
Teman-teman, terima kasih aku ucapkan kepada kalian atas dorongan dan kata-kata inspirasi agar aku terus menulis di sini. Nampaknya, kenikmatan menulis ini satu kepuasan tentang isi hati aku, terlampias juga rasa puas rasa hati, kerana dapat membicarakan apa yang terbuku di hati.
Masih ingat lagi pada janji aku, mahu belikan baju raya buat "
anak-anak " aku?Aku sudah belikan sepasang baju kurung, warna kuning yang gemawan sifatnya, dengan corak bunga yang polos dan comel untuk
Shuhaida.
Sedangkan, buat
Azmil, aku memilih dua helai baju t-berkolar. Warna biru dan hitam di kolarnya. Dan, sehelai lagi warnanya oren pasukan bola sepak Belanda dengan corak simetri di bahagian dada, gaya yang digemari remaja-remaja sekarang.Tidak mahu menggandakan baju Melayu sepasang lagi, kerana kufikirkan pastinya dia sudah memilikinya yang baru. Sengaja aku belikan dalam saiz yang besar sedikit, maklum sahaja kanak-kanak remaja yang semakin membesar, biar lama sedikit dapat memakainya kelak.
Harap kedua-duanya menyukainya. Ini sahaja hadiah daripada aku.

Aku juga telah tukarkan sedikit sebanyak duit dalam bentuk nota satu ringgit. Untuk dijadikan duit raya buat anak-anak yang lainnya, bagi mereka yang telah menyempurnakan puasa ramadhan sehinggalah ke hari akhir persekolahan. Dan, telah aku asingkan sedikit jumlah buat anak-anak yatim di sekolah aku.
Kepada teman-teman blog yang telah mengirim sms, menyatakan mahu menyumbang sedikit sedekah buat anak-anak yatim di sekolah aku, jemputlah menyumbang sebelum
25hb September ini ya. Terima kasih. Moga Allah murahkan rezeki kalian dan memudahkan perjalanan hidup kalian.
Semuanya bakal aku serahkan pada hari Jumaat,
26hb September 2008. Inshaallah.