Monday, July 21, 2008
Memoir Seorang Guru

Orang bilang jangan menilai sebuah kandungan buku itu berdasarkan kulitnya. Maka, mengambil pepatah itulah, aku menyedari buku yang telah selesai kubaca ini, menepati maksud betapa sebuah buku yang baik hanya bergantung kepada kandungannya.

Kalaulah diperhatikan wanita yang asyik mengelamun di danau itu (berdasarkan gambar kulit), mati-mati aku tak akan beli, kerana aku benci betul novel cintan cintun yang tidak berkesudahan. Bukan setakat novel melayu sahaja, novel inggeris pun begitu juga.

Azizi Abdullah, ialah sebuah nama yang agak aku kenal. Waktu aku menerima latihan perguruan di maktab dahulu, cerpen Cikgu Sunan dan Beruk ini dibacakan di hadapan semua pelatih guru. Maka, sayugianya ramai pula yang menitiskan air mata kerana terharunya akan ceritanya.

Pernahkah kalian membaca cerpen itu?

Memoir Seorang Guru, ialah sebuah buku memoir. Kisah hidup pahit manis seorang guru. Ya, dalamnya tertulis panjang lagi kisah seorang guru. Kisah pahit getir bagaimana seorang guru yang mendidik dan mengajar anak bangsanya.

Membacanya seolah seperti melihat cermin diri aku sendiri. Hanya seorang guru yang mengerti dunia seorang guru. Mungkin kerana kepenatan menjadi seorang guru, watak utama itu terlalu patah hati dengan dunia pendidikan sehingga tidak membenarkan anak perempuannya sendiri memasuki dunia pendidikan. Ia kisah seorang ustaz yang berperang dengan kekeliruan perasaan dalam hatinya yang sudah kematu. Barangkali, terumbang ambing dengan kisah-kisah anak muridnya satu persatu.

Kisahnya dengan anak muridnya yang bernama Abdul Halim, Sakinah, Midun dan Alias yang telah banyak mewarnai memoir hidupnya seorang guru. Barangkali, dia memikirkan dia bukan seorang guru yang baik. Tetapi, masyaallah, betapa besarnya jasa guru sehingga masih dikenang oleh anak didik yang berbekas di hatinya.

Cerita-cerita yang disirat jalinkan sangat mencengkam perasaan. Hiba, pilu, marah, benci bercampur gaul, namun akhirnya pada akhir bab ini, lahirlah perasaan kasih sayang terhadap watak-watak yang sangat realis dalam novel ini.

Apatah lagi, novel ini hasil tulisan Azizi Abdullah, yang juga kerjaya dahulunya seorang guru agama. Maka, mungkin, coretan dan cebisan kisah novel ini, adalah nukilan yang dilhamkan daripada sumber pertama. Pengalaman hidup seorang guru yang real yang telah mewarnai watak-watak cerita ini dengan baik.

Tuntasnya, carilah buku ini. Dan, bacalah dengan sepenuh jiwa dengan setulus ikhlas dirimu. Mungkin kalian yang seorang perdana menteri, kerani, peguam, doktor atau sesiapa sahaja mampu bergetar jiwanya, merasai betapa besarnya jasa seorang guru.

Oh ya, penulisnya mempunyai blog sendiri. Jemput-jemputlah mengenalinya.



Anda akan merasa kata-kata keras, di sebalik kemanjaan murid. Anda akan menemui kekasaran di sebalik lemah lembut murid. Tetapi diakhirnya anda akan temui dialah yang memiliki kasih sayang melalui doa dan harapan, sehingga anda akan mengalir air mata dan berkata; begitukah guru kami.


Disyorkan, semua bekas murid penulis novel ini memiliki dan membacanya kerana di situ terhimpun kasih sayangnya dan kejayaan murid-muridnya dalam bidang kerani, jururawat, doktor, peniaga, penternak, petani, peguam, majestrit dan korporat.Itulah doa dan jasa seorang guru. Anda akan membaca pada akhir novel ini bersama lelehan air mata kerana bangga.

Labels: ,

posted by jimi wiser @ Monday, July 21, 2008







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart