Sunday, January 06, 2008

Freedom Writers



"We have many reasons to hope for great happiness, but...we have to earn it. And that's something you can't do by taking the easy way out. Earning happiness means doing good and working..."
Anne Frank.




Pada tahun 1992, (well, I remembered clearly watching this one on tube), satu kes yang telah menggemparkan Los Angeles, Amerika dan dunia umumnya. Seorang lelaki berkulit hitam telah dipukul teruk oleh beberapa polis yang berkulit putih tanpa ada kesalahan yang jelas. Dan, kejadian itu telah berjaya dirakamkan dan berjaya terlepas kepada media dan akhirnya kepada dunia. Peristiwa ini akhirnya telah mencetuskan rusuhan kaum yang akhirnya mengisytiharkan darurat politik, menyaksikan ramai yang terbunuh.

Hakikatnya, seperti membuka pekung di dada. Jaguh demokrasi dunia, Amerika mempunyai seribu masalah polarisasi kaum yang genting. Hispanic, Asia Amerika, Native Amerika, Kulit Hitam Amerika kesemua menjadi " melting point ", dan masing-masing mempunyai keraguan, syak wasangka dan kebencian terhadap kaum yang lain.



Akibat daripada peristiwa itu, pelbagai polisi renovasi dibuat untuk mendamaikan prasangka kaum. Salah satu daripadanya, adalah sebuah projek sekolah menengah yang menggabungkan kesemua etnik kaum, belajar di bawah satu bumbung.

Satu idea yang bagus, tetapi realitinya untuk dijayakan sangat runcing dan bermasalah. Guru-guru pun sudah berputus asa. Saban hari, pergaduhan berlaku, tumpuan terhadap pelajaran tidak pernah diberikan perhatian. Jenayah, jenayah dan jenayah.

Sehinggalah hadir seorang guru baru. Erin Gruwell namanya. Pada hati dan fikirannya, inilah peluang keemasan buatnya. Mendidik tanpa mengira warna kulit. Idealis tetapi penuh bersemangat mahu memberikan inspirasi. Malangnya, realitinya jauh lebih sukar dan sangat memeritkan. Dia bukan sahaja diejek oleh anak anak muridnya, malah sentiasa dipandang rendah oleh rakan guru-gurunya yang lain, yang memandang sinis terhadap usahanya. Apatah lagi, dia seorang kulit putih. Warna kulit yang sangat dibenci oleh mereka yang tertindas.



Tetapi, sedikit demi sedikit dia menepis ketakutan dan sinikal manusia di sekelilingnya. Dia berjaya mencuri perhatian pelajar-pelajarnya. Dia cuba meminta supaya diadakan rombakan buku bacaan, supaya buku yang dipilih sesuai. Dia mencadangkan buku Diary of Anne Frank sebagai buku projek di kelas mereka (memandang terdapat persamaan seperti persoalan bangsa ditindas, tema yang universal tentang hak asasi apatah lagi Anne Frank menulisnya ketika dia masih remaja), tetapi dihalang oleh ketua jabatannya. Dia sanggup bertugas sebagai pembantu hotel secara sambilan untuk mengumpul duit, supaya dapat membeli buku - buku baru. Dia sanggup berusaha apa sahaja untuk membantu anak- anak muridnya.

Salah satu kaedah pengajarannya, dia meminta semua anak muridnya menulis diari atau jurnal, lanjutan daripada kaitan Anne Frank, idola yang boleh mereka kaitkan dalam kehdupan mereka. Diari tentang kehidupan mereka seharian. Bagaimana mereka menghadapi kehidupan penuh ketakutan. Ayah mendera ibunya. Seorang pernah menjadi gangster. Seorang hidup di jalanan bersama kotak - kotak buangan. Kesemuanya seperti mempunyai seribu perbezaan, budaya dan bahasa yang berbeza, tetapi akhirnya Erin, telah berjaya menyatukan mereka, mencarikan persamaan…dan menjelaskan bahawa mereka sebenarnya adalah sama. Just trying to find their voices in this crazy world.


Halaman demi halaman diari dibaca. Mengkagumkan melihat bagaimana luahan perasaan mereka yang ditulis dalam diari menjadi begitu berkuasa sehinggakan, lama kelamaan mereka semakin menunjukkan minat terhadap pelajaran mereka.

Erin Gruwell, seorang guru yang mempunyai impian. Impian beliau ialah untuk membukukan setiap hasil tulisan anak-anak murid mereka, dan akhirnya membukukan kisah-kisah kesedihan, kegembiraan dan pencarian " suara" mereka.


Akhirnya, impian tersebut telah berjaya direalisasikan. Mereka gelarkan buku mereka sebagai Freedom Writers.

Dan, kisah filem ini, adalah garapan kisah benar Erin Gruwell dan anak-anak muridnya.



Hillary Swank sebagai "Erin Gruwell" dalam filem, bersama Erin Gruwell yang sebenar

Aku yang bertugas sebagai seorang guru, sangat rapat dan akrab dengan tema filem- filem sebegini. I always love films about " a teacher who make a difference". Namakan filem seperti Dead Poets Society, To Sir With Love dan banyak lagi. Filem Freedom Writers sekali lagi berjaya mengungkapkan maksud dan keseluruhan makna menjadi seorang guru " yang berjaya mencipta keajaiban".

Banyak guru. Tetapi adalah kurang kita menemui guru yang menjadi " mata dan hati" bagi anak anak murid mereka. Banyak guru yang telah " terkorban" di tengah perjuangan, sudah lupa akan tujuan mereka menjadi guru sebenarnya.

Jujurnya, aku kagum akan semangat Erin Gruwell, yang sanggup bekerja sambilan untuk mengumpul wang semata membeli buku buku baru seperti Anne Frank Diary, supaya pelajarnya dapat merasai " pengalaman" belajar dengan seronok dan ghairahnya. Erin Guwell sanggup melakukan apa sahaja, sungguhpun dia diceraikan kerana suaminya berasa " insecure " betapa heronya Erin dengan tugas sejatinya.





Erin Gruwell yang sebenar bersama anak-anak muridnya


Benar. Kita berkata tentang masalah remaja. Mengandung luar nikah. Jenayah. Gangsterism. Buli. Dadah. Apatah lagi yang menjijikkan dan memualkan. Dan, masyarakat hanya memandang ke sisi, membebel dan mengkritik.

Who else can solve this dirty job? To straighten them back ? Jawapannya ialah guru, yang sentiasa dianggap kerjaya yang sangat mudah. Guru yang di mana-mana sahaja sentiasa
" overworked and underpaid ".

Erin Gruwell, adalah simbol seorang pendidik. Pemberi inspirasi bahawa masih ada yang sayangkan mereka, kerana mereka dibenci dan dicaci. Erin Gruwell, adalah seorang hero. Tidak ramai sebenarnya kita menjumpai seorang guru seperti itu.

Oh ya, bukan seorang guru tetapi seorang " pendidik ". I wish I could be standing next to her, dengan semangat yang sungguh jitu dan kental itu.

Jangan lupa untuk menonton filem Fredom Writers. Mungkin, selepas kalian menontonnya, kalian dapat mengetahui betapa mencabar dan mulianya menjadi seorang guru yang benar -benar "guru".





Trailer Filem Freedom Writers



Erin Gruwell, yang sebenar berbicara tentang Fredom Writers



Laman web Freedom Writers Foundation

Sejauhmanakah filem Freedom Writers ini "stay true" dengan kisah benarnya?

Buku memoir Erin Gruwell " Teach with Your Heart: Lessons I Learned from the Freedom Writers", ( boleh tak sesiapa hadiahkan buku ini buat Jimi ?please, please please.)

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Sunday, January 06, 2008  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart