Thursday, May 15, 2008
Cikgu Jimi


Sedari tidak. Pejam dan celik mata kemudiannya meniti hari, sudah hampir enam tahun aku yang bernama seorang guru. Dua tahun pertama, aku menjadi guru di sekolah menengah. Mengajar pelajar-pelajar di tingkatan enam. Dan, kemudiannya, bertugas di sekolah rendah sehingga sekarang.

Aku ingin titipkan beberapa soalan dan jawapan, supaya suatu hari nanti apabila aku membaca semula entri ini, aku akan kenangkan sebagai pengalaman aku. Manalah tahu jika aku tiada lagi di dunia ini. Ia akan menjadi sumber legasi hidup aku.

Apakah yang cikgu Jimi ajar di sekolah ?

Pada dua tahun pertama, aku bertugas di sekolah menengah. Aku mengajar di tingkatan enam rendah dan atas. Pengajian Am ialah subjek yang aku ajar. Ialah sebuah subjek yang merangkumi sejarah, politik dan bahasa untuk mempersiapkan pelajar-pelajar ke universiti. Adalah relevan, kerana bidang Sains Politik ialah bidang yang aku pelajari di universiti.

Selepas dua tahun, aku bertukar ke sekolah (arahan) rendah, supaya dapat diserapkan sebagai guru tetap. Aku dijanjikan pulang semula ke sekolah menengah selepas 3 tahun. Tetapi, aku tidak ada hasrat seperti itu kerana aku jatuh cinta mengajar anak-anak kecil. Mungkin aku akan kekal di sekolah rendah atau mungkin aku diserahkan semula ke sekolah menengah.

Dua tahap aras persekolahan yang berbeza menyebabkan aku mempunyai pengalaman yang sangat berbeza.

Sedar atau tidak, aku sudah 6 tahun bertugas sebagai guru biasa. How times really fly.

Apakah beza mengajar di sekolah menengah dan rendah?

Jauh dan banyak berbezanya

Sekolah menengah biasanya pelajar-pelajarnya lebih tegar. Masalah disiplin menjadi faktor. Terutamanya pelajar lelaki. Hanya yang bisa teguh mampu mendisiplinkan mereka.

Guru sepatutnya melayan mereka seperti teman, kerana mereka tidak suka dilayan seperti anak kecil. Ruang mengajar sepatutnya lebih kepada membimbing, membiarkan mereka membuat keputusan. Kerana sepatutnya mereka sudah matang.

Jika di sekolah rendah, murid-muridnya lebih bersih dan kurang tercemar (walaupun tidak selalunya begitu). Masalahnya pula ialah kita harus mengajar asas dengan betul. Masalah mengajar murid yang masih tidak tahu erti sebenar perkara abstrak seperti kejayaan, motivasi dan kejayaan. Satu lagi, ialah kemampuan murid yang berbeza-beza, dan kita tidak harus mengajar secara kolektif, tetapi lebih kepada individu.

Murid harus dianggap dan dilayan sebagai anak sendiri. Mereka selalu sahaja lupa, dan kita mesti selalu ingatkan mereka.

Apakah kenangan yang manis ketika mengajar di sekolah menengah?

Pernah satu tahun, aku mengajar kesemua 7 kelas tingkatan enam rendah. Kelas aliran sastera dan sains. Oleh kerana jumlah waktu yang banyak, jumlah kelas terpaksa dikurangkan, sebuah kelas sastera aku diberikan kepada cikgu lain.

Entah bagaimana, seluruh pelajar kelas itu membuat bantahan kepada pengetua, menyiapkan surat bantahan yang siap bertanda tangan meminta aku kembali mengajar mereka.

Rupa-rupanya, heboh satu sekolah, semua guru dan pelajar. Sejarah direkodkan, bantahan dibuat kerana hanya seorang guru yang setahun jagung diminta sebegitu rupa.

Masih ingat lagi, seorang guru berkata

" Nampak sangat mereka semua sayangkan cikgu ya. Kalaulah sepanjang saya mengajar, saya dirayu sebegitu rupa , bertuahnya saya "

Keputusannya, aku kembali mengajar ke kelas itu semula. Dan, sehingga kini, aku tidak tahu kenapa aku diminta sebegitu rupa. Aku sebetulnya seorang guru yang tegas, dan aku rasa guru seperti itu tidak begitu popular.

Apakah kenangan yang pahit ketika mengajar di sekolah menengah?

Ada macam jenis pelajar. Ada juga yang jenis angkuh dan sombong. Tidak menghairankan, kerana semakin mereka membesar mereka sudah pandai mengkritik guru-guru mereka.

Ada sebuah kelas di sekolah itu, digelar cream of the cream. Pelajar yang keputusan spmnya sangat cemerlang. 10 A, 12 A, 9A dan lain lain. Mereka digelar Science Alpha, maksudnya mereka lebih bagus daripada kelas Science A.

Justeru, kerana mereka ini sangat bagus dan cemerlang, dan diletakkan satu kelas, ada juga yang berasa cukup hebat. Dan, mungkin mereka tidak berminat terhadap pelajaran yang aku ajar.(biasalah, siapa minat poilitik dan sejarah sebagai mata pelajaran), dan memandangkan ia subjek wajib, mereka terpaksa belajar juga.

Mereka semua ni sangat judgemental. Apa yang aku ajar dibandingkan dengan guru di pusat tuisyen mereka. Mereka juga kadangkala ketika aku mengajar, membuat latihan math, chemistry , bio tanpa mempedulikan pengajaran aku.

Buat pertama dan terakhir, apakah yang aku buat?

Aku ambilkan buku-buku mereka, dan aku campakkan di luar kelas, dan melarang mereka masuk ke kelas aku jika tidak meminta maaf.

Sejak itu, mereka menumpukan perhatian. Dan, akhirnya keyakinan dan kemenangan menjadi milik aku, apabila mereka sangat menghargai aku sehingga sanggup mengumpul duit mengadakan majlis hari jadi untuk aku.


Apakah yang paling sukar apabila menjadi cikgu?

Mendidik dan bukan mengajar. Mengajar, sesiapapun boleh mengajar. Pabila kita mendidik, kita memberikan input dalam roh anak murid kita. Katakanlah ya, dia terjumpa kertas atau sampah di koridor, adakah dia sanggup mengambilnya atau membiarkannya? Mungkin cikgu itu berjaya mendidik budak itu, kalau tanpa dilihat orang lain, dia sendiri sanggup mengutip dan membuang tanpa diberitahu. Itulah contoh kejayaan mendidik.

Apakah yang paling manis apabila menjadi cikgu?

Apabila anak murid kita masih hormatkan kita walaupun sudah lama meninggalkan kenangan di sekolah. Aku pernah terserempak dengan seorang bekas pelajar yang kini menuntut jurusan perubatan di Ireland (dahulu aku mengajar Form Six level) yang begitu menghormati aku. Dia cium tangan aku dan mengucapkan terima kasih. And, he is a Chinese guy.

Apakah yang paling dibenci menjadi cikgu?

Paper work, kerja mengisi borang, and hundreds of them yang aku tak tahu apakah relevannya. Bodoh dan tolol. Aku pun hairan, semua guru mengkritik tentangnya, pak menteri dan orangnya masih do nothing about them. Cikgu mengajar dan mendidik bukan jadi kerani. Jangan ambil masa kami mengajar untuk perkara yang sebegini membosankan. Kerjaya guru " core business " nya ialah mengajar dan mendidik.

Apakah nilai dan sikap yang perlu ada pada setiap guru?

Berkorban. Jadi cikgu tidak boleh jadi kaya. Anak murid kita mungkin menjadi jutawan atau doktor. Cikgu tetap cikgu. Kalau anda mempunyai sikap pengorbanan yang tinggi, anda mungkin seorang cikgu yang baik. I have sacrificed a lot throughout these years. Tapi tak ramai orang tahu.

Apakah mitos masyarakat tentang kerjaya sebagai seorang guru?

Yang menjadi cikgu sangat mudah. Sudah menjadi satu stereotaip. Aku cabar, cuba jadi cikgu seminggu, tengok!

Apakah yang Jimi sedihkan apabila menjadi cikgu?

Melihat anak bekas murid berubah mengikut pengaruh kawan dan alam sekeliling. Seorang bekas anak murid aku pernah ditangkap kerana dadah, apabila dia masuk ke alam menengah. He was one of brightest student.

Aku salahkan pengaruh kawan dan media.


Apakah yang masyarakat tidak tahu tentang satu tugas guru?

Cuti panjang sekolah bukan cuti untuk guru. Kami berhak dipanggil bertugas dan sesiapa yang ingkar, boleh dikenakan tindakan.

Apakah cabaran yang masyarakat tidak tahu tentang tugas menjadi seorang guru?

Guru harus berdepan dengan karenah murid. (core business)
Guru juga harus berdepan dengan karenah pentadbir (guru besar atau pengetua)
Guru juga harus berdepan karenah ibu bapa
Guru juga harus pandai bergaul dengan guru-guru lain, supaya selesa bekerja

Apakah " style of teaching "yang Jimi praktikkan selama ini?

Tegas tetapi penuh kasih sayang. Tegas 10 minit awal, tetapi ubah mood kepada jenaka dan humor. Kerana mereka sudah masuk ke dunia fokus, jadi tidak ada masalah tidak menumpukan perhatian. Selalu dengar pendapat mereka, even their opinions are silly.

Apakah prinsip yang Jimi praktikkan selama ini?

Jangan bencikan anak-anak murid kerana sikap mereka. Ingat, ubahkan dan hanya bencikan sikap mereka, bukan bencikan mereka.

Apakah kejayaan anak-anak murid yang pernah Jimi lihat?

Bekas-bekas pelajar sekolah menengah, sudahpun ke universiti. Ada yang sudah mahu menjadi doktor, peguam dan sebagainya.

Bekas-bekas pelajar sekolah rendah aku, kini generasi paling tua berada di tingkatan empat. Aku masih ikuti perkembangan mereka.

Tetapi, ada juga yang tidak berjaya dalam pelajaran, tetapi aku masih melihat mereka. Ada seorang bekas murid, kini menjadi pengawal keselamatan di sebuah bank di sini. Masih lagi hormatkan aku.

Apakah yang seorang guru harapkan daripada seorang murid?

Kejayaan. Kejayaan bukan bermaksud 21As, tetapi kejayaan secara holistik.


Apakah yang seorang guru harapkan daripada ibu bapa?

Cuba tanya dan selidiki prestasi anak-anak daripada guru-guru mereka. Jangan menyerahkan segalanya pada beban guru. Kami hanya meminjam lebih kurang 8 jam sehari. Selebihnya, ibu bapa yang menentukan corak hidup mereka.

Apakah yang seorang guru harapkan daripada kementerian?

Dengarkanlah masalah guru yang seramai 350, 000 ini. Tumpukan kepada kejayaan holistik. Tumpuan terhadap kecemerlangan peperiksaan sangatlah membahayakan. We teachers always believe in that.

Apakah yang dapat kami jangkakan sekiranya kami berada di kelas cikgu Jimi?

Kelas pelajaran bahasa yang penuh permainan bahasa, nyanyian dan mungkin tayangan filem.

Seorang guru yang tidak mengajar hanya dengan duduk di atas kerusi sahaja. Seorang guru yang mungkin kelihatan seperti " menari " kerana bergerak ke sana sini.

Seorang guru yang tidak mungkin mengucapkan perkataan " bodoh " atau " tolol " kepada muridnya.

Seorang guru biasa, yang kadangkala menjerit marah. Tanda sayang. Dan, kadangkala dipenuhi dengan hilaian tawa jenaka yang dilakukannya. Diakhiri dengan kerja rumah. Huhu.

Selamat Hari Guru buat semua guru ya.

Labels:

posted by jimi wiser @ Thursday, May 15, 2008







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart