Monday, February 04, 2008

Gone Baby Gone


Pada aku, sesetengah manusia tidak layak dan tidak harus menjadi seorang ibu atau bapa!

Kerana, wanita atau lelaki itu tidak layak memiliki anugerah itu, kerana bagi aku mereka hanya melakukan seks dan terhasil anak, meskipun tidak mengharapkannya!

Dan, jadilah anak yang terbiar. Walaupun sudah mempunyai anak, si bapa atau si ibu hanya membuat hal sendiri. Sibuk dengan dunia sendiri, tanpa memikirkan belas, kasih, dan perhatian.

Lebih malang, anak itu dibiarkan tidak makan, minum tetapi si ibu hanya dengan ketagihan dadah, arak atau dengan sikap berfoya-foya mereka.

Aku ulang semula.
Sesetengah ibu atau bapa memang tidak layak menjadi seorang ibu atau bapa.

Maka, jika kalian melihat situasi yang pedih dan sakit hati seperti itu, apakah kalian akan lakukan kepada anak yang terbiar itu. Adakah kalian masih mahu berleter, membebel kepada si ibu atau ayah itu tentang tanggungjawab. Bla la bla, tetapi masih tiada keinsafan.




Kisah Gone Baby Gone ini merungkai bagaimanakah permasalahan sosial yang gawat, memaksa seorang insan melakukan usaha menyelamat yang luar biasa. Oleh kerana tidak tahan dengan sikap seorang ibu dengan ketagihan dadah, dunia sosial bebasnya, dunia yang haru biru itu, memaksa satu komplot penculikan anak kecil itu dilakukan.

Anak perempuan itu diculik oleh seorang yang berpengaruh, dengan tujuan ingin menyelamat jiwa raga anak perempuan itu yang selama ini terbiar. Anak perempuan itu akan selamat, diberikan pendidikan makan dan minum yang secukupnya. Adalah hakikatnya ia satu anugerah buat anak terbiar itu.

Penculikan anak perempuan itu ditutup dengan kes yang samar. Kononnya, anak perempuan itu diculik oleh lelaki psiko. Seorang petugas penyiasat persendirian diupah untuk menyiasat kes penculikan itu. Pada pertengahannya, dia fikir dia sudah berjaya menyelesaikan kes itu, tetapi keraguannya bercambah, apabila banyak "lubang" yang dia tidak fahami.

Semakin dia menyiasat, dia telah berjaya menyelongkar rahsia, bahawa sebenarnya anak itu tidak mati, tetapi anak itu telah diambil oleh seorang, atas rasionalnya, anak itu tidak layak dipelihara oleh ibu yang tidak "berguna", tetapi hak anak kecil itu akan diperoleh, hak mendapat segala keperluannya asasinya sebagai seorang manusia.

Patrick Kenzie, penyiasat persendirian itu yang menyelongkar rahsia itu terbelenggu dalam dua pilihan, samada mahu menyerahkan semula anak itu kepada ibu kandung " tidak berguna", ataupun menyerahkan kepada orang yang cukup sayang dan kasih, dan memang pasti masa depan cerah akan menjadi milik anak kecil itu.

Akhirnya, Patrick memilih untuk menyerahkan anak itu kepada ibunya. Alangkah silap perhitungannya. Ibu itu tidak pernah kisah akan anak perempuannya. Ibunya berpura-pura di dalam televisyen, seperti seorang ibu dengan tangis kehilangan anaknya.

Tetapi, kemudiannya apa yang dilakukan adalah seperti selalunya. Keluar berfoya-foya dengan lelaki di bar. Meninggalkan anak perempuan sendirian di rumah. Seolah, tiada satu pengajaran yang diperoleh daripada kisah kehilangan anaknya itu.




Rasionalnya, apakah yang kau fikir?

Sanggupkah kau menyerahkan nasib untung, masa depan anak kecil kepada ibunya itu yang mungkin seribu tahun tidak akan mengubah nasib hidupnya?

Sanggupkah kau nafikan hak anak perempuan itu untuk hidup bersama ibu kandungnya?

Sanggupkah kau nafikan masa depan anak itu tinggal bersama seorang penagih dadah?

Dalam krisis nilai hidup manusia dalam filem Gone Baby Gone ini, siapakah yang benar? Siapakah yang salah? Siapakah yang mulia? Siapakah yang jijik?

Mengapakah konspirasi itu dilakukan secara kotor dan jijik, tetapi tujuannya sangat suci dan jujur hanya untuk menyelamatkan masa depan seorang kanak-kanak yang tidak berdosa?

Layakkah kita mengadili manusia yang penagih atas haknya sebagai seorang manusia, sungguhpun kita mengkritik nilai hidup mereka, untuk menjaga anak kandung mereka?

Aku berperang dengan intuisi " dilemma moral ". Setelah menonton Gone Baby Gone, aku merenung betapa sangat bijaksana pengarahnya mempersoalkan persoalan moral dan jurisdiksi kemanusiaan daripada sudut jenedela pemikiran yang berbeza - beza.


Aku kagum kerana olahannya tidak memihak kepada sesiapa watak dalam filem Gone Baby Gone ini. Tetapi, aku percaya sesiapa pun pasti menyampah, meluat dan benci melihat ibu " tidak berguna" itu, yang sanggup pentingkan diri sendirinya itu.

Kerana berkesannya lakonannya itu, tidak hairanlah pelakon itu Amy Ryan telahpun dicalonkan dalam lima nominasi terbaik kategori Best Supporting Actress di Oscar yang akan berlangsung 24 Februari ini.

Siapa mahu percaya naskah filem " moral dilemma" ini diarahkan oleh pelakon Ben Affleck, dan teraju utama ini dilakonkan oleh adiknya sendiri Casey Affleck. Dan, naskah filem adalah adaptasi novel Dennise Lehane yang sebelum ini telah pun menghadiahi kalian dengan naskah Mystic River yang juga telah pun difilemkan.



Filem yang serius ini mengajak aku memikirkan persoalan moraliti, justifikasi, jurisdiksi sosial, kejujuran, kemanusiaan dan simpati aku terhadap masalah sosial yang gawat, yang berjangkit kepada elemen- elemen yang sukar ditangani.

Maka benarlah, untuk melahirkan anak sungguh mudah. Tetapi untuk memelihara dan menjadikan ia manusia yang berguna, memerlukan semangat luar biasa dan tanggungjawab seumur hidup. Adakah kalian seorang ibu dan ayah yang bertanggungjawab?

Gone Baby Gone mengingatkan aku betapa berat dan sukarnya tugas " our plight " memastikan anak - anak kecil di dunia ini layak mendapat hak -hak mereka. Sejak lirik lagu Greatest Love of All nyanyian Whitney Houston berkumandang sejak aku kecil lagi, sehinggalah adik Sharlini kita masih belum ditemui sehingga catatan ini ditulis. Adakah dunia ini masih lagi " a better place" untuk mereka?





Labels:

posted by Jimi Wiser @ Monday, February 04, 2008  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart