Tuesday, April 22, 2008
I am Staying Put

Ini sebuah cerita yang kukutip ketika menghadiri sebuah taklimat guru. Kisahnya ketika lawatan kerja yang dilakukan oleh Pak Menteri Pelajaran ke Sabah. Lawatan untuk menziarahi guru-guru yang bertugas di pedalaman jauh dari arus pembangunan. Rombongan itu diikuti oleh orang-orang besar dalam Kementerian Pelajaran.

Pak Menterinya bersama rombongannya menziarahi sebuah sekolah yang dilalui dengan perjalanan laut yang beralun dan berombak besar. Sudah berjam - jam lamanya menempuh laut, sampai di tanah yang dipijak, berjalan jauh pula ke dalam, sehingga pula bertemu sebuah sekolah yang usang. Jauh dari tenaga elektrik. Hanya menggunakan jentera penghidup setiap 6 jam setiap hari.

Disambut oleh lima orang guru sahaja. Murid-murid yang entah tidak tahu atas hadiah apa diganjari lawatan orang yang sebegini besar. Bertemu pula orang - orang kampung di sana. Mereka menyatakan penghargaan dan terima kasih, atas kerana pendidikan mereka tidak diabaikan oleh yang bertanggungjawab.

Pak Menteri bertanya kepada seorang guru perempuan muda yang cilik itu.

" Sudah berapa lama bertugas di sini, cikgu? " tanyanya.

" Sudah lebih lima tahun, datuk seri " jawab cikgu itu.

" Tak pernah memohon untuk balik bertukar ke semenanjung? " tanyanya lagi. Ingin tahu.

" Saya dirayu oleh orang-orang kampung, supaya tidak meninggalkan mereka, sedar tidak sedar , saya sudah lebih lima tahun di sini " jawab gurunya dengan ringkas.

Rupa-rupanya, guru perempuan itu antara tulang belakang sekolah itu. Banyak tugas dan kerja yang dilakukannya. Maklumlah, daripada 5 orang guru di situ, dia seorang sahaja guru wanita tunggal. Dia sentiasa dikagumi oleh masyarakat setempat itu.

Seorang lagi pegawai besar bertanya

" Hari ni sepatutnya gaji sudah masuk di bank, cikgu tak pergi ambil ke, beli barang -barang? "

" Oh ye ke, saya tak tahu pulak hari ni gaji dah masuk. Gaji dua bulan lepas pun saya tak pergi ambil pun " jawab guru itu dengan selamba.

Pak Menteri, dan rombongannya menggelengkan kepala, kagum akan pengorbanan guru-guru di pedalaman yang jauh dari kota. Sebak dan terharu akan pengorbanan seorang guru wanita itu. Bayangkan sahaja, pergi mengeluarkan duit daripada bank, memperjudikan nyawa dilambung ombak besar, dengan tambang bot disiel yang berharga lebih RM300.

Kisah ini mengingatkan aku kepada sebuah puisi yang ditulis oleh seorang guru yang menetap di sebuah pedalaman yang jauh.


Amber and Ashes
oleh: Aslam Khan bin Samahs Khan
judul buku: A Bouquet of Roses

The rivers and forest welcoming
The bright and hopeful faces staring
The hopes and despair engulfing
And my innocence begins ignoring

The gleeful faces soaking in the soaps
The buffaloes toying their rope
The thatched roofs gliding on mountain slopes
And the paddy fields bringing fresh hopes

The days crawl in breeze daze
The faces never ceased in their gaze
The nights always end in a maze
And my ambitions finally set ablaze

Alas, why the nagging fears then
This place treats me the same man
What’s so great about city rain?
And now, staying put is my only plan.

Labels:

posted by jimi wiser @ Tuesday, April 22, 2008







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart