Aku ghairah dan bersemangat sebenarnya. Minggu ini ialah minggu yang paling aku nantikan setiap tahun. Manakan tidak, tanggal 16 Mei semakin menghampiri.
Seperti tahun - tahun lalu, kali ini aku ingin menulis dan menerbitkan beberapa entri sempena tanggal 16 Mei.
Pertamanya, aku ingin mmpersembahkan beberapa klip dokumentari – kisah guru-guru yang bertugas di daerah sepi pedalaman, jauh dari arus kemodenan dan kosmopolitan. Kisah mereka ini sebenarnya membuatkan aku terasa sangat kerdil dan kecil, berbanding pengorbanan yang mereka susuri. (aku ambil daripada dokumentari terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan, buat tatapan semua)
Tabik dan sungguh hormati mereka.
Kisah yang pertama, kisah cikgu Azlee bin Makibin, yang bertugas di sebuah sekolah yang cukup jauh di pedalaman Serawak. Menontonnya buat beberapa kali, tanpa jemu mengenangkan betapa hebatnya cikgu Azlee ini.
(tips: untuk menonton klip tanpa sekatan, biarkan ia streaming sehingga habis, dan replay semula)
Bahagian Pertama
Bahagian Kedua
Dokumentari kedua pula gabungan beberapa temuramah dan cerita , kisah guru-guru di beberapa pedalaman seperti di Sabah, Serawak, Kelantan dan Pahang.
Bagaimana
mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah
atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau
persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI,
tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI.. ::Tentang
JIMI I, II, III ::Tentang JIMI
dan sinema nya ::Mengapa
Jimi menulis? ::Di
sebalik wajah