Tuesday, April 15, 2008
Menunggu dan Menanti
Pabila kalian bertugas sebagai penjawat awam, satu budaya yang pasti kalian maklumi, arifi dan fahami, ialah budaya menunggu. Menunggu yang kadangkala membawa kepastian dan ada kesudahannya tidak berpenghujung. Tiada kepastian.

Barangkali, ini juga sudah menjadi kelaziman orang Malaysia, yang selalu " lambat atau lewat ", tidak tepat pada waktu yang dijanjikan. Kalian sudah tentu boleh mengenali tentang Janji Melayu. Janji orang Melayu dikatakan selalu lewat malah tidak memenuhi kehendak janji itu.

Pada satu hari, aku sibuk dan tergesa-gesa untuk ke pejabat pos. Belum pun sepuluh minit menutup pejabat, aku cuba menyelesaikan urusan aku, tetapi dihalang. Kata kerani itu, pejabatnya hendak ditutup. Padahal, masih ada sepuluh minit lagi.

:: Sepuluh minit untuk meletakkan bedak asas di muka, tengok kalau ada cacat cela, terpalit gincu merah saga, supaya balik senang hati, suami dan teman lelaki tak marah kerana lama menunggu.

Teman aku yang berbangsa Cina, sangat benci menghadiri jamuan makan majlis perkahwinan mereka. Katanya sama sahaja, bukan setakat orang Melayu sahaja. Tetamu hadir sangat lewat, tidak pernah mempunyai rasa hormat terhadap tuan rumah.

Dalam hidup aku, banyak sangat menunggu. Menunggu anak-anak aku menyiapkan kerja mereka, tanpa menyempurnakan sebaik mungkin. Menunggu bos datang untuk mempengerusikan mesyuarat. Menunggu bas rombongan kursus yang lewat dua jam, akhirnya memakan masa lebih dua jam telah menjadi lima jam.

Persoalannya, mereka menjadikan ini satu habit. Seolah-olah tabiat yang tidak boleh diubah. Mengapa tidak, sekurang-kurangnya kita sebagai manusia yang bertamadun, cuba buat sesuatu supaya kita tidak membuat orang lain tertunggukan kita.

Ini sikap kurang ajar , dan sikap rakyat Malaysia yang memanglah BOLEH.

Aku sentiasa percaya dan yakin, hakikatnya ia terus menjadi satu teori yang boleh dibuktikan, orang yang tidak menepati masa itu seorang yang tidak boleh dipercayai laku kerjanya, kerana secara mudahnya dia seorang yang tidak amanah, tidak boleh diberikan kepercayaan, tidak mampu memikul tugas atau mungkin tidak boleh manjadi manusia yang bertamadun.

Aku tertawa lucu memikirkan bagaimana seorang ustazah di sekolah aku, yang jarak rumah dan sekolah jauh kilometernya hanya 2 kilometer, boleh sampai lewat selepas loceng sekolah berbunyi berbanding aku yang jauhnya 15 kilometer, boleh hadir setiap hari pada jam 7.00 pagi tepat setiap hari, tanpa alasan. (kecuali aku mengambil cuti sakit).

Dan, seterusnya kalian boleh mengandaikan bagaimana dia menjadi seorang pendidik, yang harus menitik beratkan soal waktu. Berbicara tentang disiplin, sedangkan hayunan langkahnya berjalan cuak, malas dan tidak bersemangat.

Tidak hairanlah, dia selalu mengadu

" kenapa kelas saya, murid tak hormatkan saya, kalau dengan cikgu lelaki tu senyap sunyi, tak de budak nak bantah atau komen? "


Jika kalian mahu menjadi guru, markah terbanyak yang diberi dalam ujian praktikal oleh pensyarah kalian, ialah bagaimanakah kawalan kelas boleh terlaksana?

Soalnya, kalau kawalan kelas tidak wujud bagaimana sesi pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan? Dan, ia terus menjurus kepada persoalan, adakah layak dia menjadi seorang guru?.

Mungkin ada benarnya, ada guru yang hanya boleh menjadi pengajar tetapi tidak boleh menjadi pendidik? Masih tidak boleh bezakannya? Mungkin aku boleh berdiskusi topik itu lain kali sahaja.

Kelmarin aku menghadiri taklimat semua guru-guru di daerah aku, di pejabat pelajaran daerah. Suratnya menunjukkan jam 8.15 pagi, jadinya aku sudah sampai seawal jam lapan. Tetapi setelah lama membilang bilah jam dan minit, katanya hanya dimulakan jam 9.00 pagi pula. Jika katanya pukul 9.00 pagi, boleh sahaja aku bertolak lewat sedikit, malah sempat aku singgah di sekolah, mengajar dalam waktu pertama aku dahulu!

Ini adalah satu pembaziran waktu dan masa. Siapa pula yang akan menggantikannya?. Aku harap aku tidak dihitung di akhirat atas ketidakprofesionalnya manusia yang dikatakan bertamadun itu. Hah, jawab sendirilah pabila engkau dibangkitkan tuhan kelak!

Kenapa manusia yang tinggi pangkatnya suka sangat membazirkan waktu orang-orang bawahannya. Namanya penjawat awam atau orang " gomen ", tidak sudah-sudah dengan mesyuarat. Padahal bukan musyawarah, hanya bos pandai memaksa-maksa, membebel-bebel, mencerca-cerca dengan omongan dan omokan yang dakwa-dakwi sangat picisan.

Aku sememangnya sudah arif dan mempelajari daripada semua itu. Sentiasa sahaja membawa buku atau novel sambil menunggu dan menunggu, jadikan ia sebagai teman atau kekasih kamu. Kerana, dengan buku atau mungkin juga akhbar kamu bisa menenangkan diri kamu daripada bajingan-bajingan penderhaka waktu, yang comot dan angkuh dengan baju berkot hitam tanda professional, tetapi hanya tin kosong atau bagaikan katak seusai sudahnya hujan lebat, mahu memanggil hujan lagi. Uongg, uongg, uonng!



Menunggu .... guru lain yang mahu menumpang tetapi menganggap aku pemandu awam sahaja


Menunggu..... mesyuarat dan mesyuarat dan mesyuarat

Menunggu..... taklimat dan taklimat dan taklimat



Labels:

posted by jimi wiser @ Tuesday, April 15, 2008







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart