Untaian puisi sepi, yang banyak dipaparkan dalam filem Sepi ini secara tuntasnya menggambarkan keseluruhan jiwa kesepian watak-watak manusia dalam filem kedua Kabir Bhatia ini.
Sekali lagi menggunakan idea multiple karakter sepertimana dalam filem Cintanya dahulu, tetapi kali ini gabungan karakter itu diikat oleh satu peristiwa kemalangan, dan bagaimana kemalangan itu mencetuskan " decision making " kepada mereka samada menamatkan kesepian mereka atau mengharunginya semula.
Samada Sufi masih mahu meratapi kematian isterinya? Samada Adam memilih untuk hidup bersama wanita yang dicintainya? Samada Imaan memilih untuk hidup bersama realiti dan bukan lagi ilusi?
Idea ini sebenarnya telah lama digunakan oleh Hollywood, tetapi rasa gembira dan lega kerana Malaysia mampu mengadaptasi teknik penceritaannya dengan baik, bersahaja malah keseluruhan insiden kemalangan itu memberikan tingkap persepsi kehidupan manusia biasa, tetapi terkesan oleh insiden itu.
Keistimewaan Kabir Bhatia ialah dia suka bermain dengan visual kamera yang cantik dan mengkagumkan. Permulaan cerita sahaja, kita terhibur dengan gerak kerja kameranya. Ketika di dapur, shot-shot tumpuan kepada perkakas dapur, masakan dan makanan, keriuhan manusia di dalamnya, warna-warna yang sengaja ditimbulkan. Inilah gaya Kabir Bhatia.
Siapa sangka Sufi berlari kerana kekecewaan rasa bersalahnya di Taman Tasik Taiping yang memang terkenal dengan kecantikan lanskapnya, pepohon kayu tua menyeberangi dahannya mencecah ke air tasik yang tenang. Barangkali, ia lambang kesepian sungguhpun berada dalam keindahan dan ketenangan air tasik. Lanskap indah ini dimanipulasikan akhirnya dengan teknik menggabungkan kota Kuala Lumpur pada akhir adegan ini. Mengakagumkan.
Atau, mungkin sahaja kalian akan terpesona denga "salji " mainan Adam dan kekasihnya di dapur kasih mereka itu?
Ada karakter dan watak yang akan singgah di hati aku. Berlegar-legar setelah keluar dari panggung. Tetapi asyik benar memikirkannya.
Watak Nasha Aziz sebagai perempuan “gila” Suzie dalam filem Sepi ini sangatlah mengejutkan. Jujurnya, aku terkejut melihat transformasinya. Terus terang juga, aku bukanlah peminat Nasha Aziz sejak Kad Cinta, Bara ataupun Trauma. Tetapi, inilah lakonan Nasha Aziz yang aku ingat dan kenang, mengingatkan aku bagaimana seorang model tinggi lampai ini mampu membuat kejutan yang luar biasa. Sesungguhnya, watak yang dimainkan ini pasti diidamkan oleh semua pelakon. Kerana dia mampu mencuri perhatian orang yang menontonnya.
Jujurnya, aku kepingin benar melihat " range" watak ini berpanjangan. Dan, aku ingin benar menonton kehidupannya yang panjang. Kabir, bolehkah kamu yang baik hati membuat sebuah lagi filem mengenai watak yang dilakonkan oleh Nasha Aziz ini , such an interesting character. Tetapi, biarlah filem itu mengenai kehidupan Suzie sahaja. Suka dukanya. Pasti, ia menjadi filem yang bagus dan berlainan.
Cerita Imaan dan Ean, ialah cerita yang paling aku minati. Aku suka sutradara dan penulis cerita ini menyulami maksud ilusi, imaginasi, misteri barangkali dalam menjalani cerita ini, Ada sulaman masterpiece, cedukan interpretasi M. Knight Shayamalan ala The Sixth Sense. Bagus betul.
Tersendiri. Malah apa yang mengkagumkan sunguhpun beremosi tetapi ia masih segar dalam watak watak klise Uda dan Dara, kisah gadis koma and whats not. Tetapi, inilah segmen filem Sepi yang sangat bijaksana.
Apabila aku menonton lakonan Baizura Kahar, aku seperti teringatkan lakonan barisan pelakon Indonesia remaja yang terkenal dengan method ekspresi pengucapan dialog mereka. Sepertimana Nirina Zubir, Acha Septriasa, Bunga Cinta Lestari dan banyak lagi. Aku seperti membayangkan kehebatan Baizura Kahar berada dalam barisan pelakon tersebut.
Ekspresinya mendalam. Manusia atau gadis yang kacau jiwanya. Terganggu tetapi dia sendiri menafikan kekacauan jiwanya. Beremosi, lihat sahaja adegan membacakan puisi di café bersama Ean. Lihat sahaja adegan di hospital, adegan pertarungan Khalil di jejantas.
Satu yang mengecewakan aku ialah rambut palsunya sahaja. Mengapalah Malaysia ni suka sangat menggunakan rambut palsu dalam drama dan filem mereka. Cukup-cukuplah Erra Fazira sahaja yang memakainya sahaja.
I loved her. Period. Jarang ada pelakon wanita melayu yang cantik dan betul-betul berbakat pada satu atau dua filem – filem awal seni lakonannya. Pemilihan Baizura sangat tepat. Kita perlukan pelakon wanita yang lebih segar berbanding pelakon wanita yang telah terlampau exposed dengan populariti iklan-iklannya dan kontroversi yang bersifat setinggan dan picisan sahaja.
Tuntasnya, filem Sepi sekali lagi menjanjikan kelainan naratif dan persembahan, sungguhpun watak-wataknya masih lagi berlegar-legar dalam kelompok klise. Tetapi, sepertimana Cinta,Sepi berupaya berdiri kukuh sebagai sebuah filem yang baik dan bagus, walaupun di dalam panggung yang aku tonton hanya ada lebih kurang 15 orang sahaja.
Seperti biasa, ingatlah kata-kata aku " sebuah filem/lagu/drama yang baik bukanlah bersifat popular. Popular bukan pengukur kebagusan bagi sesesuatu yang indah. "
Bagaimana
mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah
atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau
persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI,
tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI.. ::Mengapa
Jimi menulis? ::Di
sebalik wajah