
Lama benar aku meninggalkan dunia kampus sehingga terlupa wajah-wajah yang pernah singgah dalam hidup aku. Kadangkala wajah-wajah itu yang pernah bertakhta di hati.
Masa yang dititipkan sepanjang masa, menyebabkan kita sibuk memilih dunia kita. Membuang yang tidak perlu, mencipta kenangan baru, tetapi mampukah kita men " delete " kenangan silam.
Tempat: Jusco Kinta City, Ipoh
Tarikh : 11 Mei 2008
Dia : Ehh, Jimi, is this you?. Excuse me !
Jimi : Yes, I am
Rupa-rupanya, seorang teman lama yang menegur.
Dia : Oh my, I never expected to see u here. good to see you. How r things for you? Life and all?
Jimi : Well, okielah. Good and great.
Senyumannya tidak pernah hilang. Masih seperti dulu. Mengingat wajahnya yang kurus dahulu, seperti tidak menyangka yang dia sudah berubah jauh sudut fizikalnya.
Dia memegang tangan aku begitu lama. Tidak mahu melepaskannya. Diperkenalkan dengan anak yang comel. Juga isterinya yang masih ayu seperti dahulu. Seperti yang aku lihat dahulu, sentiasa berdua-duaan ke mana-mana di kampus dulu.
Dia : So, "dia" macam mana?
Ditanya soalan yang menyuntik kenangan silam. Aku menepis jauh ingatan.
Dia : So apa ko buat hah, I mean for living ?.
Jimi : Well, aku just a cikgu je kat sekolah rendah.
Dia : Huh, what, seriously? Seriously? I thought you are big somebody now? You know how good you are in debating, leadership back there in campus.
Jimi : Well, I guess, I am meant for simpler things in life. Micro not macro.hahaha. Just cikgu cabuk je.hehehe. (sekadar menguji balasannya, sengaja aku menyatakan sebegitu menguji jawapannnya semula)
Dia : Okielah tu, jadik cikgu. Senang kerjanya. Balik umah cepat. Jaga family. Well, you cant win them all, kan?
Apakah yang dimaksudkannya, kemenangan apa? kekalahan apa? Seperti memujuk diri aku yang mahu merendahkan jatuh bangunnya diri aku. Perbualan itu berlanjutan lama, sehingga aku meminta izin untuk berpisah.
Dia : Well, keep in touch ya.
Jimi : Yes, hopefully.
Ada saat dan ketika. Engkau tidak mahu bertemu dengan teman-teman lama. Kerna mereka mengimbau kisah silam engkau. Dan, kerana diri Jimi Wiser dulu dan dibandingkan diri dengan waktu sekarang.
Dia bukan teman sejati aku. Jika dia teman sejati aku, dia pasti mengetahui bahawa keghairahan aku dalam kerja aku, lebih mengatasi segalanya. Jika dia teman sejati, dia pasti menyokong dan menjadi tonggak, walau sebodoh mana pilihan hidup aku. Aku hapuskan nama dan nombor telefonnnya sekelip mata selepas meninggalkannya, walaupun aku berpura (kerana dia yang mahukan nombor aku dahulu) mengambil nombornya sebentar tadi. Dia yang hebat bertugas di Putrajaya, sebagai seorang setiausaha politik seorang datuk yang terkenal.
Seperti terngiang di kepala beratus- ratus kali di kepala
" Okielah tu, jadik cikgu. Senang kerjanya. Balik umah cepat. Jaga family."
Adakah kalian pembaca, sebenar-benarnya teman sejati aku?
Teman Sejati
Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui
Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita
Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
Labels: cikgu Jimi, laments