Wednesday, September 17, 2008
Anyway

Terus terangnya, aku ini bukanlah manusia yang paling balik, mulia. Maaflah, kalau blog yang ditulis ini bisa memberikan anggapan aku sebagai " houlier are thou " kepada kalian.

Aku bertungkus lumus melepaskan kesengsaraan nafsu yang pelbagai untuk menjadi orang yang " baik".Kadangkala, aku tersungkur di tengah jalan. Manakala, ada harinya aku tersadung batu penghalang yang besar. Ada masanya aku terjelepuk jatuh tertiarap, namun aku bangkit juga.

Bukankah kita semua manusia? Manusia yang cuba sedaya upaya menjadi terbaik.

Sesekali, aku terfikir kalaulah jalan hidup aku bukan sebagai seorang guru? What would I be?

Aku pernah ditawarkan ke sekolah berasrama St.Michael di Ipoh setelah keputusan cemerlang di sekolah rendah. Tetapi, ketika itu ayah aku yang merencanakan sekolah lain yang difikirkan sebaliknya lebih bagus daripada itu.

Kalaulah aku bersekolah di situ, adakah aku menjadi seorang guru seperti sekarang?

Arggh, hidup ini menjadi penuh misteri jikalau kita " berkalau" terlalu banyak.

Aku ini seorang lelaki. Dan pernah menjadi remaja. Zaman remaja ialah zaman yang penuh pancaroba dan penuh rasa memberontak. Percaya atau tidak, aku pernah lari dari sekolah dan cuba berhenti sekolah. Aku pernah jatuh sakit selama setahun.

Zaman remaja, ialah zaman penuh drama. Terlalu emosional dan penuh perasaan. Mujurlah, perasaan itu diketepikan sedikit demi sedikit, dan seperti tidak percaya zaman itu telah berlalu.

Aku faham benar kalau kita lihat bagaimana remaja sekarang berpelakuan lebih teruk dan dahsyat daripada kita. Mudah-mudahan mereka tidak tersesat dan tersasar jauh daripada jalan yang sebenar.

Aku pun hampir-hampir terjerumus seperti orang lain. Bukan tidak ada teman yang berhenti daripada universiti. Bukan tidak ada teman yang pernah meminum arak. Malah, itulah mereka.

Mujurlah. Aku ulang semula. Mujurlah, aku tidak menjadi seperti mereka.

Mungkin. Ini ketentuan Ilahi. Tuhan sayangkan aku, kerana telah menggerakkan diri aku memilih bidang perguruan ini. Mungkin, melalui cara ini aku bisa mendisplinkan diri aku, dengan cuba menjadi manusia yang baik.

Biarlah menjadi diri sendiri selagi tidak bertentangan. Aku sukakan inspirasi kehidupan. Inspirasi kehidupan yang tidak mungkin dialami oleh manusia korporat atau manusia yang pentingkan kebendaan.

Setiap pagi, apabila murid menguntumkan senyuman paling manis. Apabila mengucapkan selamat pagi kepada aku. Apabila sifat keanak-anakan mereka yang melihat dunia mereka dengan cara berbeza, aku jadi kagum. Lalu, aku lupa penat lelah kita sebagai manusia dewasa yang seakan terbeban dengan tugas dan lupa bagaimana mahu menguntum senyuman yang paling manis.

Aku lihat ramai manusia yang " terkorban" di tengah perjuangan mereka. Aku harap aku bukanlah manusia yang sedemikian rupa.

Aku gemar memberikan inspirasi. Aku sukakan memberikan motivasi. Aku suka membantu orang lain. Aku tidak kisah bekas anak murid aku menjadi lebih kaya atau berjaya daripada aku. Aku mempunyai keghairahan yang tinggi untuk mengharapkan yang terbaik daripada mereka.

Tetapi, percayalah kadangkala apabila mengira jumlah gaji aku setiap bulan, terdetik juga berapa sangatlah duit aku berbanding teman aku yang sudah pun membeli rumah keduanya walaupun masih bujang lagi. Tak tipu, terdetik rasa kasihan kepada diri aku sendiri.

Namun, perasaan itu kulemparkan jauh-jauh, kerana inilah jalan hidup aku. Lazimlah, kita selalu melihat kehijauan halaman istana orang lain tampak cantik dan berseri, tetapi halaman kita menguning, layu dan tidak bermaya.

Aku lihat teman-teman aku bergaya dengan kereta hebat, mengikut gaya trend fesyen, malah segala-galanya nampak seperti ciptaan kehidupan dalam MTV. Tetapi, aku lagak seorang guru, bercermin mata, seluar yang sederhana, malah baju t shirt yang agak lusuh. Kadangkala, malu juga apabila bertemu sesekali tu.

Tidak mengapa, itulah cara aku. Aku memang tidak mengerti bagaimana mereka boleh mengadakan segala kehebatan itu, sedangkan aku berasa sebaliknya. Biarlah, aku menghormati cara hidup orang lain.

Seorang teman baik pernah mengkritik aku

" Kau ni asyik beri, beri, beri je apa yang ada pada orang lain. Apa yang ko tinggalkan untuk diri kau pulak? You always give, give, give…"

Benar. Sebetulnya aku memang begitu. Orang lain dan perasaan mereka aku pentingkan. Tetapi, aku tidak tahu cara lain.

Apabila mahu membeli seluar yang berharga RM50 ke atas, aku mula menggelabah dan mengatakan ianya sangat membazir untuk diri aku sendiri. Tetapi, RM50 itu tidak membazir untuk sebuah buku, atau membelikan beberapa hadiah buku sebagai perangsang untuk anak murid aku. Apabila membelikan dua kampit beras tidak membazir berbanding dengan buffet Ramadhan di hotel-hotel yang bodoh dan yang entah apa-apa rasanya.

Inilah cara aku dibesarkan. Sangat sederhana.

Aku tidak banyak membuat amalan sunat dan pahala. Solat pun entah kusyuk entahkan tidak.Tetapi, aku sayangkan tugas aku. Aku sukakan kehidupan aku walaupun aku baru sahaja mahu berkira-kira mahu mendirikan rumah tangga, walaupun sudah lebih 30 tahun usia aku. Aku tidak rasa pernah menyesal dengan hidup aku, walaupun kadangkala rasa iri hati juga melihat kemewahan orang lain. Tetapi, aku menjadi tenang, lega, aman sentosa memikirkan aku tidak perlu menjalani hidup orang lain. Dan, setiap pagi aku bersyukur untuk itu.

Apa salahnya untuk memberi dan memberi. Bukankah itu sebaik-baik amalan.

1. Aku mahu belikan baju raya untuk dua anak angkat aku tahun ini. Seperti lazimnya tahun-tahun yang lalu.
2. Aku mahu sedekahkan sedikit daripada bonus tahun ini untuk anak-anak yatim sekolah aku.
3. Perbelanjaan biskut raya dan persiapan raya di dapur ibu aku, aku akan berikan.
4. Duit raya bagi setiap anak murid di sekolah aku yang menempurnakan ramadhan dengan penuh sehingga hari terakhir sekolah. Dengan syarat, mereka berpuasa dan tidak ponteng sekolah walau sehari.
5. Untuk aku, barangkali cukuplah sepasang baju Melayu. Rasa membazir pula sedangkan tidak selalu aku memakainya.

Aku teringatkan untaian puisi yang ditulis oleh Kent Keith yang berjudul Anyway . Menceritakan konsep pemberian dalam kehidupan. Puisi ini telah aku tampalkan di meja aku, samada di bilik aku atau di bilik guru. Puisi ini tepat menceritakan tentang kemanisan tentang konsep pemberian.

Tolonglah pembaca sekalian, kita " berikan" apa yang termampu. Sebarkan kasih sayang buat semua manusia terutama yang memerlukan.

People are illogical, unreasonable, and self-centered. Love them anyway.

If you do good, people will accuse you of selfish ulterior motives. Do good anyway.

If you are successful, you will win false friends and true enemies. Succeed anyway.

The good you do today will be forgotten tomorrow. Do good anyway.

Honesty and frankness make you vulnerable. Be honest and frank anyway.

The biggest men and women with the biggest ideas can be shot down by the smallest men and women with the smallest minds. Think big anyway.

People favor underdogs but follow only top dogs. Fight for a few underdogs anyway.

What you spend years building may be destroyed overnight. Build anyway.

People really need help but may attack you if you do help them. Help people anyway.

Give the world the best you have and you' ll get kicked in the teeth. Give the world the best you have anyway.

Labels: ,

posted by jimi wiser @ Wednesday, September 17, 2008







<< Home

Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Tentang JIMI I, II, III
:: Tentang JIMI dan sinema nya
:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah



Baju Raya
Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart


* Ulasan filem Jimi di gubuk lama