
Ini ialah pasukan Choral Speaking. Atau bolehkah aku terjemahkan dalam bahasa sebagai Ungkapan Berima? Nampak canggung, bukan? Tetapi itulah salah satu daripada pelbagai pertandingan untuk menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah rendah.
You see, pasukan ini telah bersedia lebih empat bulan sebelum pertandingan yang diadakan. Empat bulan you, setiap hari Rabu petang dan Khamis. Ditemani oleh guru-guru bahasa Inggeris mereka.
Semua efek Choral yang sepatutnya ada. Kesemua intonasi dan segala bentuk rima bahasa perlu diketengahkan. You know lah, must be very fluent, you see.
Setiap pasukan paling minima menghantar seramai 30 peserta. Bayangkan untuk melatih peserta seramai itu dengan seribu perangai keanak-anakan yang mereka punyai. Bayangkan, Che Limah, the very laser mulut one, Che Deh,yang suka bersin dan selsema, Che Kiah, yang suka tersengih kalau tersebut air, diingatkannya air itu air (water lah you), Arghhh bermacam-macamlah Che Che lah you, and all their troublesome.
The thing is, I nak let you very know lah kan (wah, berangan nak speaking datuk and datin, Inggeris caca merba), tidak ramai yang tahu.Tidak ramai yang sedar setiap aktiviti yang dihantar ke luar sekolah, duitnya harus dibiayai oleh sekolah sendiri.
Sekolah yang menghantar pasukan (berdasarkan gambar) ni sebuah sekolah kecil. Tetapi, demi kelangsungan menggalakkan anak bangsa dengan penguasaan bahasa Inggeris terpaksa mengumpul duit setiap guru, dan menggunakan 8 buah kereta guru-guru di sekolah itu.
Aku ulang semula, 8 buah kereta guru. Guru-guru ini menggunakan duit sendiri untuk duit petrol (so is the increasing petrol oil, kan Datuk IMAZUDDIN, i hope you are reading this, datuk, tak baca tulisan blog ke?, ohhh you very the busy main golf ya?). Satu petang pergi mengunjungi tuan rumah pertandingan. Duit dikumpul lagi untuk berikan sedikit kudapan murid-murid yang kelaparan.
Resipi Choral Speaking Bermadu
8 buah kereta guru (perodua, kenari dan lain-lain, prolapse "proton" pun also can lah, you) 33 orang murid sekolah rendah yang kuat menjerit dan berbisik (pastikan dimayang hempas dan hampas murid-murid yang fobia bahasa Inggeris ya) I kotak besar air mineral supaya murid-murid tidak kehilangan suara 4 bulan latihan intonasi dan pitching you, setiap rabu dan khamis tanpa henti 33 keping surat kebenaran ibu bapa membawa keluar anak-anak mereka 2 guru bahasa Inggeris yang over dan melaser supaya mudah memarahi dan menjerit murid yang tak seirama suaranya dengan teman-teman yang lain.
Hasilnya, kemenangan buat sekolah ini. Yang sanggup berkorban luar biasa sungguhpun nampak sangat-sangat biasa,yang dipandang sepi oleh masyarakat luar akan bentuk pengorbanan guru yang agak luar biasa itu.
Disclaimer: Ini bukan pasukan daripada sekolah aku. Bayangkan murid aku yang tidak cukup 80 orang murid, yang gurunya hanya 7 orang termasuk guru besar. Just imagine you, guru besar nak hantar bebudak ni, very the kotor the jijik kotorkan kereta diorang yang mahal, you
Untuk Cikgu BI sekolah tu yang over the top tu, tahniah ya. Suka aku sekolah ko menang! Now, is that an unusual cover story that you do not get from your daily newspaper story, kan? Oh well, yes, I can be super nasty and cynical sometimes. Tak gitu, Cekmi?
Labels: cikgu Jimi, crazy jimi, laments |