Tuesday, January 29, 2008
|
Juno
|
 Seperti tahun lalu, aku mendapat kesegaran baru setelah menonton sebuah filem berbajet kecil tetapi mempunyai emosi yang besar. Little Miss Sunshine sebuah filem kegemaran ramai, sungguhpun ia masih berlegar dalam kelompok indie. Masalahnya, terma indie itu sukar untuk dirungkaikan, adakah ianya bersifat filem berbajet kecil, adakah ianya filem yang luar norma genre, atau filem yang menentang arus filem keluaran syarikat gergasi.
Kendatipun apa dengan terma dan maksud literalnya, sebuah lagi filem indie berbajet kecil singgah, dan menghasilkan kesegaran, menerbitkan emosi yang pelbagai. Membuatkan aku tertarik akan kesederhanaan jalan cerita dan gaya arahannya yang tersendiri.
Juno, sebuah filem yang mengisahkan gadis remaja yang sudah tersilap langkah dalam kehidupannya, apabila momen dia mengetahui dia telah hamil. Juno, nama gadis remaja itu, perempuan yang "cracko" (kelihatan seperti watak Orked lakonan Amani dalam Sepet), yang mempunyai idiosyncrasies nya. Bermulut lancing, jenis perempuan "happy go lucky", dan sangat teguh pendirian dan keyakinannya.
Juno mulai memikirkan apakah yang seharusnya dilakukan tentang kehamilannya? Dia berhasrat untuk menggugurkan kandungannya, tetapi trauma dengan perasaan yang menghantui dirinya. Jadinya, dia membuat keputusan untuk melahirkan anaknya itu.
Dan, Juno ingin menyerahkan anak itu kepada keluarga angkat yang dipilihnya.
Ia sebuah kisah remaja Amerika yang lazim dan stereotaip, masih tentang isu remaja dan permasalahan sosial yang berlaku di sekeliling hidup mereka. Kehamilan. Teman lelaki dan teman wanita. Populariti. Majlis prom. Ibu bapa yang gila dan eccentric. Semuanya ada.
Tetapi, ia bukan sekadar filem tipikal remaja (yang kalian sukakan seperti American Pie sebegitu), tetapi filem yang melangkau konsep filem komedi remaja kepada yang berinput, bermesej hanya dikau dapat mencari dan meneliti mesej-mesejnya.
Adalah sangat mudah untuk jatuh hati akan filem Juno ini. Pertama-tamanya, kalian pasti kagum akan teraju utama filem ini yang dilakonkan oleh aktres muda Ellen Page sebagai Juno. Gila, lantang mulutnya, lunatic tetapi kelucuannya yang membuatkan aku ketawa terbahak mendengar dialog lucu yang diucapkannya.
Jika begitu, tahniah kepada Ellen Page atas versalitinya dalam filem Juno ini. Paling mengharukan melihat tangisan riak wajahnya, saat dia melepaskan pergi anaknya itu kepada ibu angkatnya. Priceless.
Labels: filem |
posted
by Jimi Wiser @ Tuesday, January 29, 2008

|
|
|
|