum. Keyakinan itu yang aku harapkan. Apakah Zaida mampu membina kubu kukuh di hatinya dengan peluru cekal dan tekad yang tabah, melupakan kesedihannya seketika lalu menumpukan terhadap 3 hari yang penting bagi hidupnya?


Saat itu, sudah terimbau perbualan aku dengan arwah ayahnya. Saat Hari Pelaporan Kad Kemajuan, dia datang berjumpa dengan aku.

" Zaida ni boleh kot dapat 4A atau 5A, dia lebih pandai daripada kakaknya Zaina. Abang doakanlah ya "

Arwah tersenyum gembira. Senyuman yang paling manis menguntum. Tanda bangga apabila anaknya dipuji oleh gurunya.

" Ya, cikgu. Terima kasih banyak-banyak, cikgu " berulang kali diucapkannya sebelum dia pergi.

Aku harap kepergian arwah dalam keadaan tenang dan gembira kesyukuran, melihatkan kejayaan anaknya yang telah membuahkan hasil. Alangkah terkilan dan kesalnya hati seorang ayah itu jika semasa hidup, anak-anaknya jauh daripada akhlak yang mulia. Syukurlah Zaida tidak begitu.


Arwah yang mengahwini seorang wanita berbangsa Cina itu, melahirkan tiga orang puteri. Zaina, Zaida dan Zaifa. Ketiga-tiga puteri itu, murid aku. Yang sulung juga akan menempuh PMR tidak lama lagi. Sungguh comel, yang berwajah kecinaan itu yang sentiasa menguntum senyuman manis itu membuatkan aku semakin sebak.

Aku baru sahaja pulang dari rumah arwah. Aku dan guru-guru lain sama-sama menunaikan solat jenazah. Pabila, ketiga-tiga puteri menatap wajah arwah ayah mereka buat kali terakhir, ratapan dan tangisan kedengaran bersahutan. Ibu mereka tenang sambil memeluk ketiga-tiga anak-anaknya.

Lantas, berjurai juga air mata aku melihat drama itu. Aku tepiskan air mata aku dengan pantas.

Jika inilah dugaan dan suratan kehidupan buatmu anak-anak muridku, aku lontarkan segunung ketabahan buatmu. Aku cambahkan benih kesabaran dan kecekalan. Mudahan dapat dituai, pohon subur keazaman dan kejayaan mengiringi seluruh langsungnya hidupmu, anak-anak.

Selesai solat jenazah, aku mendekati Zaida perlahan-lahan

" Sabar ya, Zaida, sabar ya " aku memujuk. Ibunya yang memandang anaknya itu menangis lagi. Disahut oleh Zaida barangkali terharu dengan ucapan aku.

Saat ini, aku masih terpaku. Esok, aku dan guru-guru lain akan ke rumahnya lagi memujuk supaya hadir juga pada hari Selasa, Rabu dan Khamis ini, dapat menghadiri ke sekolah menghadapi peperiksaan UPSR. Aku tidak pasti apakah jawapannya. Mudah-mudahan mereka tabah selalu.

Aduhai, mencabar sungguh tahun ini tugas aku sebagai guru.

Labels:

posted by jimi wiser @ Sunday, September 07, 2008







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart