Tuesday, July 01, 2008

Grace Is Gone

Sepanjang hidup aku sebagai seorang lelaki, idea dan kepercayaan bahawa lelaki sebenarnya " tidak mahu, tidak suka, tidak boleh berbicara " tentang kepedihan dan masalah hidup. Sama sekali, jika boleh lelaki mahu menyimpan jauh di sudut hati, apa yang terkandung akan penderitaan mereka.

Menonton filem Grace Is Gone ini seolah-olah membenarkan teori itu, bagaimana lelaki tidak mahu atau tidak mampu mengungkapkan kepedihan sungguhpun betapa besar dan peritnya menanggung duka di hatinya.

Kisahnya begini, Stanley Phillips ialah lelaki yang hidup ditinggalkan isterinya. Isterinya bertugas sebagai tentera di Iraq. Tinggallah Stanley di rumah, memelihara dan menjaga dua anak perempuannya. Sepertimana tipikalnya seorang ayah yang dikatakan tidak memahami jiwa anak-anaknya.

Tetapi, satu hari berita paling buruk mendatangi hidup mereka. Ibu atau isterinya Grace mati di perbatasan negara orang.

Ketika dua pegawai tentera datang ke rumahnya memberitahu berita itu, Stanley hanya diam membisu. Tanpa meninggalkan kesan emosi.

Dia seperti tidak membenarkan emosinya menyelubungi jiwanya. Dia berpura-pura tidak mahu menerima berita itu dengan sebaik-baiknya. Dan, akhirnya dia berpura-pura kepada dua anak perempuannya.

Masalahnya. Dia bapa dan lelaki. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu kepada anak-anaknya yang ibunya telah mati. Bagaimana untuk melihat di mata-mata anak-anaknya itu dan memberitahu berita "bom jangka" itu? Bagaimana untuk menenangkan jiwa mereka sedangkan Stanley pun masih menafikan realiti itu.








Stanley berpura-pura lagi. Lalu, dia mengajak anak-anak mereka pergi bercuti. Menjalani satu road trip yang telah lama mereka tidak kecapi. Anak-anak mereka makin berasa pelik. Apatah lagi, yang lebih peliknya bapanya membawa mereka ke taman tema ala Disney penuh roller coaster dan sebagainya. Satu treat yang mereka tidak sangkakan.

Tetapi, anak-anak Stanley tidak sedar dan tahu, yang bapanya berhempas pulas mahu atau tidak mahu memberitahu dan memaklumkan berita yang menyedihkan itu

Takdirnya, perjalanan aneh ini menjadikan Stanley lebih dekat jiwanya dengan anak-anaknya. Perjalanan ini akhirnya menyedarkan Stanley tentang kehilangan " separuh jiwanya". Perjalanan ini akhirnya samada boleh mematahkan semangat sebuah keluarga atau menguatkan jiwa mereka.


Emosi seorang lelaki itu jika perlu hanya mahu disimpan dan dipendam sahaja. Tidak seperti perempuan, yang meluahkannya seperti satu sesi terapi yang boleh menenangkan jiwa mereka. Lelaki tidak begitu. Air mata ditahan dan disimpan, tidak boleh dilihat oleh sesiapa.

Filem Grace Is Gone ini membongkar rahsia isi hati seorang lelaki yang bernama Stanley. Stanley tidak tahu dan kaget, bagaimanakah mahu memberitahu berita paling menyedihkan kepada anak-anaknya, terutamanya anak bongsunya yang sentiasa ceria dan gembira.



Menonton babak demi babak ini, aku tidak dapat membaca apakah pemikiran Stanley sebenarnya. Apa sebenarnya yang difikirkan oleh Stanley? Nampak gayanya bukan sahaja ekspresi yang agak " ambiguous, vague", malah pemikiran watak utama itu hanya menunjukkan emosi yang berlainan dan berbeza. Tetapi, aku fikir itulah sebenarnya yang dimahukan oleh sutradaranya. Tentang seorang lelaki yang kaget terhadap peristiwa hidupnya, dan bagaimana dia cuba mengatasinya.

Ada beberapa adegan yang kufikirkan sangat bijaksana

1. Akhirnya, si ayah membawa mereka menaiki roller coaster, masing-masing sungguh teruja. Apa yang dahsyat keceriaan di taman tema itu hanya diiringi lagu latar yang paling sedih. Menggambarkan kepuraan taman tema itu yang tidak mampu melahirkan perasaan gembira buat Stanley.


2. Akhirnya, si ayah memberitahu juga tentang kematian ibu mereka kepada anak-anaknya. Aduhai, adegan paling emosi dan meruntun perasaan. Sudah lama aku tidak menonton filem yang menangguhkan momentum emosinya sehinggalah ke akhir filem ini. Brilliantly done!



Salah satu filem kegemaran aku tahun ini. Kalian pun sudah maklum, aku sudahpun mengatakan filem ini mempunyai runut bunyi paling menyedihkan, sentuhan Clint Easwood. Sentuhan muziknya sungguh mengharukan, sekali lagi memainkan alunan minima piano yang sangat terkenal itu.

Ia sebuah filem kecil. Tanpa ada tag box office padanya. Sebuah filem kecil yang mempunyai jiwa besar. Emosi, Drama dan sangat mengharukan. Menontonnya, kita mempelajari bahawa sebelum terlambat ucapkanlah kasih sayang kepada yang rapat dengan kita. Ya, sebelum terlambat.





Labels:

posted by Jimi Wiser @ Tuesday, July 01, 2008  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart