Saturday, January 05, 2008

Kain Pelikat

Generasi bekas anak murid atau pelajar aku yang paling senior, kini sudah hampir menamatkan pelajaran mereka di universiti. Tahun pertama Jimi bertugas, adalah mengajar anak anak remaja di tingkatan enam rendah dan atas. Melayan mereka sepert teman remaja yang penuh dengan hormonnya.

Dan, kemudiannya ketentuan takdir dan rezeki ilahi, Jimi ditukarkan ke sekolah rendah pula, mengajar anak-anak elementary pula. Rasa terpana sekali lagi, seluruh konsep pengajaran mesti diubah dan kini lebih bersifat " bapa kepada anak", kerana mereka hanya anak anak kecil.

Sedari tidak, hitung dan congak, sudah melebihi 6 tahun Jimi bertugas sebagai pendidik. Sedari tidak jua, generasi murid elementary pertama Jimi kini sudah melepasi menengah rendah.

Pada khamis minggu nan lalu. Keputusan PMR telah diumumkan. Salah seorang bekas murid aku telah memperoleh 8A.

Wow, di daerah terpencil jauh dan sepi. Wujud juga anak muda yang kental dan tegar semangatnya. Berita kejayaan ini tersebar di merata kampung, mengalahkan yang lain-lainnnya.

Mengalahkan pelajar-pelajar perempuan. Satu kejutan. Bukankah kerapkali pelajar perempuan pencapaiannya lebih baik daripada lelaki.

Jumaat lalu, dia datang menjenguk kami ; guru-guru sekolah rendah yang semakin dilupakan barangkali. Ternyata tidak, hormat dan santunnya masih seperti dulu. Dia berusaha untuk bersalaman dengan semua guru.

Lalu, mengucapkan terima kasih kerana pernah mendidik dan mengajarnya. Dia juga meminta kami guru-guru supaya menjaga adiknya pula yang masih bersekolah di tahun 3 di sekolah aku.

Kagum akan kematangan dirinya. 15 tahun, remaja lain sibuk bersms bermain cinta monyet. Atau sahaja berpeleseran entah ke mana. Tetapi, dia sudah menunjukkan "kemandirian" diri yang terulung.

5A ketika UPSR dulu. Ditawarkan ke Sekolah Tunku Abdul Rahman Ipoh, sekolah elit di negeri Perak. Tetapi ditolaknya, hanya mahu belajar di sekolah menengah harian. Dan, kini mengejutkan daerah kecil dengan 8A dalam PMRnya. Masih lagi memilih sekolah yang sama, untuk meneruskan pelajarannya ke tingkatan 4 dan 5.

" sama saje cikgu, kat mana-mana pun, kalau study betul-betul, saya akan sambung di sini sahaja"


Salut betul akan sikapnya.



" untuk cikgu, yang pernah mengajar saya indahnya bahasa Melayu"

Itulah yang ditulis pada kad kecil. Bungkusan hadiah batik. Ku buka, kain pelikat yang dihadiahinya. Aku sudah menyarungnya pergi bersolat jumaat kelmarin.

" cikgu doakan semoga kamu terus berjaya dan berjaya" itulah doa dalam hatiku yang berbisik kecil.



Aku sayangkan tugas dan kerjaya aku. Memberi inspirasi untuk mengubah insan dunia walaupun sekurang-kurangnya seorang.

Nanti, aku akan khabarkan lagi pada kalian semua jika dia muncul pelajar SPM terbaik pula. Dua tahun dari sekarang ya.

Labels: ,

posted by Jimi Wiser @ Saturday, January 05, 2008  


  • At 11:55 PM, Blogger rudy bluehikari said…

    "Nanti, aku akan khabarkan lagi pada kalian semua jika dia muncul pelajar SPM terbaik pula. Dua tahun dari sekarang ya.", masin mulut Jimi. Alhamdulillah.

     
  • At 12:10 PM, Blogger Mus Dahlan said…

    Super'guru'!!!! Cikgu jimi layak di gelar superguru....

     
  • At 10:49 AM, Blogger Syazwanee Hadi said…

    assalamualaikum. membaca tulisan2 Cikgu Jimi di blog membuatkan saya terfikir kembali pesan emak dan harapanya untuk melihat saya menjadi seorang pendidik suatu hari nanti..

     
Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart