Thursday, March 20, 2008
Just Go and Fly Kite lah!
Pada setiap tanggal sambutan Maulidur Rasul, semua sekolah di Perak, akan mengadakan Hari Musabaqah dan Tilawah, semua sekolah akan menghantar wakil untuk beberapa pertandingan seperti Tilawah Al Quran, Menulis Jawi, Menulis Khat, Nasyid, Bercerita Kisah Nabi dan pelbagai lagi. Sekolah aku pun tidak berkecuali.

Entah bagaimana, ustaz dan ustazah di sekolah aku sibuk membimbing menyiapkan murid-murid ke pelbagai pertandingan. Tak semena-mena aku diimport oleh mereka untuk membimbing seorang murid untuk pertandingan tilawah. Pada awalnya aku agak keberatan, alahai merenung diri yang penuh kekurangan apatah lagi banyak yang aku tidak tahu tentang ilmu tajwid apatah lagi ilmu berlagu dalam membaca al-quran. Tetapi, kasihan melihat ustaz dan ustazah yang tidak menang tangan, aku menyerah sahaja.

Hari demi hari, semua guru sibuk membimbing. Di kantin, latihan suara kedengaran kerana nyanyian nasyid yang beralun. Di hujung kelas, ustaz mengajar tulisan jawi dan juga khat. Aku bersama Muhaimin, dalam surau berlatih dan berlatih membaca ayat-ayat suci dengan betul. Pada aku, biar betul tajwidnya daripada sibuk mahu menjaga tona atau lagu. Itu yang penting.

Pagi tadi, kami dengan lima buah kereta guru-guru yang lain menghantar ke sekolah yang menjadi tuan rumah. Sibuk cikgu-cikgu perempuan membetulkan pakaian, tudung anak - anak kami. Masing-masing mahu membuat yang terbaik.




" Cikgu, saya rasa nak muntah lah, boleh tak saya tak masuk saja " bisik Muhaimin ke telinga aku.

" Cuba dulu ya, bukan nak menang. Kita datang untuk mencuba ". Aku pujuk dia supaya dia turut memujuk hatinya juga.

Dia bertambah lagi terkejut, apabila gilirannya bernombor satu. Pucat mukanya. Aku tepuk - tepuk belakangnya. Namanya disebut, setelah berteleku di hadapan hakim, dia memulakan bacaan istiazah dan basmallah, bergetar-getar suara gemuruhnya. Kemudian memandang aku, aku lakonkan kepadanya supaya menarik nafas panjang-panjang. Dia kemudian menjadi tenang.

Lega rasanya sudah selesai. Bergesa - gesa pula ke dewan lain, menyaksikan pertandingan nasyid pula. Gelisah dan resah menyaksikan kumpulan lain yang sangat mantap persembahannya. Anak-anak murid aku di hujung kaki lima, berkumpul sambil membacakan doa. Aku tersenyum dalam hati berbisik

" Pandai dan matang mereka semuanya ". Masing -masing sibuk menenangkan diri.

Seorang guru dari sekolah lain datang menegur aku

" Cikgu, perasan tak lirik lagu dari sekolah ……….. itu tadi ?" tanyanya.


" Tak, im not concentrating tadi , kenapa?" tanya aku pula

" Tak silap saya, liriknya macam ni

Keluarlah dari barisanmu, menuju keadilan , something like that lah "


Aku ketawa terbahak-bahak.

" Hishh, biar betul cikgu, takkan lirik nasyid pun nak berpolitik pulak, seriously? " Tanya aku lagi.

" Ishh, betullah, where were your mind just now, tak dengar ke ? " tanya cikgu itu lagi.

" Cikgu perempuan tu cutelah, tengok, pandai matching dengan suasana hujan macam ni. Baju kurung biru, payung dia pun biru! Hebat kan? " Aku membalas dengan membuat lawak.

" Ha ha ha ha " aku dan dia ketawa mengilai sambil diperhatikan cikgu comel itu tadi. Terus terdiam.




Setelah lama menunggu, ya kami guru yang lain semuanya berdebar menunggu anak anak kami selesai semua persembahan. Akhirnya, keputusan diumumkan. Anak protégé aku berjaya mendapat tempat ketiga. Tersenyum riang pula aku. Bidan terjun macam aku boleh menghasilkan sesuatu. Oh ya, begitu juga dengan persembahan nasyid sekolah aku, juga mendapat tempat yang baik.

Kami balik dengan puas hati, sungguhpun kami guru tidak dibayar duit minyak kereta untuk menghantar anak-anak kami. Kami juga kepenatan kerana asyik pulang ke rumah lewat dua minggu sebelum ini, asyik melatih anak anak kami. Selesai sudah satu hal.

Dan, minggu hadapan pula kami akan sibuk melatih anak- anak yang lain untuk pertandingan bola baling pula. Hai, cikgu bukan setakat mengajar. Menjadi pemandu mereka, menjadi jurulatih, menjadi juru yang berserba serbi.

Dua minggu lalu, aku sangat berasa sensitif dengan kenyataan seorang teman yang mengatakan tugas seorang guru sangat mudah dan kacang. Kejahilan seseorang itu menampakkan betapa bodohnya manusia yang pandai menelah dan meneka tanpa menyelami sebarang kehidupan yang lain. How ignorant people can be. Just go and fly kite lah.

Labels: ,

posted by jimi wiser @ Thursday, March 20, 2008







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart