Aku memang gemarkan naskah Pride and Prejudice yang digarap semula oleh Joe Wright. Aku merasakan garapannya telah membawa filem genre period kepada satu tahap yang lebih baik, jika tidak pun setanding dengan naskah-naskah Merchant Ivory pada lewat 1980 an hingga ke tahun 1990 an.
Ada satu sudut yang paling aku gemari ialah bagaimana transformasi dan kerja kamera yang pantas, yang menggerakkan shot atau adegan dengan pantas, dan hasilnya menghasilkan sinemotografi yang menarik, dalam kata lain memberikan pendekatan dan makna yang agak berbeza.
Bayangkan, pada adegan awal dalam filem Pride and Prejudice, kamera digerakkan daripada koridor demi koridor, bilik ke bilik sehingga dipertemukan dengan Elizabeth Bennet lakonan Keira Knightley.
Demikian juga dalam filem Atonement ini, sekali lagi dia menggunaka gerak pantas kamera, menghasilkan pandangan secara overview daripada watak Briony yang sedang menyiapkan naskah tulisannya, dan kemudian daripada sudut tangga hinggalah menampakkan orang gaji di merata bilik tidur, dapur dan seterusnya kepada watak ibunya.
Aku rasa ini adalah gaya arahan Joe Wright, pantas, bertenaga memberikan lanskap filem period yang berbeza. Mungkin jika kalian banyak menonton genre ini sebagai contoh Sense and Sensibility, A Room With A View ( sekadar menyebut beberapa contoh), kalian mengakui perbezaan ketaranya.
Satu persamaan antara Pride and Prejudice dan Atonement, Joe Wright menggunakan sekali lagi permainan warna semulajadi di atas padang rumput. Ingat lagi, bagaimana Mr Darcy tidak tidur malam mengenangkan Elizabeth Bennet, dan waktu subuhnya datang menemuinya. Betapa cantiknya alam pagi itu yang dirakamkan dalam filem itu. Berjalan perlahan sambil mendekati Elizabeth Bennet.
Dan, sekali lagi Joe Wright memanipulasikan waktu senja, juga di atas padang rumput watak James McAvoy yang sedang bergundah gulana mengenangkan Cecilia di atas padang yang diseliputi bunga-bungaan. Awesome!
Itulah dua teknik yang semakin sudah ku kenali gaya pengarah ini.
Tetapi, filem Atonement hadir tidak seghairah yang aku harapkan. Hakikatnya, aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik. Atau, mungkin sahaja kerana aku masih belum membaca novelnya (seperti mana yang selalu terjadi), atau kerana aku fikirkan aku sudah menjangkakan bagaimana naskah romantic literary sebegini dipersembahkan.
Sinematografi penuh makna yang mendalam. Perhatikan sahaja adegan di tepi pantai, bagaimana askar-askar terkandas sebelum dihantar pulang. Rasa seperti mengulangi betapa azabnya medan perang sepertimana yang digarapkan oleh Steven Spielberg dalam Saving Private Ryan. Adegan itu sangat penting, menerangkan betapa kecamuknya perasaan watak yang dilakonkan James McAvoy itu.
Watak-watak yang dihidangkan juga berjaya memberikan maksud bahawa mereka adalah seperti kita. Manusia yang idamkan cinta, tetapi terhalang dan dihalang oleh keadaan, gurauan atau fikiran jahat manusia kecil si Briony yang masih hingusan ketika itu? Jika itu kesimpulan akhir kalian?
Keira Knghtley? Hmmm , mengapa dan kenapa, hanya badannya yang kurus melidi bagai cicak kubing itu sangat menganggu perhatian aku ketika dia dalam babak-babaknya. Tulang dadanya sangat menakutkan, begitu juga tulang belakang ketika gaun hijau polos digayakan malam asmara yang hangat itu sangat menjengkelkan. Betul, aku memang terganggu, sehingga tidak dapat menikmati keseluruhan jalan ceritanya. Hanya Pride and Prejudice, lakonan dia yang aku senangi. Lain-lainnya? What a waste. And, I never understood her popularity though. Yes, she pretty , I know, I know. But she is a woman who is afraid to EAT. ha ha ha. I am so mean!
Keira, please get some help. I know you are talented. So called, the English rose. Admit that you are anorexics.
Okie, jadi setelah lakonan Keira yang telah terganggu dan tidak dapat aku fokuskan. Maka, aku dapat merasakan bahawa yang mencuri perhatian aku ialah watak adik Cecilia, lakonan Saoirse Ronan sebagai Briony, budak perempuan yang mengada-ngada, yang mengadakan cerita dan akhirnya beban kesalahan tidak terampunkan sepanjang hidupnya.
Jujurnya, dia bukanlah menjengkelkan. Terdapat kesan kasih sayang, empati dan kekeliruan serta metafora perasaan yang pelbagai yang menghantui watak Briony. Dan, cemerlangnya Saoirse Ronan berjaya mengeluarkan emosi itu. Sangat mengkagumkan. She reminds me of Dakota Fanning. Well, Dakota Fanning is the best, really. Tetapi, yang menakjubkan Saoirse Ronan adalah aktres cilik yang berasal dari Amerika. Wow, dengan loghat Britishnya dalam filem Atonement ini? Amazing.
Seterusnya, pasti sahaja James McAvoy. Entah mengapa aku rasakan ini adalah watak yang mungkin bisa melepaskan segala bentuk kekurangan aura dirinya dalam filem-filemnya terdahulu. Bukanlah filem-filem terdahulunya tidak hebat.Bayangkan watak kecilnya dalam Narnia telah membuatkan aku menangis.Silly me! Begitu juga dalam Becoming Jane.
Jadi, mempersembahkan eksport United Kingdom yang terbaru, saat dan ketika ini ialah James McAvoy. Lupakan Jude Law, Ewan McGregor atau si tua bujang Hugh Grant. Si pendek James McAvoy ini pasti menjadi " the next big star".
Can I have his oscar’s nomination for this role, please?
Ia memang telah dijangkakan. Atonement telah mendahului nominasi Golden Globe. Aku pasti ia juga akan terus diterima di Oscar tahun ini. Genre sebegini sebenarnya memang menjadi genre yang digemari oleh majlis anugerah. Ingat lagi Shakespeare In Love, A Room With A View, hah, macam macam lagi. Hakikatnya, mereka memang suka kepada idea ketinggian literasi, adaptasi novel hebat. Filem period yang gah dan mewah. Ini melambang status mereka kepada citarasa tinggi yang didakwa mereka. Mereka ( ialah pemilih nominasi dan pemenang , juri festival filem).
Okie, sebelum aku tamatkan ulasan aku. Tonton filem Atonement ini untuk satu sebab. Mungkin kalian tidak sukakan cicak kubing Keira yang kurus melidi itu. Mungkin kalian juga tidak sukakan si pendek James McAvoy itu. Mungkin sahaja kalian memang tidak sukakan filem period.
Tetapi, tonton filem Atonement ini untuk satu sebab. Kerana Vanessa Redgrave yang memegang watak sebagai Briony ketika tua. Saat dia ditemuramah kerana bukunya, buku yang menceritakan bagaimana dia " memisahkan" kekasih kakaknya. Yang tidak pernah dia ampunkan sendiri kesalahannya.
Mungkin 5 atau 8 minit sahaja. Ya, Vanessa Redgrave hanya muncul selama 5 - 8 minit. Tetapi, seluruh mimik mukanya. Seluruh auranya. Seluruh makna lakonan yang bermaksud " real acting". Inilah dia. Akhirnya, dia mencuri seluruh tumpuan filem itu. Hanya kepada seniwati unggul ini.
Now, did I just review her film Evening sebagai yang terbaik lakonannnya. Pembetulan, masukkan juga filem Atonement ini. Lakonannya mengingatkan aku kepada lakonan Gloria Stuart. Siapa? Alah, perempuan tua dalam Titanic yang menjadi Rose Dewitt Bukater waktu tua, menceritakan kembali kisah anak daranya bersamanya Jack Dawson.
Penuh sentimental. Penuh penghayatan. Itulah artis seniwati Vanessa Redgrave. Watch this film only because of her.
Bagaimana
mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah
atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau
persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI,
tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI.. ::Mengapa
Jimi menulis? ::Di
sebalik wajah