Sunday, April 13, 2008
Hadiah Buku


Ketika zaman belajar di matrikulasi dahulu, ada seorang pensyarah Bahasa Inggeris yang begitu bertakhta di hati aku. Kerana sifat penuh keibuannya, yang seringkali menyebabkan aku tertawan dan kagum, dan sehingga kini aku sangat menghargai mempunyai insan yang banyak menyumbang inspirasi terhadap dunia eksplorasi dalam bacaan Inggeris aku.

Antara kaedah yang digunakan ialah, meminta kami supaya menulis jurnal atas apa yang berlaku setiap hari dalam hidup kami. Apa sahaja yang terlintas di hati dan sanubari. Dia mengusik sedikit pada tata atau nahu bahasa dan penulisan, tetapi yang banyak dikomen adalah perasaannya setelah membaca setiap jurnal kami. Jurnal kami itu tidak pernah diulas dalam diskusi kelas, sebaliknya antara kita dan dia selaku pembacanya sahaja yang tahu rahsianya.

Adakah dia yang selama ini telah menerbitkan minat aku untuk menulis dan menulis?

Bukan itu sahaja yang digalakkannya. Pada hujung semester akhir, entah bagaimana, antara ramai - ramai penuntut kelasnya itu, aku dipilih olehnya sebagai penerima hadiahnya. Katanya " Most Inspirational Person". Tentu, sahaja banyak anugerah -anugerah yang lain yang diciptanya, tetapi idea sebagai seorang yang " penuh berinspirasi " buat aku, sangatlah mengejutkan. Apalah yang boleh diinspirasi oleh aku?Fikirku tika dan saat itu.

Hadiahnya, ialah dua buah buku novel tulisan Inggeris. Wah, bertuahnya rasa pada hari itu. Rasa bangga tidak terkira, kerana terasa diri yang kecil begitu diberikan perhatian oleh guru kita.

Pada hari akhir di matrikulasi, aku hadiahkan sejambak bunga mawar, tanda penghargaan aku kepadanya. Aku tertanya-tanya apakah perkhabaran Madam Siti Mariam kini?

Aku mahu memberitahu dan mengirimkan berita buat Madam, bahawa aku telah turut menjejaki kehidupan beliau menjadi seorang pendidik. Mungkinkah itu petanda aku diberikan anugerah " Most Inspirational Person " daripadanya?






Aku mahu memaklumkan kepadanya, aku telah meneruskan tradisinya. Tradisi memberikan " hadiah buku " kepada anak-anak aku.

Aku senang sekali dengan semua hadiah yang kuberikan ini. Tiada paksaan. Setiap bulan aku memperuntukkan RM50 untuk membeli buku-buku untuk mereka. Buku - buku ini kubalut dengan cantik, dan kutulis penghargaan kepada mereka.

" Sesiapa yang dapat markah tinggi Penulisan dan Pemahaman ujian kali ini, akan memiliki dua novel yang cikgu beli semalam. Baru lagi ni, bau kedai lagi ni." Aku memulakan kelas aku. Sambil menunjukkan dua buah buku yang telah dibalut kemas dan cantik.


Masing-masing sibuk berbisik sesama mereka. Menyatakan keghairahan. Sepanjang 4 bulan ini, hanya dua orang murid yang selalu membolot hadiah aku. Nampak gayanya, mereka mungkin akan membolot lagi. Kerana, bahasa mereka semakin indah dan menarik, lenggok bahasa yang matang dan ampuh. Ini juga hasil daripada novel hadiah pemberian aku.Nasib baiklah ada novel remaja yang bukan bersifat " cintan " keluaran PTS Publications. Jika tidak, buku manalah yang aku hendak hadiahkan.

Aku sangat berterima kasih kepada Madam Siti Mariam, di mana jua Madam berada, akan aku kenang jasamu, kerana dirimu berupaya melahirkan kasih dan inspirasi di hati ini.Lantas, terus memberikan ilham dan inspirasi buat generasi seterusnya. Inshaallah.

Labels: ,

posted by jimi wiser @ Sunday, April 13, 2008







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart