Akhirnya, setelah mendengar saban hari betapa ramai yang suka akan filem ini setelah menontonnya.
Akhirnya, setelah ramai yang mengatakan novel Ayat - Ayat Cinta seharusnya dibaca, buat mereka yang mahu mengertikan maksudnya cinta.
Arghhhh, yes and yes. Akhirnya, dapat juga aku tonton filem ni.
Apa verdictnya Jimi?
Sungguh, aku suka benar akan filem AAC ini. Selesai sahaja menontonnya, aku terpaku dan terdiam seketika.
Satu; Mungkin kerana cerita dan jalan cerita yang sangat aku senangi. Aku tahu ia masih dalam kelompok plot cerita yang stereotaip dan ala Bollywood (bayangkan sahaja babak hakim dan saksi mahkamah seperti plagiat filem Bollywood) , namun sungguh ada sesuatu istimewa tentangnya.
Dua; Mungkin juga kerana latar filem yang unik. Sebalik mengenengahkan moden dan kontemporari, tetapi kali ini pula ianya berkisar di tanah Cairo. Menyaksikan bagaimana sosio budaya melayu Indonesia (juga melayu Malaysia) yang mempunyai lahjah dan biah Islamiyah, mengadaptasi hidup mereka, menginterpretasi persepsi kehidupan mereka.
Tiga; Mungkin juga, filem AAC ini tidak sepatutnya ditujukan sebagai sebuah lagi filem cinta, tetapi banyak benar lapisan dan makna yang mendasar dalam, persepsi penulis, pendapat dan kritikan terhadap isu dan makna bagi setiap maksud cinta, seperti maksud pengorbanan, kesetiaan, kasih sayang, cinta yang lebih hakiki, dan seterusnya menjurus dan berjangkit kepada persoalan qada`, ketentuan takdir dan lebih serius mengkritik dunia islam dan penganutnya yang salahnya menindas wanita (hak keadilan wanita dan bagaimana ia sepatut dilayan). Banyak bukan yang dikupasnya?
Banyak juga yang membaca buku ini (asal adaptasi filem) dan kemudiannya setelah menontonnya, berasa sangat tertipu dan dihina, kerana banyak plot dan watak telah dipinda sesuka hati.
Sejujurnya, memandangkan aku belum lagi membaca buku ini, namun setelah menonton filem AAC ini aku jadi sungguh teruja untuk membacanya, sungguhpun agak lewat barangkali.
Apa yang sempat aku baca secara online, versi filem ini dikritik dan dicincang sehabis mahunya, oleh peminat novel tersebut.
Kehadiran filem AAC ini sebenarnya membuatkan ada yang tidak senang apabila Andrea Hirata menyerahkan naskah hebatnya Laskar Pelangi untuk diadaptasi ke dalam seni filem pula. Mungkin kerana kekecewaan mereka setelah menonton AAC.
Sungguh, aku tidak bisa melihat novel kesayangan dan watak kesayangan aku dalam novel Laskar Pelangi yang sudah aku baca itu, dicincang sebegitu teruk, diubah dipinda menjadi lebih glamour dan tidak autentik lagi.
Mahu atau tidak, rela atau paksa, nantikan sahaja bagaimana Laskar Pelangi pula difilemkan. Takut dan resah pula aku.
Berbalik kepada AAC, kalau lah benar kerana jalan dan watak cerita yang menarik perhatian aku, akan aku baca novelnya nanti. Aku kagum dengan watak Fahri, Maria dan Aisha, yang saling mengungkapkan makna cinta, namun benarlah andai bijak sahaja melafazkannya, kalau tidak mengharung cabaran getir, apakah makna semuanya cinta itu?
Oh ya, yang paling aku benci ialah bagaimana semua orang Mesir boleh berbahasa Indonesia termasuk hakimnya sekali?? Sungguh tak lojik, mengapa tidak jadikan ia semi bahasa Arab, dan Indonesia supaya lebih autentik. Itu sahaja yang aku tidak senang, yang lain semua mengkagumkan.
Tuntasnya, aku tidak mungkin menjadi sehebat Fahri. Dia terlalu sempurna, menjadi lelaki hebat idaman wanita. Tetapi, benarlah lelaki seperti itu impian seorang wanita. Mungkin Fahri adalah jelmaan atau ilham rasa , mengulangi kisah Nabi Yusuf?
Arghhh , persetankan pendapat pra matang aku ini. Aku harus dapatkan buku itu, dan aku ulas semula bandingan versi filem dan bukunya sekali.
Bagaimana
mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah
atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau
persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI,
tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI.. ::Mengapa
Jimi menulis? ::Di
sebalik wajah