Sunday, January 27, 2008

The Great Debaters


Adalah menjadi satu kesukaran buat aku, jika ditanya siapakah aktor kegemaran aku . Aku yang rajin menonton filem-filem, dan sudah tentu amat sukar untuk menyaring semua aktor lelaki yang aku gemar dan ghairah menonton lakonannya. Tetapi, satu tanda yang sangat pelik, aku memang tidak pernah meletakkan Tom Cruise, Brad Pitt dan Keanu Reeves sebagai aktor pilihan aku, walaupun aku menonton semua lakonan mereka. Aku bukan seperti orang lain, dan aku sangat bencikan siri Mission Impossible; Tom Cruise sebagai Ethan Hunt, yang sangatlah " sempurna" watak heronya, semua boleh ditepis, letupan dari atas langit pun boleh dielaknya?.

Jadi, setelah memikir begitu lama, aku harus menyatakan Denzel Washington ialah hero dan aktor kegemaran Jimi. Tidak pernah melepaskan tontonan setiap filemnya. Denzel acapkali berlakon watak " kuat, berpengaruh, berkarisma dan dinamik", yang fikir aku sangat mengkagumkan. Samada watak antigonis seperti dalam Training Day, dan yang terbaru dalam American Gangster atau watak-watak hero " larger than life" seperti Malcom X, The Hurricane.

He is my hero. Period.



Adalah mudah untuk memahami mengapa Denzel Washington mahu berlakon dalam filem The Great Debaters ini.Ia sebuah filem yang cukup rempah ratusnya, penuh semangat dan inspirasi tentang sekumpulan pelajar yang berdebat dan akhirnya menjadi kumpulan pendebat yang terulung ketika itu.

Cerita yang berlatar belakang zaman pasca rusuhan kaum kulit hitam dan kulit putih sangat menarik, malah ia mengingatkan aku kepada naskah lain seperti filem Remember The Titans, filem ini sangat berinspirasi, masih berlegar dengan tema kemanusiaan, keadilan ras bangsa dan paling penting mengeksplorasi dunia yang diimpikan, iaitu dunia manusia hidup tanpa perbezaan warna kulit? Adakah impian begitu akan menjadi sebegitu utopia?

Aku mengkagumi Denzel dengan setiap pilihan wataknya Bukan senang untuk menjadi aktor yang begitu hebat. Denzel seringkali membuatkan bulu roma aku menegak, sesekali menonton adegan kelantangannya beruara.

Aku bertambah kagum akan versaliti Denzel Washington, kerana Great Debaters adalah filem arahannya. Bayangkan, Denzel juga turut berlakon dan waktu sama dia juga mengarahkan filem Great Debaters ini.

Filem yang diadaptasi daripada kisah benar ini, diterbitkan oleh philanthropist terkenal Oprah Winfrey ini, mengisahkan bagaimana seorang profesor dan pensyarah di Kolej Wiley yang membimbing anak-anak pelajarnya dalam pertandingan debat. Melvin Tolson, professor yang pada ketika itu sangat idealis dan realis untuk mengubah strata sosial ketika itu yang gawat dengan rusuhan kaum antar kulit putih dan hitam. Atas dasar inspirasi itu, Melvin Tolson melatih anak-anak didiknya berlatih debat, menang satu demi satu pertandingan debat dan akhirnya mengalahkan kumpulan debat yang terkenal daripada sebuah universiti Ivy League yang terkenal iaitu Harvard University.



Ia adalah sebuah filem yang penuh momen yang mendebarkan. Tidak ada satu adegan dalam filem ini yang tidak berfokus, tetapi bertujuan menaikkan inspirasi dan jati diri kalian supaya sentiasa menegakkan idealisme keadilan, dan percaya kepada kebolehan, bahawa kita boleh menggegar dan mencipta keajaiban jika itu yang diyakini.

Maksud keajaiban di sini, ialah bagaimana sebuah kolej yang tidak terkenal dan tidak ternama, berusaha keras dan gigih dalam impian mereka untuk menjadi terbilang dalam pertandingan debat. Dan, kalau usaha itu begitu relevan, akhirnya mereka berjaya menundukkan pelajar Harvard.

Tetapi, apa yang lebih indah dalam filem Great Debaters ini, ialah bagaimana kita boleh menyelami kehidupan dan inspirasi manusia yan hidup zaman kegawatan, sekaligus menentang aliran fahaman dangkal, tentang persamaan warna kuliti melalui pertandingan debat.

Naskah Great Debaters begitu istimewa dan penuh inspirasi , maka tidak hairanlah, Oprah Winfrey mahu Denzel mengarahkan sendiri filem ini, dan seterusnya turut berlakon dalamnya. Tidak cukup dengan itu, aktor hebat Forest Whitaker, pemenang anugerah Oscar Aktor Terbaik menerusi The Last King of Scotland, turut dindang untuk membintanginya.

Momen adegan Denzel dan Forest Whitaker, menontonnya adalah perasaan yang tidak terucapkan. Sangat teruja.


Filem Great Debaters ini, membuatkan aku bertambah kagum akan " kehebatan" Denzel Washington. Buat aku, he is one of the greatest actor all time. Dan, menyaksikannya mengarahkan naskah yang sebegini hebat sangat "priceless" dan "overwhelming".

Dari satu sudut yang lain, filem Great Debaters ini sangat dekat di hati Jimi. Rahsia yang akan dilepaskan sekarang: Jimi dahulu adalah bekas pendebat sekolah, di matrikulasi universiti tetapi bersara awal ketika menyambung di peringkat ijazah.

Jadi, menyaksikan mereka menggulung, membidas hujah demi hujah, seakan mengimbau kembali perasaan kecamuk itu. Debaran, getaran, resah tetapi ghairah untuk mematahkan hujah pihak lawan.





Labels:

posted by Jimi Wiser @ Sunday, January 27, 2008  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart