Monday, July 07, 2008
Masih Berbaloi Lagikah, Jimi?

Menjadi seorang guru bukanlah bererti setiap hari kau dititipkan pengalaman yang menyeronokkan. Bukanlah juga bermakna kau berdiri di penjuru kelas, memeluk tubuh dan membisikkan kata riak di hati kau

" im going to save many poor souls today "

Tidak. Bukan begitu.

Enam tahun aku berdiri di penjuru kelas. Kadangkala tertanya di dalam hati.

" Berbaloikah semua ini? "


Pernah terdetik di hati, aku mahu mengalah. Mencabarnya melawan arus stereotipikal masyarakat terutamanya ibu dan bapa yang tidak memahami. Melawan dasar pendidikan yang tidak membina nilai yang kita idam-idamkan.

Seketika. Hati yang rawan kadangkala mengusik.

Masih bertanya lagi.

" Berbaloikah semua ini? "


Sejak dulu aku mengamati kehidupan. Kita sibuk dengan urusan dunia kita. Tanpa sedari kita lupa tentang bayu nyaman petang mengherot lalang ke sana-sini. Kita lupa galaksi yang luas terbentang atas kepala kita. Kita lupa remeh temehnya melodi katak berdengkang, burung mengicau dan kerbau menguak.

Apabila aku ditempatkan di sini, aku lupa yang diriku bekas graduan universiti. Aku lupa yang aku pernah mengecap yang terbaik dalam hidup. Tetapi itulah janji tuhan buat aku.

Jauh di sudut di hati sering berbisik. " Jimi, berbaloikah semua ini? "


Aku bertugas di kampung ini. Bukan sebuah kampung, tetapi gabungan beberapa kampung. Sungguhpun demikian, tidak mampu mengumpulkan lebih 100 murid. Menjadikan ia Sekolah Kurang Murid. Label ini tidak digemari, bermakna guru yang kecil bilangannya memikul beban yang menimbun. Bantuan yang sedikit yang sering dianak tirikan.

Tinggallah nenda yang memelihara cucu-cucu mereka, berjauhan dengan ibu sendiri yang jauh bertugas di kota dan bandar. Apakah di sini tidak menjanjikan rezeki yang lewah?.

Anak - anak desa, suka mandi sungai. Dilarang tidak berbekas. Sungguhpun air sungai itu mengalir lesu dan jijik untuk ditakrifkan sebagai air sungai. Fikiran mereka, hanya satu.

Bukan satu. Tetapi dua. Makan. Main.

Tiada kesedaran. Tiada keinsafan. Apalah yang mereka faham tentang masuk sekolah asrama. Mempunyai ijazah segalanya. Kerja yang baik. Rata-ratanya berpendidikan rendah. Semuanya terlalu abstrak. Maksud kejayaan dan kemewahan seperti jauh.

Nasib baik aku mengajar di sekolah tunas. Masih boleh dikawal. Bagaimana pula dengan sekolah menengah harian yang tersergam atas bukit itu. Hari-hari mendengar yang kurang enak belaka.

" Budak sana letupkan tandas perempuan, cikgu"


" Budak sana torehkan tayar kereta, cikgu "

" budak sana minum arak, cikgu "


" budak sana mencuri duit tabung masjid, cikgu "


Begitulah anak-anak remaja sekarang. Macam pelesit. Setan. Ironinya, mereka ialah bekas anak-anak muridku yang tidak menjadi. Dahulu, di sekolah rendah masih boleh dikawal, tetapi entah apa yang diamuk mereka pabila menjengah ke alam remaja.

Adakah kita dahulu remaja yang sebegitu teruk, teman?

" saya menegur budak saya jangan letakkan kaki di dinding. Kotor nanti dinding tu dengan bekas tapak kasut. Alih-alih, balik sekolah habis satu kereta saya ditoreh dengan pisau "


" saya pergi beritahu dia, kalaulah kamu marahkan saya, kamu tak payah buat pada kereta saya, saya sanggup bayar kamu RM100, kamu buat sahaja apa yang kamu nak "

Seorang guru di sekolah menengah menceritakan kisah sedihnya dibuli budak tingkatan 3. Rintihannya itu sangat mengharukan. Bayangkan nasib guru yang meminta-minta diberi belas kasihan oleh pelajarnya sendiri.

Siapakah yang mahu membela nasib guru?. Kalau diherdik. Dipukul. Dimarah. Guru diserang. Guru dipukul. Kalau dibiarkan, beginilah jadinya anak-anak generasi kita. Parah dan berjangkit.

Biarlah aku memberitahu dengan jujurnya. Anak-anak zaman sekarang makin berani. Makin kurang ajar. Makin melampau. Pergilah ke mana sahaja, pasti kalian bersetuju dengan pendapat aku. Masuklah ke laman youtube, dan taipkan perkataan melayu. Pasti tertera rakaman - rakaman lucah yang memualkan. Tidak cukup dengan itu, serba serbi namanya Melayu tidak kena.

Apa yang tidak kena? Teman atau kawan yang cukup mempengaruhi. Didikan agama.

Seorang ustaz pernah bertanya kepada anak-anak muridnya pada perhimpunan. Siapa yang tidak bersolat subuh? Majoritinya mengangkat tangan. Siapa yang ayah dan ibunya tidak bersolat subuh? Majoritinya mengangkat tangan.

Inilah generasi ibu bapa sekarang.

Kali pertama aku melaporkan diri di desa ini. Pesanan daripada guru besar aku

" Orang di sini hampir semuanya tidak ada kesedaran untuk mengubah nasib mereka. Kalau cikgu tengok nanti, yang lelakinya asyik tukar-tukar kerja. Suka melepak di kedai kopi, sembang hal politik. Ibu-ibu sahaja yang sibuk dengan kerja. Sibuk menjaga anak-anak. Tapi, bila dah besar remaja, anak-anak semua merempit, tak dengar cakap. Sekolah kita sekolah hitam, cikgu "

" cikgu jangan mintak tukar ya. Saya tahu memang susah. Tapi itulah tugas kita "


Sudah empat tahun aku di sini. Guru besar aku sudah bertukar orang dua kali. Aku masih setia di sini.Tetapi, kadangkala aku masih bertanya pada diri sendiri.

" Jimi, masih berbaloikah lagi? "


Masih berbaloi sekiranya kalian menemui bintang-bintang masih mahu digilap. Murid-murid yang masih perlu diberikan bimbingan, kerana mereka tidak punyai sesiapa untuk diharapkan.

Bintang-bintang ini masih kelam dan malap. Belum diusap, dikilat oleh cikgu-cikgu. Bintang-bintang ini mahu menyinar, kerana sinarannya pasti bercahaya dan berseri menerangi seluruh semesta.

Apakah bezanya pencapaian 5A murid sekolah desa dengan di bandar?

Pencapaian 5A di sekolah desa, lebih bermakna. Mereka bukan anak doktor. Mereka bukan anak pensyarah. Mereka bukan anak peguam. Mereka tidak menghadiri Smart Reader. Mereka tidak menyertai KUMON. Mereka tidak makan bijirin emping jagung setiap pagi.

Anak-anak aku makan nasi lemak pagi. Ada anak aku menolong ibu di ladang sawit, pabila letih bersandar di pokok menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh aku. Ada anak aku yang belanjanya setiap hari 20 sen. Ada anak aku yang stokingnya telah lompang di tumitnya. Ada anak aku, yang ayahnya berzina dengan anak perempuannya sendiri. Ada anak aku yang emaknya jadi gila kerana ditinggalkan suaminya. Ada anak aku menangis kerana aku membelanjanya nasi ayam waktu rehat kerana dia hanya duduk memerhatikan rakannya makan.

Kerana anak-anak aku, hanya anak-anak kampung, Kesedaran kurang. Kemudahan tiada. Kesenangan yang jauh. 5A mereka lebih tulen dan bersinar. Usaha titik peluh sendiri dan usaha cikgu.

" cikgu, harap cikgu jangan bertukar. Ajarlah saya nanti pelajaran Bahasa Melayu bila saya di tahun 6 nanti. saya sayangkan cikgu "


Kata-katanya yang menusuk ke ulu hati. Kata-katanya yang ditulis dalam kad Hari Guru buat aku.

Kerana kata-kata itulah. Kerana mahu menggilap bintang yang hampir malap itu. Kerana sebab-sebab itu aku masih di sini. Aku masih setia di sini.

Ya, Jimi . Masih lagi berbaloi. Aku masih lagi belum puas menggilap bintang-bintang ini, kawan-kawan. Doakan aku tabah kerana belakangan ini aku menghadapi ujian demi ujian.

Labels: ,

posted by jimi wiser @ Monday, July 07, 2008







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart