Thursday, August 21, 2008
Kamala


Tahun 2002

Tahun itu ialah tahun pertama aku bertugas sebagai seorang guru. Yang lebih menggerunkan aku ialah, aku ditugaskan mengajar subjek Pengajian Am untuk tingkatan Enam Rendah dan Atas.

Dengan penuh debaran di hati. Aku memasuki kelas Enam Rendah Science Alpha. Masing-masing ternganga kerana belum ada lagi guru lelaki Melayu yang muda belia masuk ke dalam kelas mereka.

Kelas mereka ialah kelas teratas dan terunggul. Namapun diberikan Alpha. Atas daripada segala-galanya. Chemistry, Biology, Mathamatics T and S. Tiada subjek sains sosial melainkan English dan Pengajian Am. Pengajian Am ialah subjek wajib lulus. Subjek yang dibenci oleh semua pelajar kerana gabungan sukatan Politik Malaysia, Sejarah dan Bahasa Malaysia. Bayangkan, aku mengajar subjek yang dibenci oleh kelas Science Alpha yang rata-rata genius dalam Mathematics dan subjek Sains mereka. Kata Pengetua sekolah yang sebelum itu aku laporkan diri

" these are cream of the cream, while malays are gone to matrics already, they stayed here for STPM. Some of them with SPM 9As, 10as, 12As results "

Bertambah debar lagi dalam hatiku mendengar ngomelan sedemikian. Aku letakkan buku-buku aku di satu sudut meja. Masing-masing memandang aku dengan penuh teliti. Aku diberi salam dengan pelat cina yang pekat dan kuat.

23 daripada mereka pelajar berbangsa Cina. 2 orang lain bangsa India. Aku mengambil pen marker lalu menulis nama aku besar-besar gergasi. Aku tuliskan juga jurusan pengajian aku di universiti.

" Well,that is my name and my bachelor degree, I am single and very very available at the moment "

Ketawa dan senyum memecah kesunyian. Sengaja aku mulakan dengan introduksi dalam bahasa Inggeris.

" I am here to teach you PA, or General Paper as you called it here. I can sense that you LOVED so much this subject, kan?? Kan ?? "

" No lah cikgu, boringlah " Seorang memberanikan diri menjawab soalan aku.

" And, what are your future will be, doctors, mathematicians perhaps? " Aku bertanya pula.

" So, all of you want to be surgeons , doctors lah ni ya? " aku bertanya sekali lagi.

Majoritinya sudah menganggukkan kepala mereka. Ada yang sudah menyematkan cita dan impian sedemikian di kepala mereka.

" Duh !!, so BORING lah you all ni " aku mengatakan dengan lagak yang keterlaluan.

Kemudian, aku ke papan putih dan menulis sebesar-besarnya

KAREN MOK

MR. BEAN – MR ROWAN ATKINSON


" Now, tell me. Apa persamaan diorang ni? " aku bertanya kepada mereka.

" They are big stars, cikgu " jawab seorang pelajar lelaki. Dia mungkin kenal si minah seksi Karen Mok dalam filem Close To You, dan siapalah yang tidak kenal watak Mr. Bean.

" Betul " jawab aku.

" Tapi, tahukah kamu apa ijazah yang mereka miliki sebelum they gone be SUPERTARS as you called them now? " tanya aku lagi.

Dua minit berlalu tanpa sebarang jawapan. Malah tiada tekaan serkap jarang yang selalunya pelajar lelaki ujakan.

" Aww, come on man. This is not one million dollar question. " aku terus berkata.

" Okie. The answer is...."

" Karen Mok mempunyai ijazah dalam Kesusateraan Itali dan Perancis. She graduated from University of London. "

" And, by the way. Mr Bean as we all know is Mr Rowan Atkinson who has a degree in Electrical Engineering from Newcastle University. "

Serta merta semua pelajar ketawa malah bercakap sesama mereka seperti tidak percayakan apa yang aku telah katakan tadi. Ada yang sudah menggelengkan kepala seperti tidak percayakan fakta yang telah aku sampaikan.

" Boleh tahankan amoi Karen Mok ni kan. For Best Supporting Actress through her role in Fallen Angles. Directed by Wong Kar Wai, the ever famously naughty Hong Kong director "

" Waaaaa, cikgu terror lah " jerit seorang pelajar lelaki di belakang. Disahut deraian ketawa oleh seisi kelas.

Aku tersenyum. Inilah faedahnya pabila mengetahui ilmu filem yang selama ini aku minati. Trivia - trivia bodoh yang aku jumpa dalam majalah hiburan dan gossip.

" So now, you tell your cikgu here lah kan. You still want to be a boring DOCTOR lagi ke? "

" Apa yang cikgu nak beritahu kamu semua. Life is always an open book. Life is not being doctors, make money and being the most snobbish richest arrogant man in this whole world "

" Please, I am begging you. Try open your heart, and listen to your heart, what is really you want to be for the rest of your life "

" Karen Mok followed her dreams kan?, Degree, is actually is a piece of paper. That doesn’t guarantee anything. It can lead you somewhere, but are you sure it can lead you to HAPPINESS ? "

" Okie, okie, cikgu mungkin salah dan silap. Mungkin ada di sini yang mahu dan betul-betul nak jadik DOCTORS. Go ahead! Follow your dreams on and on "

" But, what about the things that being so deep skin inside some of you here, that telling you , that all the while you just following trends. By your parents, friends or by society perhaps "

" But, what about a dream want to be a writer, famously known like Shakespeare, I suppose ? "

Masing-masing berdiam. Mengelamun dan ada yang mengangguk sudah bagai mengerti maksud yang ingin aku utarakan.

Di situ. Paling hujung. Duduk seorang pelajar berbangsa India yang tersenyum penuh kegembiraan mendengar penuh tekun bebelan aku. Dia, menangkap perhatian aku kerana seolah-olah menemui dirinya sendiri, pabila aku memperkatakan tentang impian, dan cita-cita tanpa paksaan.

Diam seketika.

" Tengok. You all got what? 10 As, 12 As, 9 As in SPM. Brilliant. Genius. But when I asked you what is your future WILL BE, nak jadik apa nanti. You all staring me in silence "


Aku mengakhiri debat aku dengan sekali lagi pertanyaan

" hey everybody, nak jadik doctor lagi ke? "


" Yes, cikguuuuuu ". Bagai berjanji. Hampir kesemua menjawab ya. Diikuti ketawa berdekah-dekah. Aku menunjukkan isyarat aku sudah menyerah kalah. Mereka ketawa lagi.

Kelas aku berjalan lancar selepas itu, kerana permulaan aku yang menganggap mereka sebagai teman. Kadangkala mereka pun hairan, kerana pengetahuan aku dalam dunia hiburan oriental seperti Korea/Hong Kong/Taiwan sangat memeranjatkan mereka. Hubungan mereka dan aku tiada masalah, walaupun Pengajian Am masih tetap membosankan mereka.

Selang beberapa bulan kemudian. Sedang asyik dan leka di meja aku dalam bilik guru sedang menyediakan soalan-soalan peperiksaan.

" shhhh sir, nak sembang-sembang boleh tak " tanya seorang pelajar perempuan berbangsa India daripada kelas Science Alpha.

Kami berbual dan berbual. Lebih kepada hiburan Bollywood yang sangat aku jengkelkan. Tentang ayahnya seorang doktor yang telah membuka klinik di bandar kecil ini. Tentang ibunya, seorang doktor di salah sebuah hospital kerajaan. Tentang paksaan ataupun pujukan familinya yang mahukan dirinya meneruskan warisan keluarga dalam bidang perubatan.

Perbualan kami kadangkala menjangkau tentang buku-buku yang aku dan dia baca. Aku terperasan yang dia sangat meminati bahasa. Bahasa Inggeris ataupun bahasa Malaysia. Malah, dia memberanikan dirinya menjadi calon tunggal STPM kelas Science mengambil English Literature secara persendirian sebagai subjek tambahan.

" Mungkin, Kamala boleh menjadi seorang penulis buku walaupun nanti menjadi seorang doktor dalam perubatan. Kita tak boleh jangka kan?. But, who knows, as long as you have your dreams "


" But, may be later im gonna be somebody like my father and my mother which I don' t want to be. Late hours, endless on calls, and all you have is you alone with your Indonesian maid " katanya penuh kesayuan.


Begitulah intipati keluhan kesahnya. Aku cuba memujuk Kamala supaya menuruti sahaja permintaan keluarganya. Pada masa sama, aku tanamkan semangat dan impian terhadap dirinya untuk memenuhi kesemuanya sekiranya ada kemahuan.


Kamala juga bertindak sebagai penyunting majalah sekolah tahun tersebut. Malah, aku pernah menyumbangkan satu karya yang aku tuliskan sendiri untuk majalah sekolah itu yang sedikit menimbulkan kejutan satu sekolah, kerana sebelum ini hanya karya-karya pelajar yang terkandung di dalamnya.

Sedari atau tidak, telah dua tahun aku mengajar di situ, kemudian demi untuk melengkapkan keperluan ikhtisas aku sebagai seorang guru, aku terpaksa bertukar ke sekolah rendah. Pada masa yang sama, aku memasuki maktab perguruan setiap kali cuti persekolahan selama dua tahun berikutnya, demi memegang diploma perguruan untuk melayakkan aku menjadi guru kekal.


Tahun 2008

Siapa sangka, siapa pula yang boleh menduga. Aku terserempak dengan bekas pelajar aku itu. Kamala Suresh. Gadis yang pernah menjadi pelajar aku dahulu. Gadis kacukan Cina dan India yang menguntum senyuman paling berseri sambil mahu bersalam dengan aku.

" So, how are things in life, now " aku bertanya kepada Kamala.

" So, doctor lah ye? " aku membuat tekaan paling rambang.

" Not telling lah sir " sambil tersipu-sipu malu.


Kopi Cappucino yang aku minta itu Kamala yang belanja. Katanya sudah lama dia mahu bertemu dengan aku. Katanya keluarga sudah berpindah ke Kuala Lumpur, dan dia berada di Ipoh menemui saudara ibunya yang masih tinggal di sini.

" So sir, you still very very available lagi ke? " tanya Kamala.

" Well, not telling " aku membalas apa yang baru diucapkannya tadi.

Dia mengucapkan jutaan terima kasih kepada aku kerana menjadi lebih daripada seorang guru. Katanya dia banyak mengetahui buku-buku melalui cadangan aku ketika aku dan Kamala sesekali berbual dahulu.

Dia juga menceritakan tentang semua pelajar Science Alpha kelasnya yang rata-rata sudah bekerja. Ada yang masih lagi berada di tahun akhir jurusan perubatan samada di luar Malaysia atau dalam negara. Paling aku ingat, pasangan cinta romantis Kamala, Stephen Chong pernah aku temui di Ipoh, yang salam aku sambil mencium tangan aku satu ketika dahulu.


" So, Stephen macam mana ? " tanya aku mengusik tentang cinta monyetnya.

" Not telling lah sir " gurau Kamala lagi.

" Haiyaahh, you Karen Mok meh, macam artis rahsia-rahsia meh " aku pun bergurau. Dia terus ketawa.

Kami masih bersembang tentang buku-buku lagi, Tentang rata-rata penulis berdarah Malaysia seperti Tash Aw, Tan Twan Eng, Yang May Ooi. Dan, Kamala memperkenalkan aku seorang lagi penulis berdarah Ipoh, Malaysia yang kini sangat terkenal di antara bangsa dengan bukunya.

Akhirnya, Kamala memecahkan rahsianya. Dia baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang English Literature. Dan, katanya terlalu banyak impian dan keinginannya untuk dipenuhi dalam hidupnya. Katanya, sekarang dia masih meneruskan kehidupannya di United Kingdom. Dan, katanya dia mungkin akan mencuba nasib menulis, berlakon teater dan banyak lagi impiannya. Katanya lagi, ibu dan ayahnya sudah merelai impian dan harapan anaknya itu.

Pada saat itu. Aku berfikir dan sangat -sangat berharap aku tidak merosakkan masa depan anak bangsa aku dengan idea-idea aku yang sangat idealis Utopia yang romantik itu.

" Cikgu. You are one many great teachers that many people deserve….or should have. You inspired us with your enthusiasm. With your ideas, that life is so much better than text book or some pre-coined perception of what HAPPINESS is all about. "

Aku mengucapkan terima kasih kembali.

Aku harap Kamala Suresh menemui dirinya. Menemui kebahagiaan dirinya. Cikgu tetap menjadi cikgu. Anak murid cikgu jadi Perdana Menteri. Pelakon. Pelukis. Penulis buku. Pemain Sukan Olimpik.

Cikgu tetap jadi cikgu. Sudah mencecah 7 tahun dah ni.

Labels:

posted by jimi wiser @ Thursday, August 21, 2008







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart