You know what music is? God's little reminder that there's something else besides us in this universe; harmonic connection between all living beings, every where, even the stars. I believe in music the way some people believe in fairy tales. But I hear it came from my mother and father. Once upon a time, they fell in love.
Kalau kalian meminati semua genre muzika yang dipadankan dalam filem ini? Rock, gospel, muzik classical, inilah satu filem " treat " kalian, malah ciptaan dan komposisi yang original.
Kalau kalian meminati bakat Freddie Highmore, yang terkenal dengan watak-watak " old soul " nya meskipun hanya pelakon kanak-kanak, tetapi bisa mampu mengalirkan pelbagai emosi.
Kalau kalian meminati filem fantasi , kerana elemennya sungguh kuat. Dimanipulasikan dengan kemanusiaan dan kasih sayang. Urban Fairy Tale.
Filem August Rush ini membariskan tiga plot utama. Kisah-kisahnya begini...
Seorang ahli muzik rock yang datang ke Amerika, melakukan gig-gig di kelab-kelab, pada satu hari bertemu seorang wanita jelita.
Seorang ahli muzik klasikal terkenal, pada satu hari selepas mengadakan konsertnya, bertemu dengan seorang pria istemewa.
Pada akhirnya, mereka berjanji untuk bersama tetapi terpisah oleh keadaan dan situasi. Akhirnya, mereka menerima hakikat, yang mereka tidak ketemu lagi. Ironnya, si wanita itu mengandungkan anak benih percintaan mereka. Namun, demi memenuhi cinta dan impiannya untuk menjadi ahli muzik terkenal, dia dipaksa oleh ayahnya melupakan anak yang dilahirnya itu. Dakwa ayahnya, anaknya itu mati ketika dilahirkan, tetapi rupa-rupanya telah diserahkan kepada rumah anak terbiar, tanpa diketahui oleh ibu kandungnya.
11 tahun sudah berlalu. Budak lelaki itu kelihatan pelik dan aneh. Setiap hari dia berkata, dia mendengar seluruh muzik dan irama dalam alam sekelilingnya. Ketika dia berjalan di kaki lima, kesemua bunyi yang didengarinya ibarat satu irama yang tersusun indah yang mungkin orang lain tidak memahaminya.
Kebijaksanaan " intelligence " dalam muziknya terserlah, apabila dia boleh bermain gitar dengan sendirinya, malah mempunyai kebijaksanaan luarbiasa terhadap muzik. Katanya, hanya muzik sahaja yang boleh menemukan dia dengan ayah dan ibunya.
Pencarian ibu dan ayahnya dilakukan dengan bermain muzik. Bergelandangan di kaki lima, bertemu dengan ramai pemuzik cilik jalanan yang telah diupah oleh seorang yang berkuasa, mengutip duit yang diberi orang dan akhirnya, mendapat keuntungan bersendirian.
Pada satu hari, dia berjaya keluar dari tempat itu, dan bertemu pula manusia-manusia yang berbakat di kolej Juliard, sebuah kolej universiti tersohor dalam bidang muzik. Entah bagaimana, akhirnya pada satu hari dia memimpin sebuah okestra simfoni dalam sebuah konsert yang besar-besaran. Seorang kanak-kanak musical child prodigy telahpun lahir dan berinspirasi.
Pada saat yang sama, si wanita mengetahui bahawa anaknya masih hidup lagi, lalu mulalah misi mencari anak lelakinya itu. Begitu juga dengan lelaki (ayah), yang seolah olah merasakan tujuannya kembali ke New York seperti ditakdirkan, menemui kembali cinta lamanya, sungguhpun pada hakikatnya dia telahpun menemui anak lelakinya di taman, tanpa diketahuinya sendiri.
Seperti menonton filem Bollywood tetapi versi Hollywood. Terlalu banyak kebetulan dan klise yang boleh dilihat lubang-lubang kelemahannya. Tetapi, kadangkala aku suka menonton filem yang tidak menarik aku sebagai seorang filem realist, tetapi sebaliknya kuasa mistik dan fantasi dalam filem August Rush ini cukup istimewa, sehinggakan aku cukup terhibur sehingga ke akhir adegan ini.
Barangkali kerana filem August Rush ini dipenuhi dengan elemen muzik, yang tersendiri dan unik. Barangkali juga kerana dokongan watak-watak yang sememangnya aku sangat menghormati lakonan Jonathan Rhye Myers (Match Point, Tudor), Keri Russle ( Waitress) da paling penting sangat mengkagumi pelakon cilik Freddie Highmore ( Finding Neverland, Charlie and Chocolate Factory, Five Children and It)
Apabila aku mengetahui bahawa August Rush adalah sebuah naskah arahan Kristen Sheridan, aku sudah pun dapat mengagak bahawa tema fantasi dan kanak-kanak ini seperti mengingatkan kepada filem In America yang sangat aku sanjungi. Padanlah, rupa-rupanya anak sutradara Jim Sheridan (In America) yang mengarahkan filem August Rush ini. No wonder there is so much resemblance.
Satu lagi filem yang bagus, jika kalian sanggup menjelajahi dunia fantasi, urban fairy tale yang ditawarkan. Sebaliknya, kasih sayang itu sangat jelas terpancar. Itulah mesej filem August Rush ini. A movie that just appreciates music in all forms and in the world around us.
Bagaimana
mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah
atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau
persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI,
tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI.. ::Mengapa
Jimi menulis? ::Di
sebalik wajah