Peperiksaan Percubaan telah pun selesai. Ada yang telah terkorban di tengah perbatasan. Ada yang menjuarai trofi kemenangan. Ada yang masih berlegar di ruang-ruang sederhana.
Tinggal sebulan sahaja lagi. Namun, mengapa aku sebagai guru yang berhabis-habisan dan bermati-matian ke titisan terakhir?
Sudah ku beli beberapa buku novel awal remaja sebagai hadiah buat mereka yang telah berjaya melepasi garisan lurus cikgu Jimi Wiser. Garisan yang harus mereka tempuhi dan kecapi untuk merasai nikmatnya.
Kelmarin, semua guru tahun 6 mengamuk sakan. Pencapaian masih lagi terkapai-kapai. Tidak, kami tidak akan biarkan ini semua terjadi meskipun tsunami bakal merempuh.
Kerana, kami di sini. Biarlah ibu bapa tidak pernah menanyakan hal pelajaran anak - anak mereka. Kami, guru. Tunai tetap kami tunaikan.
Labels: cikgu Jimi |