Monday, September 15, 2008
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu

Percaya atau tidak, hakikatnya aku seringkali diajukan dengan pertanyaan sebegini

" Eh, mesti senang kerja ko kan sebagai guru, balik pukul 2, tak de stress"

Aku fikir kalian pun sudah dapat mengagak, kerana kalian yang membaca setiap catatan entri ini pun kadangkala mempunyai persepsi yang agak stereotaip seperti
begini

" byk toii dugaan seorg guru nie.sblm ni saya dok pikir jadik guru laa kerja yg paling senang..."

Tidak boleh untuk disalahkan. Kerana setiap kali aku diajukan komentar atau pandangan yang sangat prejudis sedemikian, aku hanya mampu mendiamkan diri, berteka-teki dalam kepala, sambil mengharapkan orang-orang sebegini…just go away from my sight, or from my life….

Tentu sahaja kalian pun mempunyai anggapan sedemikian rupa

" Alah, cuti cikgulah yang paling banyak, budak cuti, cikgu pun cuti"

" alah, dalam kelas ada 30 orang je, tak lah susah nak ajar"

" senanglah ajar budak sekolah rendah, ajar subjek yang senang"


Komentar-komentar yang sungguh menjengkelkan ini acapkali aku dengar. Ini semua adalah kerana hasil jurisdiksi yang tidak matang, berat sebelah, dan paling dangkal, mereka sendiri tidak memahami "dunia sebenar"seorang guru di sekolah.

Jadi, biarlah aku terangkan sedikit sebanyak

Cuti Panjang Sekolah Bukan Milik Cikgu

Berapa kali sudah aku terangkan kepada teman-teman aku, cuti panjang sekolah bukanlah untuk cikgu, tetapi untuk murid. Cikgu hanya menumpang. Walaupun cuti telah bermula, masih ramai lagi cikgu datang ke sekolah menyiapkan tugas-tugas dokumentasi. Ada yang terpaksa melewatkan cuti, seperti menjadi pengawas peperiksaan awam UPSR, SPM dan STPM. Ada juga, pada waktu cuti mengorbankan masa menjadi pemeriksa kertas-kertas tersebut. Seperti seorang guru di sekolah aku, yang tarikh pemeriksaan kertas Bahasa Inggeris UPSR jatuh pada hari kedua Hari Raya Aidil Fitri. Bayangkanlah. Cikgu-cikgu di seluruh Malaysia berhak diambil cuti mereka 1/3 cuti mereka untuk datang bertugas ke mana-mana tanpa sebarang alasan!

Untuk rekod, cuti panjang November dan Disember tahun lepas, aku hanya dapat bercuti selama dua minggu sahaja! Yang lainnya, aku boleh membuat senarai panjang apa yang telah aku buat di sekolah.

Sekolah Rendah Paling Asas Pendidikannya

Buat aku yang kini telah mempunyai dua pengalaman berbeza, kerana aku pernah bertugas di sekolah menengah, dan kini aku bertugas di sekolah rendah. Kadangkala, aku hairan bagaimana sesetengah guru di sekolah menengah pun mampu membuat telahan bahawa guru-guru di sekolah rendah, mempunyai tugas yang senang dan mudah.

Pertamanya, guru-guru di sekolah rendah ibarat ibu dan bapa di sekolah. Ada banyak peristiwa yang seringkali menyedarkan aku betapa banyak pengajaran yang boleh diambil. Bagaimana seorang budak tahun satu tidak mampu membuka botol mineralnya? Bagaimana seorang murid telah buang air besar dalam seluar kerana gementar dalam perhimpunan sekolah? Bagaimana mahu memujuk murid-murid yang malas membaca? Atau, bagaimana mahu mengajar murid-murid yang masih gagal dalam menulis dan membaca sungguhpun telah diajar berpuluh-puluh kali.

Ini mengingatkan aku kepada sepupu aku yang mempunyai ijazah master tetapi mahu mencuba menjadi seorang guru. Pada hari pertama, dia masuk ke tahun satu, diuji dengan pelbagai masalah. Akhirnya, pada hari itu sahajalah dia bertugas, dan terus berhenti!

Percayalah, tiada ijazah atau master atau phd yang boleh menyelamatkan anda. Ada manusia yang memang telah dilahirkan menjadi seorang guru. Aku pasti pemegang ijazah master atau phd ini tidak mampu mengajar murid tahun satu walaupun untuk 30 minit!

Cikgu Bukan Cikgu

Cikgu di sekolah berurusan dengan " manusia ", bukan dengan mesin komputer atau sebagainya. Cikgu itu mungkin telah menjadi seorang jururawat. Cikgu itu mungkin telah seorang ahli psikologi, sedangkan aku baru sahaja bercerita satu atau dua kisah yang meibatkan perasaan aku dan perasaan anak murid aku! Berapa banyaklah lagi, kisah aku yang telah mendalami dunia psikologi kanak-kanak. Cikgu itu telah menjadi jurulatih sukan. Kaunselor, Ahli pekerja sosial masyarakat malah paling orang tidak faham ialah, cikgu hampir menjadi " ibu bapa".

Kalau anda di jabatan korporat swasta yang anda banggakan itu, sekiranya anda diberi tugas yang bukan tugas anda. Anda boleh sahaja berkata

" that is not in my jobscope "

Tetapi, dalam dunia pendidikan. Bersedialah. Anda mungkin terpaksa membersihkan seluar anak murid anda daripada najisnya!

Betapa SERIUSnya kerja cikgu

Aku seringkali mengingatkan diri aku sendiri. Jika kalian mengatakan kerja aku melibatkan banyak pahala. Tetapi, aku sering mengingatkan diri aku tentang betapa mencabarnya menjadi seorang guru.

Bagaimana jika ada seorang, yang aku tidak ajar sepenuh hati aku? Aku berdosa.
Bagaimana jika salah seorang murid tidak memahami apa yang aku ajar? Aku berdosa.
Bagaimana jika ada yang tidak aku berikan perhatian sewajarnya. Aku berdosa.
Bagaimana sekiranya aku mengajar “fakta” yang salah? aku berdosa.

Seorang budak mungkin kemalangan ketika aku membawanya ke satu pertandingan di luar sekolah. Seorang budak perempuan mungkin diganggu seksual ketika dalam perjalanan balik ke sekolah. Kisah seorang budak tanpa ayah dan ibu, hanya tinggal dengan nenek yang tua.

Dalam dunia pendidikan, masalah hanya bertambah menjadi semakin dalam dan mendalam. Kadangkala, anda sebagai seorang guru, sudah mencampuri urusan rumahtangga orang, dan anda dituduh dengan pelbagai tuduhan.

Masalah yang melibatkan manusia. Tetapi, guru harus membangunkan manusia. Kerana manusia itu tonggak sesebuah negara.

Banyak pahala seorang guru, mungkin jika tersilap ajar, maka banyaklah dosa seorang guru. Dan, gaji seorang guru tidaklah sebanyak mana! Pernah seorang guru berpesan kepada aku, kerja cikgu ni kalau silap sikit boleh banyak dosa daripada pahala!

Semuanya salah CIKGU

Ibu bapa, masyarakat, malah setiap ahli masyarakat secara umumnya menyalahkan apa yang tidak betul, tidak kena, semuanya kepada guru. Bayangkanlah, budak tidak cemerlang, cikgu yang salah. Budak keracunan makanan, cikgu jugalah yang salah. Budak kemalangan hadapan sekolah, cikgu juga yang salah.

Malah, masalah yang melibatkan negara pun cikgu jugak yang salah. Contohnya, masyarakat tidak ada kesedaran sivik. Cikgu jugak yang salah. Maka terciptalah subjek Pendidikan Sivik. Kemalangan jalan raya semakin berleluasa, maka terciptalah Kesedaran keselamatan Jalan Raya sebagai mata pelajaran baru.

Cikgu di sekolah berhempas pulas dengan kelas tambahan, dapat 5A, ibu bapa kata anaknya cemerlang kerana tusyen di luar sekolah. Bukan faktor kejayaan cikgu di sekolah. Hmm alahai.

Sepertimana pujian dan komen kalian di blog ini, banyak lagi cacian, makian dan surat layang yang aku terima. Ya, cikgu Jimi jugalah yang sering dipersalahkan. Sepertimana kini, gagalnya pelaksanaan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah sekarang.

Tuntasnya, jika kalian fikir mahu menjadi seorang guru. Fikirlah dengan semasak -masaknya. There is no turning point. Anda mungkin menjadi seperti Jimi, yang sudah masuk ke dalam gaung yang sedalam-dalamnya. Mungkin, aku sudah tidak boleh mengubah kerjaya aku lagi.

Tuntasnya juga, jika kalian membuat komen bahawa kerja seorang guru itu " mudah" di hadapan aku. Please, just go away from my sight, and just go and fly kite lah.

Remember, every job comes with RESPONSBILITIES, you moron!

Labels:

posted by jimi wiser @ Monday, September 15, 2008







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart