Saturday, January 19, 2008

The Kite Runner


Selepas aku mengetahui bahawa Hollywood bakal memindahkan naskah Khaled Hosseini ini kepada layar perak, terdapat beberapa persepsi yang membuatkan aku berada dalam situasi ghairah untuk menontonnya, atau mungkin sahaja aku bakal dikecewakan secara total.

Aku tidak pasti bila dan di mana aku membaca novel ini. Kerana aku tidak pernah memilikinya, disimpan rapi bersama buku-buku novel dalam kamar aku. Mungkin, aku pergi ke rumah seseorang terjumpa buku itu, dan membacanya sehingga habis yang selalunya terjadi sebegitu. Atau, membacanya di perpusatakaan awam. Aku memang tidak pasti, tetapi leganya kerana aku telah membacanya.

Naskah novel The Kite Runner ini sebenarnya sungguh istimewa, kehidupan tentang persahabatan, kifarah bagi dosa yang mungkin sempat kita lunaskan?. Perjalanan kehidupan dua sahabat yang terpisah akibat alam peperangan, namun walau bagaimana terpisah jauh destinasi dua sahabat dan masa menjarakkannya, mungkin keikhlasan persahabatan mereka dua bertaut kembali akhirnya.

Kebelakangan ini, agak banyak filem yang mengenengahkan tema " Islamic fanatiscim" ataupun tema arab, timur tengah seperti Rendition, Kingdom, Babel, dan siri seperti Live From Baghdad dan lain-lain. Tema seperti ini secara tersiratnya telah meninggalkan imej yang kekal, stereotaip terhadap dunia Islam yang dilabelkan dengan fanatic dan penuh prasangka.

Jadi, bayangkan pabila mengetahui bahawa Hollywood bakal memfilemkan novel kesayangan Kite Runner aku ini? Jangan salah sangka, Cuma aku tidak mahu Kite Runner menjadi sekali lagi sebuah filem propaganda Hollywood tentang " pendapat " mereka terhadap dunia atau negara Islam!

Tetapi, aku masih ghairah menantikannya kerana aku tahu benar Kite Runner adalah sebuah cerita tentang persahabatan. Dan, aku memang mengharapkan sutradaranya lebih menghalusi dengan membawa audien kepada tema itu, dan menjadikan yang lain-lainnya sebagai latar belakang sahaja.

Pasti kalian ingat dan baca, aku pernah mendakwa Kite Runner adalah antara 5 atau 6 buah filem yang sangat aku nanti-nantikan tontonannya.



Marc Forster, sutradara yang sebelum ini menghasilkan Monster Ball dan Finding Nevereland, dan setelah menonton Kite Runner, kita harus berikan kredit dan pujian kepada beliau kerana telah menjadi sutradara yang sangat versatile, mahu cuba membicarakan dunia eksotik yang asing baginya.

Kedegilan Marc untuk memilih semua pelakon yang bukan bintang Hollywood menjadikan filem ini begitu authentic dan original. Dan, sungguhpun mereka bukan bintang, tetapi bayangkan kesahajaan mereka yang berjaya meyakinkan aku dan membenarkan segala apa yang aku bayangkan ketika membaca novel ini dulu.

Kedegilan Marc juga untuk memfiilemkan The Kite Runner ini dalam bahasa Dari, bahasa pasar Afghanistan sangat aku sokong, kerana ini faktor penting untuk memastikan naturalnya filem yang sudah tentu tentang kehidupan dan budaya cara mereka. Bayangkan sekiranya filem ini dialognya dalam bahasa Inggeris? Atau kalian bayangkan Clint Eastwood memindahkan dialog filem Letters From Iwo Jima kepada bahasa Inggeris? Tentu canggung dan cengeng jadinya.


Sudahnya, apakah verdict aku setelah menonton versi filem The Kite Runner dan setelah membaca naskah novel Khalid Hosseini ini dulu? Apakah aku menyukainya?

Ya, aku sangat menyukai. Aku sayangkan watak Hasan dan Amir. Dan, kerana itu aku lega aku dapat menyaksikan " real" Hasan dan Amir bersahabat. Sentiasa ke sana sini. Bermain layang-layang. Menyaksikan adegan itu benar- benar seolah telah memberikan justice kepada watak-watak yang aku baca.

Amir tidak seperti Hasan. Amir berasa keliru tentang dirinya. Seorang yang pengecut. Dia selalu mengagungkan ketokohan ayahnya, yang disifatkan sempurna yang menyebabkan dia begitu takut dan rendah diri akan dirinya sendiri. Kerana itu, pada saat yang sama dia kagum akan makna pengorbanan Hasan terhadap dirinya., yang mengatakan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk Amir.

Dan, kerana peristiwa Hasan mempertahankan layang-layang milik Amir itu, telah menghantui keseluruhan hidup Amir, yang menjadi pengecut, tidak mahu menzahirkan keberaniannya itu. Dan, kerana itu, Amir terpaksa menelan beban perasaan bersalah yang ditanggung itu sepanjang hidupnya.

Tetapi, apakah Amir berjaya mengubah semangat jiwa dirinya itu?



Terus terangnya, bagi aku The Kite Runner adalah sebuah naskah yang cukup kuat samada ia di dalam naskah buku atau filem. Setelah menonton The Kite Runner, aku menjumpai beberapa mesej yang tidak aku peroleh ketika membaca bukunya suatu ketika dahulu.

The Kite Runner adalah tentang makna kehidupan yang membahagiakan. Bagaimana, Afghanistan yang aman dan damai sebelum ditawan oleh Soviet. Orang-orangnya tahu menikmati kehidupan. Bermain layang-layang, keindahan lanskap semulajadi ciptaan yang maha esa. Tetapi, bayangkan kehidupan Afghanistan setelah Amir kembali pulang ke tanah airnya, yang melihatkan seluruh kebahagian itu telah punah dan hanya tinggal memori sahaja.

The Kite Runner adalah tentang makna beberapa tema kemanusiaan. Sejauhmanakah kalian sanggup berkorban atas nama " kenangan kanak-kanak"? Sejauhmanakah kalian sanggup mengharung nyawa untuk nama sahabat. Makna kesetiaan, kejujuran, forgiveness, redemption harapan sentiasa berlegar, kerana itulah makna naskah Kite Runner ini.

The Kite Runner, secara tidak langsung menjadikan isu-isu yang sangat kontroversi seperti Taliban, pedophile, dan ketidakstabilan politik dan suku kaum yang berhak menjadi warga jati Afghanistan sebegai unsur-unsur pinggiran. Tetapi , semua ini dipinggirkan kerana makna persahabatan antara Amir dan Hasan lebih besar dan penting. Mungkin, jika kalian berminat untuk membuat kajian atau membaca tentang isu Taliban dan yang lain-lainnya dalam filem Kite Runner ini, kerana ia hanya diceritakan sekadar pinggiran tetapi penting untuk memahami situasi kehidupan mereka ketika itu.




Kelmarin, Jimi membaca artikel dalam surat khabar mengenai pembikinan bagaimana penulis lakon lakon layar filem The Kite Runner ini saat dia sibuk memindah naskah buku itu kepada skrip filem, dia ditegur oleh peminat buku ini, yang memintanya supaya jangan mengubah apa-apa perkataan dalam buku itu , kerana buku itu sangat istimewa baginya, dan menjadi begitu istimewa dalam hatinya.

Kisah ini mengingatkan betapa berat tugas untuk memindah 20, 000 atau lebih patah perkataan kepada yang lebih sedikit. Kronologi zaman Afghanistan, zaman kebebasan dan kebahagian ketika Amir dan Hasan bermain bebas layang-layang mereka. Ketika pendudukan Soviet. Ketika Amir sudah menjadi dewasa dan berhijrah ke Amerika. Dan, ketika pemerintahan Taliban yang mana Amir pulang ke tanah airnya atas misi itu.

Betapa sukarnya untuk memindahkan kesemua itu. Tetapi aku gembira ungkapan ini tidak dibuang atau ditukar.

Hasan mengungkapkan ungkapan ini kepada Amir " For you a thousand times over ", ungkapan yang sangat istimewa, menjanjikan bulan dan bintang, betapa besar maknanya persahabatan Amir terhadap Hasan. Adakah kalian mempunyai sahabat seperti itu?

Ada persamaan tema filem Kite Runner ini dengan Atonement. Tentang tindakan yang kita lakukan, mungkin kita tidak sedari akan menjadi beban dosa dan rasa bersalah sepanjang usia kita.

Sinematografi: Amazing
Soundtrack: Amazing, Amazing (must find this soundtrack)
Acting: Brilliant
Story: Wow!

Aku akhiri ulasan aku dengan mengambil petikan daripada ulasan blog Fir, yang sangat aku setuju.

" I guess the moral of the story is, never do wrong to someone else because in the end, you might spend your whole lifetime trying to make up for it and even then, you'll never know whether that will be enough. But always, " there is a way to be good again ".






Labels:

posted by Jimi Wiser @ Saturday, January 19, 2008  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart