Kadangkala, takdir dan rezeki bagi setiap kehidupan masing-masing berbeza. Pernah atau tidak kita menyelami kehidupan seorang pendatang asing, yang bekerja semata -mata untuk kebahagiaan mereka yang tersayang yang ditinggalkan di tanah air mereka?.
A greeting from darkness again. Ya, itulah sebuah lagi genre yang akan aku ulaskan di blog aku ini.
Seorang ibu, bangun sebelum terbitnya matahari di tanah makmur Los Angeles, menaiki lebih dua bas, dan lebih dua destinasi untuk bekerja sebagai seorang pembantu rumah.
Dia ialah seorang pendatang haram, yang menyeludup masuk, mempertaruhkan nyawanya semata-mata mahu mencari kesenangan. Kesenangan yang bagaimana pula? Carlito, Anak lelaki yang berusia sembilan tahun yang terpaksa ditinggalkannya, dan sudah empat tahun ditinggalkannya. Anaknya, yang dijanjikan kesenangan, meskipun pedih dan perit meninggalkannya sebegitu kecil bersama jagaan nenek yang sudah uzur.
Sebelum Rosario pergi meninggalkan anaknya, dia pernah membisikkan di telinga anaknya
" Jika rindukannya, berasa sunyi dan sepi mengenangkan ibunya , Carlito hanya perlu mendongak ke angkasa malam, memerhatikan bulan yang cantik, kerana ibunya pasti akan mendongak dan melihat yang sama, dan mereka sama-sama mengenangkan kasih bersama. "
Itulah tajuk filem keluaran Mexico ini, yang berjudul La Misma Luna/ Under The Same Moon. Sebuah kisah dua cerita yang parallel. Tentang kesunyian hati dan hidup seorang ibu yang sanggup meninggalkan anaknya yang masih kecil, semata-mata untuk mengubah nasib hidupnya. Pada masa yang sama, diceritakan kisah Carlito, yang terlalu rindukan ibunya, hari demi hari yang dilaluinya yang sungguh menyiksakan.
Paling yang dinanti-nantikan oleh Carlito ialah panggilan ibunya pada setiap pagi sabtu. Yang disambut dengan deraian air mata ibunya yang terlalu merindui Carlito.
Sehinggalah, pada satu hari nenek Carlito, mati terbaring di atas katil. Ini membuatkan Carlito resah memikiran tiada siapa lagi yang ada di sisinya. Maka, Carlito memulakan misinya; menyeludup masuk dirinya sendiri ke tanah Amerika, demi mencari ibunya.
Tanpa diketahui oleh ibunya sendiri, Carlito memulakan kembaraannya sendiri, apabila dia diseludup di dalam kotak besar dalam sebuah kereta. Tetapi, kereta itu ditahan, sehingga dia terpaksa bermalam, berjalan bergelandangan mencari tempat teduhan.
Carlito juga bertemu dengan manusia-manusia yang terharu dan kagum akan keberaniannya. Manusia yang berhati baik mahu menolongnya, yang pernah suatu hari diculik untuk dijual oleh seorang penjahat.
Dan, dia berkenalan dan bersahabat dengan seorang lagi pendatang izin Eugenio, yang pada awalnya membenci Carlito, tetapi lama kelamaan kasih sayang dan simpati muncul dan terbit, lalu persahabatan yang ikhlas terjalin.
Oleh kerana kehilangan duitnya, Carlito terpaksa bekerja sehari demi sehari demi mengumpul wang, semata-mata untuk bertemu ibu kandungnya yang tidak dijumpainya lebih empat tahun. Masalah lain pula timbul, Carlito kehilangan alamat ibunya, dan ini menyukarkan pencariannya.
Dalam lapisan yang pertama, ia masih mengenai perhubungan seorang ibu dan anak. Tetapi, lapisan yang kedua, ia mengkritik tentang masalah polarisasi kaum pendatang dari Amerika Selatan, yang semata-mata menyeludup masuk untuk mencari rezeki hidup. Lapisan demi lapisan cerita yang begitu dekat dan real, menceritakan masalah sebenar, hubungan " love and hate relationship" antara Amerika dan jiran tetangganya.
Pada aku, ia sebuah cerita yang sangat menyedihkan. Apatah lagi perlambangan mengenai bulan yang mengalirkan simbolik rasa sunyi dan sepi manusia-manusia yang merenungnya, berharap bahawa ada yang mengingati kita sambil merenung bulan yang sama.
Bulan yang melambangkan kesunyian, keterpaksaan dua hidup manusia Rosario dan Carlito yang terpaksa melangsungkan kehidupan yang memeritkan.
Namun, berjayakan Carlito menemui ibunya yang dirinduinya selama lebih empat tahun tidak ketemu?
Filem yang mengingatkan aku tentang betapa besar makna pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya. Mengajar kita tentang bagaimana kasih yang suci itu bisa menjadikan kita tegar, malah sanggu meredah lautan dan apa jua cabaran, demi kasih keluarga.
Sebuah filem yang bagus dan berseni, bercerita tentang maksud harapan, kasih sayang, survival dua manusia biasa, di dunia ini sambil mengharapkan bulan mengirim kasih dan rindu agar cepat bersatu semula.
(Untuk itu, selamat hari ibu buat semua ibu di dunia melata ini.Dan, untuk ibu aku tentunya. Pengorbanan yang kau berikan tidak terbandingkan.)
Bagaimana
mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah
atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau
persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI,
tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI.. ::Mengapa
Jimi menulis? ::Di
sebalik wajah