Sunday, December 30, 2007

Year End 2007, Welcome 2008

Sepertimana orang lain di luar sana, barangkali, pelbagai perasaan bertaut dan membelenggu, menyambut tahun 2008 dengan seribu perasaan. Seorang teman mengomel kekesalan yang dia bakal mencecah ke angka 30. Jimi hanya mampu membalas," welcome to the club, dahling!".

Resah. Gembira. Ghairah. Syukur kerana aku masih diberi ruang waktu untuk bernafas. Meneruskan kehidupan. Gembira kerana masih dapat melakukan aksi-aksi kehidupan yang aku gemari dan sukai. Resah, seperti mana orang lain, tentang usia yang semakin meningkat, apakah sama paralelnya dengan tahap kesihatan aku? Resah bertanya dalam hati. Adakah tahun 2008 ini bakal melengkapkan kekosongan di hati dengan insan bernama " suri"? Ghairah, kerana yakini atau tidak hidup ini adalah satu pengalaman yang terindah.

Hingga ke akhir bulan Disember 2007, aku telah berjaya menamatkan bacaan dua buah buku. Sebuah novel menusuk jiwa tentang aspirasi hidup yang penuh ketegaran dalam kesukaran dan kemiskinan. Andrea Hirata dengan naskah Laskar Pelangi nya.Usai membacanya, seolah mendidik aku menanam percaya dan yakin bahawa anak- anak didik aku adalah istimewa dan unik. Novel itu bercerita tentang jiwa rasa itu semua. Kalian harus membacanya ya. Brilliant!

Aku juga sudah selesai membaca naskah Mitch Albom; The Five People You Meet In Heaven dengan garapan cerita yang tersendiri, magikal fantasi tentang kisah lima orang yang ditemui Eddie, saat dia telah mati. Eddie, yang selama ini bergumpal dengan dendam, kepedihan hidup akhirnya percaya bahawa dia hidup sebagaimana yang sebetul dan sepatutnya. Pasti aku akan membeli sebuah lagi karyanya For One More Day.





Dan, aku meletakkan buku Mitch Albom bersama himpunan buku- buku lain yang telah kubaca.

Masih ingat lagi dengan kempen sebuah buku sebulan yang aku sematkan dalam azam hidup aku sepanjang tahun. Alhamdulillah, telah ku kira, pada tahun ini aku telah selesai membaca sebanyak 14 buah buku. Alhamdulillah, azam telah dimakbulkan. Rasa puas, tak terhingga saat selesai membaca halaman terakhir setiap buku yang ku pilih.

Menyambut awal tahun baru dengan buku The Time Travelers Wife, yang kini sudah membaca separuh daripadanya. Engaging, Uplifting benar membacanya.



Oh ya, kerana aku berkerja keras meskipun masih bercuti, atas mahu membelanjakan diri dan membalas jasa dan usaha diri, aku membeli sebuah lagi buku. Can u imagine that? Tak terdaya menahan " asmara" nya, buku ini rasa terlalu dekat di hati.

Growing Up In Trengganu, hasil nukilan Awang Goneng. Percaya atau tidak, buku ini adalah hasil nukilan penulis yang sebenarnya daripada blog beliau. Kagum bukan? Tulisan -tulisan dalam blognya itu mendapat perhatian, sehingga dibukukan pula. Membaca halaman-halamannya, seperti membawa diri ke alam klasik Trengganu, dengan kisah kecil penulis dengan sekitar alam yang mengasyikkan. Yes, our childhood years were the best one, bukan?
Jangan lupa dapatkan buku ini, ya. Aku jamin sungguh mengasyikkan. Memahami dan menyelami kehidupan orang biasa, tetapi tetap istimewa .(Rasa jeles ni, si Akmal dapat autographed book from him, the author Awang Goneng himself)




Meja bacaan aku sarat dengan buku - buku. Harus aku cari sudut sesuai untuk keletakkan semua buku-buku itu. Majalah Reader Digest, dan setiap majalah alumni universiti aku yang ku simpan rapi setiap edisinya.




Bersedia menempuh alam 2008 dengan kalendar inspirasi yang ku beli. Januari dengan kata-kata....

GOALS, people with goals succeed because they know where they re going

Komputer riba ku tata rias desktopnya dengan poster Denias; Senandung di Atas Awan. Filem yang sungguh mengesankan, yang sentiasa membakar semangat aku sebagai seorang pendidik anak bangsa. Supaya, kemiskinan dan kejahilan diperangi dengan pendidikan.

Teman-teman, selamat tahun baru ya. Tahun 2008. Moga teman-teman semua peroleh rezeki yang berpanjangan. Kebahagiaan dan kesihatan yang beterusan. Sama-sama kita berusaha menjadi " manusia yang baik" sungguhpun kesempurnaan itu adalah mustahil sama sekali. Sekurang-kurangnya kita telah berusaha.

Jangan lupa, untuk menambahkan rezeki hidup tahun 2008 ini, sentiasalah bersyukur dan sentiasalah menderma serta bersedekah kepada mereka yang memerlukannya.

Happy New Year. Ucapkanlah alhamdulillah.


Labels:

posted by Jimi Wiser @ Sunday, December 30, 2007   Ngomelan


Saturday, December 29, 2007

One Half



One half each, may our feelings never fade
A bit each, may our feelings last
My silent tears accumulate over time
All out to pursue that precious love

Chorus:
Here I am, waiting for you
You looking back at me is what I want
toil for love, not caring about the pain
I'm willing to do anything for you

Here I am, silly as it may seems
Foolishly ignoring the pain in my heart
Whatever the fate, no matter how cruel
This fool is waiting to be in your thoughts

One half each, may our feelings never fade
Why walk away from love that is there?
My silent tears accumulate over time
All out to pursue that precious love

Chorus:
Here I am, waiting for you
You looking back at me is what I want
I toil for love, not caring about the pain
I'm willing to do anything for you
Here I am, silly as it may seem
Foolishly ignoring the pain in my heart
Whatever the fate, no matter how cruel
This fool is waiting to be in your thoughts

One half each, may our feelings never fade
Why walk away from love that is there?
Why walk away?

One Half, performed by Wu Jia Hui. Taken from 881 Original Soundtrack.Feel free to download One Half ~ kiri (save target as)

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Saturday, December 29, 2007   Ngomelan


Friday, December 28, 2007

Tag Lagi


Dear Azeel, maaf atas kelewatan. Memenuhi permintaan. Ini dia tag yang dipinta.



1) Name of a person who made you laugh last night?



Anak saudara Jimi dengan keletah lucunya. Bila muzik iklan di tv, pantas dia menggerak-gerakkan tubuh badannya.

Dan, entah bagaimana dia terkentut. Semua memandang ketawa. Dan, dia berlari menyorok di belakang ibunya. Malu.

2) What were you doing at 0800?


Mengelap kereta akibat kehujanan semalam. Dan mahu pergi bersarapan, dan selepas itu ke sekolah. Menguruskan hal-hal di sekolah. Pendokumentasian.

3) What were you doing 30 minutes ago?


Membaca email satu persatu. Membalas email yang ku kirakan perlu. Membuang email spam.Membaca laman forum-forum filem dan forum kelab buku yang aku sertai.

4) What happened to you in 2006?


2006 adalah tahun aku " make over" kerjaya penulisan blog aku. Jika kalian sudah lama bersama aku, pasti kalian maklumi bahawa laman web terdahulu hanyalah tentang ulasan-ulasan filem di http://jimi.mirrorz.com , tetapi, pada tahun 2006, aku mengubah dan luaskan perspektif penulisan lebih kepada peribadi, persepsi hidup, dan pastinya juga masih lagi tentang filem-filem pilihan aku.

Tahun 2006 juga, adalah tahun aku memenangi anugerah perkhidmatan cemerlang. Alhamdulillah.

5) What was the last thing you said out loud?



" Kucing bawah kereta tu" , ketika adik perempuan aku mengalih keretanya. Nanti, tak pasal-pasal aku menangis, menonton drama kucing dilanggar. Aku jarang menjerit lah, Jie.




6) How many beverages did you have today?

Milo 0 kurang manis waktu sarapan. Dan, plenty of plain water. Mungkin sudah 4 - 5 botol air kosong aku minum hari ini. I don' t drink carbonated ones. Sudah bertahun lamanya.


7) What colour is your hairbrush?

Misty blue. Ada tak warna misty macam tu? Ha ha ha


8) What was the last thing you paid for?

Popia basah. Menemani waktu petang aku selepas keluar jogging.


9) Where were you last night?

Ipoh, rumah abang.


10) What colour is your front door?

Chocolate Mocca. Jimi cat sendiri hujung tahun lalu.


11) Where do you keep your change?

Dalam wallet. Tetapi, aku tidak memiliki wang kecil yang banyak. Selebihnya aku simpan dalam tabung di bilik. Ya, Jimi adalah seorang yang akan mengeluarkan duit satu sen untuk melengkapkan belian sekiranya memerlukan 7 sen, 9 sen. I don' t want to be fooled by this stupid hypermarkets and shopping malls strategies. So, sabarlah kalau kalian beratur belakang aku, ya.


12) What's the weather like today?

Mendung. Seakan mahu hujan. Angin menderu di luar tingkap. Tolonglah hujan hari ini. Aku suka hujan.


13) What's the best ice-cream flavour?

Chocolate. Always and will always be the one.


14) What excites you?

Memang banyak. Mendengar lagu-lagu kegemaran aku. I have thousands and thousands of them.

Menonton wayang yang sangat ku tunggu-tunggu kehadirannya.

Menonton dvd yang selama ini tercari-cari, seperti filem ONCE baru-baru ini.

Menyaksikan hujan turun.

Menonton majlis anugerah seperti Emmys, Oscars, Golden Globes di tv.

Menyaksikan anak-anak murid aku ketawa berdekah-dekah pabila aku membuat jenaka bodoh dalam kelas.


15) Do you want to cut your hair?

Sudah pun. Bukankah minggu hadapan, bakal bertugas semula. Harus kemaskan diri.


16) Are you over the age of 25?

Ini soalan membunuh hati dan perasaan. 25 tahun sudah lama berlalu lah Jie. Ha ha ha.


17) Do you talk a lot?

Jarang. Aku seorang yang pendiam. Hanya bersama teman-teman rapat baru sahajalah membebel, berborak atau suka bergurau. Kebanyakan masa, I just alone with my own world. Pelik, aku seorang guru. Mesti sahaja suka bercakap. Tetapi, tidak. That is not me. Action speaks louder than words.


18) Do you watch the O.C?

Oh O.C, musim heyday dah lama berlalu pergi. I prefer Beverly Hills 90210 , Melrose Place, Dawson Creek rather than O.C. Opps, tersilap zaman soap opera zaman remaja aku dah lama berlalu. Hmm how time flies, bukan?


19) Do you know anyone named Steven?

Maaf , tiada.


20) Do you make up your own words?

Tidak pernah lah pula. Tapi, aku suka benar " quote" kenyataan atau statement orang lain yang aku dengar atau baca, dan aku pesembahkan kepada rakan - rakan aku. Contohnya, Paul Moss mengkritik tentang peribadi Sarah, " you should be humble, so that people will like you". Dan, seterusnya mulalah aku gunakan kenyataan itu, menyindir teman-teman lain. And on and on.


21) Are you a jealous person?

Ya, tentu sahaja. Tapi, aku lebih cemburu melihatkan kejayaan orang lain dalam pencapaian pendidikan. Contohnya, jika salah seorang teman mengatakan dia mendapat tawaran belajar PHD di Paris, memang aku cemburu gila. Tapi, aku tidak peduli atau cemburu tentang kekayaan , jumlah kereta, ataupun telefon bimbit termahal yang mereka miliki. I just do not feel anything. Mungkin, pemikiran itu telah dididik oleh ibu aku.


22) Name a friend or friends whose name starts with the letter 'A'.

Ayie. Sahabat rapat Jimi.


23) Name a friend or friends whose name starts with the letter 'K'.

Khairul Azhar.


24) Who's the first person on your received call list?

Seorang rakan tugas, bertanyakan tentang Mesyuarat Hari Guru sebelum mulai sesi baru persekolahan. Takkan tak tahu pula. Padahal, surat sudah diberi setiap seorang. Tak tahu menguruskan hal sendiri. Such an irritating person. A Lazy teacher, I must say.


25) What does the last text message you received say?

" Amboi hang!, tak yah lah ber BI dgn aku.Kan BM hang puitis meleleh. Aku balas BM la. Aku sihat.Mcm dulu, tak dak apa perubahan. T ksh lah hang hantaq sms ingatan ni." Teman Jimi yang sms tu.


26) Do you chew on your straw?

Sometimes. Bila dah lapar, hidangan tak sampai-sampai lagi.


27)Do you have curly hair?

Hmm tak ada kot. What kind of question is this?


28) Where's the next place you're going to?

My bed. I miss my bed terribly.


29) Who's the rudest person in your life?

Dulu semasa aku bertugas sebagai PR Media Exec untuk seorang DATUK. Just a bullshit Datuk. Just go to hell. Sungguh biadap, tidak bertamadun, a pervert middle aged male. Melayu bangsat yang menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan sendiri. Tuhan nak tunjukkan " kehebatan" kamu dengan kes tangkap basah kamu, dan kes meniduri isteri orang ! What a waste. I hope you go straight to hell! And, I will never forgive you. Ever.


Hah, amik kau. Jimi sudah emosi. Should I blog about these experiences?


Dan kini, tiada rasanya dalam hidup, orang yang rude seperti itu. Tapi, aku percaya orang Malaysia memang kurang ajar apabila memandu. Tidak kiralah, tok imam masjid, orang UMNO ke,PAS ke, doctor ke, cikgu ke, pelajar ke, semuanya kurang ajar. Yes, I am generalizing and exaggerating!


30) What was the last thing you ate?

Bubur jagung, ilham rasa ibu tercinta. Though dislike the sweetness, but tempting to eat.


31) Will you get married in the future?

Insya Allah… sudah tentu. Okie, jimi menonton Knocked Up, salah seorang watak berkata " Marriage is like Everybody Loves Raymond, just that in real marriage, aint that funny" Nice statement one, meh? Yeah, yeah, yeah i know the clock is ticking. So what, que serra serra, okie!


32) What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?

Best tu tidaklah. 2 minggu ya. Jimi menonton lakonan Natalie Portman Mongorioum Emporium something something, Jet Li, Takeshi dan Andy Lau dalam Warlords, Anak Halal, I Am Legend, The Golden Compass dan Enchanted. Banyakkan Jimi tonton sinema!


Dan, kalian pasti sudah membaca ulasan Jimi tentang Anak Halal. Filem-filem lain, setakat okay sahajalah. (ulasan yang dipilih untuk ditampal untuk blog sinema Jimi, adalah harus punyai keistimewaan yang melayakkannya untuk diulas oleh Jimi, dan I don't review blockbuster movies like Enchanted or I Am Legend, boleh sahaja baca ulasan filem-filem itu di tempat lain) Contradict to people belief, I do watch all sort of genres. And I do watch the fluffy ones like Dumb Dumber, Lindsay Lohan's , Hillary Duff 's stuff just to get irritated at last. Analoginya Seperti membaca URTV, atau stupid Mangga di kedai gunting rambut(because obviously you just want to read. Thats your habit). Tetapi, aku lebih suka Mitch Albom, Amy Tan atau Hari Kunzru, if you understand what i meant dan sekelas dengan itu. But I already avoiding horror and ghost films. Too predictable.Itu macam baca beauty magazines adik aku punya. Never touch them okie. Just do your laundry.Ha ha ha.


33) Is there anyone you like right now ?

Tentu sahaja ada. Temptation and stupid infactuation, always there, bukan?


34) When was the last time you did the dishes?

Saban hari. Meskipun tinggal bersama famili. Jimi tidak suka menyusahkan orang lain. Basuh pinggan sendiri. Malah kuali dan periuk yang belum berbasuh akan tetap Jimi basuh.


35) Are you currently depressed?

Alhamdulillah. Tidak pula. Sad or bad day tentu sahaja ada. But depressed? that suicidal thoughts. Try yoga, or pillates, or watch Yusuf Haslam movies etc. You can get " big laughter" from those Yusuf Haslam's dramas.


36) Did you cry today?

Menangis itu tidaklah pula hari ini. Tetapi mendengar lagu Dygta Kerna Ku Sayang Kamu, dan lagu Samsons judulnya Bukan Diriku, rasa sebak yang meyayat hati pun ada. Itulah Jimi yang kalian kenali, mudah terbuai dek perasaan.


I do cry. That is, if you want to ask me, the real question is.


37) Why did you answer and post this?

Sombody tagged me. Ada seorang menulis dan mengomen bahawa aku jarang menulis tentang kehidupan aku secara detail dan terperinci. Jadi, tag ini membantu. Because, I do think my life is not the interesting one, lah. Just everyday people that passes you by.


38) Tag 5 people who would do this survey.

Sesiapa yang rajin, boleh lah sambung. Gitu sudah, Jie.

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Friday, December 28, 2007   Ngomelan


Wednesday, December 26, 2007

881 Papaya Sisters



Percaya atau tidak, filem 881 Papaya Sisters ini adalah pencalonan rasmi Singapura ke kategori Best Foreign Language di anugerah Academy Awards 2008.

Ku kira, filem 881 Papaya Sisters ini mempunyai nilai- nilai estetika garapan Stephen Chow, yang kalian pasti pernah menonton filem-filemnya. Elemen " over the top", komedi stereotaip yang tak diduga dek akal. Watak-watak komedi malah lebih keterlaluan daripada watak-watak animasi. Jalan ceritanya sengaja dibuat berlebih-lebihan supaya gaya dan cerita itu diceritakan berbeza, menarik, slapstik tetapi punyai niche yang tersendiri.

Untuk menepis filem 881 Papaya Sisters ini sebagai " just another stupid comedy movie" adalah sesuatu yang tidak adil. Kerana ini bukan kali pertama, Singapura menghasilkan "black comedy", Jack Neo dengan naskah filem-filemnya yang menghasilkan filem yang mengkritik kerajaan Singapura dengan polisi-polisi sosial, dan mengkritik masyarakat Singapura secara khusus dan halus walaupun ia masih komedi.

Tetapi, berbezanya 881 Papaya Sisters ini adalah, garapan muzikalnya. Sepertimana filem-filem muzikal yang lain. Lagu dan melodi menjadi latar cerita utama, maka filem 881 Papaya Sisters ini punyai keistimewaan yang bagus. Pada sudut yang lain, 881 Papaya Sisters menghidangkan dengan gahnya , sudut budaya yang sebelum ini jarang dipaparkan. Kisah penyanyi Getai, dan alam sekeliling musim Hungry Ghost Festival yang menjadi sinonim dengan budaya orang Cina.

Dan, nah ada watak-watak di dalam persekitaran budaya itu. Ada kisah cinta yang meruntun, ada kehidupan yang perlu diceritakan. Ada semua untuk dijadikan sebuah filem muzikal yang baik.

Di sebuah festival filem antara bangsa, kritik menulis tentang filem 881 Papaya Sisters sebagai

If ABBA could sing in Hokkien (Fujian dialect), they might have auditioned for Royston Tan' s 881. So exuberant is his re - creation of the campy and uniquely Singaporean art form of getai that he has revived its popularity and got local non moviegoers filing into multiplexes in droves. An anything- goes vaudeville performed in Hokkien around public...




Mari kita mengenali budaya Getai dan Hungry Ghost Festival:

Adalah dipercayai mengikut kepercayaan orang cina, pada bulan ke tujuh dalam kalendar cina, pagar neraka dibuka , maka segala roh kejahatan akan bersiar-siar, berkeliaran di bumi, dalam keadaan lapar dan mencari sedikit hiburan. Untuk menenangkan roh-roh ini, mereka percaya perlu diberikan makanan, buah, bakar duit kertas supaya roh-roh ini tidak menganggu manusia di bumi. Dan, pentas-pentas sementara dibina, dan dihidangkan hiburan sebagai penenang hantu dan roh-roh jahat ini. Moga roh - roh yang telah terhibur ini tidak akan menghantui manusia di bumi ini.

Budaya hiburan pentas ini digelar Getai. Pada dahulunya, drama bangsawan opera cina dihidangkan. Begitu juga selingan nyanyian. Zaman berubah, dan begitu juga Getai turut menerima angin baru. Penyanyi Getai yang bermusim ini sangat popular, malah mata duit pencarian boleh diperoleh kerana berpuluh-puluh pentas didirikan pada musim ini.



Maka, di sini lah, Roystan Tan mengenengahkan watak-watak istimewa, dua wanita yang mahu menjadi penyanyi Getai yang terkenal. Maka, filem 881 Papaya Sisters ini adalah kisah asam garam penyanyi Getai, suka duka mereka menghadapi saingan daripada kumpulan duo yang lain. Kisah cinta mereka. Yang bersambut atau yang tidak pernah diungkapkan. Kisah hidup yang dikelilingi dengan elemen budaya yang kaya itu, dihidangkan dengan penuh keunikan.

Yang istimewanya, ialah filem 881 Papaya Sisters ini menghidangkan dialog dalam dialek hokkien/hakka yang jarang benar aku tonton. Kali terakhir, adalah dalam filem Sepet. Teman kepada Jason mengucap dialog dalam dialek Hokien. Jadi, aku rasakan filem 881 Papaya Sisters ini sebagai sebuah " treat" yang ku peroleh, memahami budaya orang lain yang berbeza. Tetapi, sungguhpun bahasa dan budaya itu berbeza, uniknya filem ini menyentuh betapa universalnya manusia -- terhadap soal perasaan seperti kasih sayang, cinta dan keghairahan hidup itu yang menjadikan filem 881 Papaya Sisters cukup universal untuk ditonton.

Ia sebuah filem komedi slapstik. Kalian akan jangkakan filem yang penuh dengan kostum yang keterlaluan, bersinar dan berkilat.

Ia sebuah filem muzikal. Kalian akan jangkakan watak-watak yang menyanyi keterlaluan tidak ketahuan, tanpa berdialog seperti manusia biasa dalam alam realiti , bukan?




Sungguhpun ia sebuah komedi. Sungguhpun ia muzikal. Ada kesedihan dalam garapannya. Naratif filem 881 Papaya Sisters ini diceritakan oleh Guan Yin, lelaki yang menjadi rebutan Little dan Big Papaya. Dalam filem itu, Guan Yin seorang yang bisu. Dan, mendengar rintihan dan luahan hatinya melalui suara Guan Yin yang dipinjamkan untuk menceritakan kisah Papaya Sisters ini sunguh istimewa dan bagi aku telah meneutralkan segala bentuk slapstik dan komedi dalam filem itu.

Makanya, wujudlah pelbagai lapisan cerita yang menghidangkan 881 Papaya Sisters. Kalian ketawa terbahak-bahak. Kalian tersenyum dengan watak-watak lucu. Dan, tidak hairanlah kalian pasti tersentuh pada adegan-adegan tertentu. Like I said, it will touch you on many levels. Dan, ia membuat aku kagum kepada garapan Royston Tan ini, gelaran "budak jahat" dalam sinema perfileman Singapura ini.

Jika kalian melihat sejauh dari sudut komedi muzikal, terhidang garapan cerita berlatar belakangkan kehidupan dan budaya berbeza nan unik. Jadi, tidak hairanlah, Singapura dengan bangganya mahu filem 881 Papaya Sisters ini dipertandingkan ke persada antara bangsa.
Kerana ia sebuah filem komedi muzikal istimewa.

I must say, this is one hell of a best Singaporean movie I have watched so far. Now, move over Jack Neo! So much comedy, and yet so much sadness!

Oh ya, tipikal Jimi. Terpesona dan terpaku dengan lagu pada adegan akhir yang cukup menenangkan dengan persembahan akustika minimalis, tetapi penuh emosi.


Dengarkanlah, lagu tema One Half. Love it!





Trailer 1: 881 Papaya Sisters



Trailer 2: 881 Papaya Sisters




Labels:

posted by Jimi Wiser @ Wednesday, December 26, 2007   Ngomelan


Tuesday, December 25, 2007

Once - Revisited

Kalian tahu benar bukan kiranya Jimi Wiser sudah demam? Ya, Jimi kini dan saat ini, demam filem ONCE. Everything about the film fascinates me.

Here are some comments that i took from other websites about this movie.

" This movie is brilliant and so beautiful. The music is amazing. I ' ve watched the movie 4 1/2 times on the plane from Australia to Germany. And I still don' t have enough! "

" This is one of the most beautiful videos I've ever viewed, and I love that in the span of 2:41 the definition of love and the feelings accompanying it is so aptly and succinctly described. "

" This movie was amazing. I saw it on the plane, hadn't heard anything about it and it blew me away. I have tears now just watching this! "

" Great setting, great songs, great acting, great film. best film of 2007 "




Klise dan stereotaip buat Jimi. Seperti yang kalian tahu, pabila Jimi sudah obsesi kepada sesuatu, maka rasalah kalian merasainya juga.

Jimi tidak dapat lupakan lagu-lagu dalam filem ONCE.

How sad.
How melancholic.
Bittersweet. Beautiful, at the same time.

Jimi tidak dapat lupakan adegan-adegan yang memuatkan lagu-lagu itu.

Sungguh. Sungguh menghantui di fikiran. Berlegar. Terngiang-ngiang ketika cuba mahu melelapkan.

How brilliant the soundtrack.

Nah, untuk kalian nikmatinya. Enjoy ya.

Falling Slowly ~ kiri (save target as)
If You Want Me ~ kiri (save target as)
The Hill ~ kiri (save target as)
When Your Mind Mades Up ~ kiri (save target as)

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Tuesday, December 25, 2007   Ngomelan


Wednesday, December 19, 2007

Once




Maka, benarlah segala pujian yang melambung- lambung terhadap filem ONCE ini. Segala tentang filem ONCE ini benar-benar menghiburkan, mengharukan dan meletakkan ia sebagai sebuah filem yang mempunyai aroma dan aura yang tersendiri.


Filem ONCE ini yang hanya menelan belanja sebanyak 150 K dan hanya mengambil masa selama 17 hari pengambaran, berupaya menghasilkan sebuah filem yang cukup istimewa dan mempunyai keindahan yang jarang benar diperloleh oleh filem-filem blockbuster yang berlebih dan keterlaluan dengan trailer yang entah apa-apa.


Sebaliknya, filem ONCE ini cukup minimalis. Tetapi mampu mengeluarkan emosi yang luar biasa dan bersahaja, membiarkan penonton dibawa - bawa kepada muzik melankolia, watak-watak yang kita empatikan dan dambakan.


Kisah seorang busker " penyanyi jalanan" yang berdiri di tepi jalanan. Pada waktu siang, menyanyikan lagu lagu popular untuk mengumpul wang, dan pada waktu malamnya menyanyikan lagu-lagu ciptaannya. Hidupnya adalah untuk seni muzik dan atas nama seni yang sangat dicintainya. Sesekali dia akan membantu ayahnya, tukang baiki mesin hampagas.


Pada suatu hari, seorang wanita imigran dari Chezh yang juga menjual bunga - bunga untuk menampung kehidupan keluarganya, kagum dengan muzik yang dipersembahkan oleh lelaki itu.


Tercetuslah persahabatan antara mereka. Apatah lagi, kerana minat terhadap muzik, mereka berdua sangat cocok, dan bergandingan berbicara tentang apa sahaja. Si wanita yang juga sangat meminati mainan piano sesekali hadir ke sebuah kedai muzik, menumpang untuk bermain piano, kerana dia tidak mampu memilikinya.


Mereka berdua bernyanyi bersama-sama. Mereka berdua sama-sama berkongsi suka dan duka dalam hidup. Walau dalam kemiskinan, duka dan cabaran mencari duit, tetapi mereka tidak pernah mengomel tentang kesusahan hidup. Muzik buat mereka seperti suatu anugerah.


Si wanita yang percayakan bakat si lelaki sanggup bersusah payah, mencarikan pinjaman untuk dilaburkan buat rakaman demo di studio. Hanya dia percayakan bakat lelaki itu, dan mengharapkan dia pergi berhijrah ke kota London, demi impian untuk menjadi seniman terkenal.


Hendak aku definisikan filem ONCE ini sebagai sebuah filem muzikal, ia bukanlah menepati filem muzikal seperti kalian pernah tonton sebelum ini. Ya, dengan kostum yang keterlaluan, garapan suntingan yang menepati fantasi. Atau dalam bentuk video muzik MTV seperti yang kalian penah tonton? Agaknya, filem ini menjalani kehidupan dua insan yang begitu mencintai muzik, dan disulami dengan lagu-lagu yang cukup indah. Kadangkala, perjalanan filem ini kelihatan seperti dokumentari dengan segala bentuk shot yang dilihat punyai persamaannya.


Tetapi, benarlah, ONCE adalah sebuah filem muzikal yang unik, berbeda tetapi kekuatannya sukar ditepis. Menjadikan ia sebuah filem yang cukup hebat dan bagus untuk ditonton.










Jujurnya, banyak benar pembaharuan atau inovasi yang unik yang ingin aku kongsikan pandangan aku kepada kalian tentang filem ONCE ini.


1. Tiada watak antigonis " villain" dalam filem ONCE. Ini menjadikan ianya sangat indah kerana ia tidak memerlukan negatifnya sesuatu watak ini.


2. Tiada istilah cinta buat mereka berdua. Atau, mungkin kasih sayang yang tidak diucapkan antara kedua-dua watak utama. Brilliant. And, im glad that the director did not want this film to go into that direction.


3. Tiada adegan seksual dan semuanya bersih. Intimasi itu hanya dipersembahkan berdasarkan bahasa tubuh, memek muka atau tentu sahaja iringan muzik dan lagu-lagu yang cukup meruntun perasaan.


Terdapat beberapa adegan yang sangat memukau dan menyentuh perasaan


1. Si wanita yang menghabiskan waktu malamnya, mahu menulis lirik lagu untuk lelaki itu. Kerana begitu puitisnya lagu dan melodi itu, dia sanggup memecahkan tabung dan membelikan bateri di kedai, semata-mata untuk mendengar alunan melodi itu berulang kali. Maka, adegan lagu itu If You Want Me itu ditulis oleh itu, hanya dalam perjalanan pulang dari kedai setelah membeli bateri itu. Dan, betapa bijaksananya sutradara ini, yang menjalani lagu dalam filem ini sepanjang wanita ini yang kesejukan berjalan pulang ke rumahnya. Brilliant.(watch the scene below)


2. Si lelaki yang putus cinta itu menjadikan " klip video" rakaman bekas kekasihnya, yang sentiasa ditonton menerusi kompuetr ribanya, untuk mencari ilham menulis lagu dan lirik. How melancholic!


3. Si wanita yang bermain piano bersama si lelaki di sebuah kedai, menyanyikan lagu Falling Slowly, yang cukup sedih, meruntun perasaan yang menyebabkan aku rasa sebak dan terharu. Mungkin kerana cocoknya lagu itu yang cukup hebat, atau mungkin kerana kesederhanaan garapan adegan itu yang berjaya mencetuskan magiknya adegan tersebut.











Percaya atau tidak, mereka berdua bukanlah pelakon professional. Mereka berdua sebenarnya merupakan penyanyi terkenal Ireland. Kesahajaan dan betapa naturalnya mereka berdua berlakon dalam filem ONCE ini, cukup mengejutkan aku, betapa mereka berdua mempunyai magik dan berjaya mengeluarkan persembahan yang hebat.

Kesemua lagu - lagu yang dipadankan dalam filem ONCE ini cukup istimewa. Seperti cerita-cerita pendek yang digabungkan. Dengan sekadar gitar akustika atau sekadar suara Glenn Hansard (pelakon lelaki itu) Marketa Irglova (pelakon wanita itu) yang menyebabkan aku terpukau dengan jalinan atau untaian lagu-lagu yang dipilih, seperti cukup sempurna dengan setiap adegan yang dimasukkan.

Filem yang mendapat standing ovation di Sundance Film Festival ini, telah pun memenangi banyak anugerah. Dan, dikatakan filem ONCE ini layak digelar filem terbaik Ireland setakat ini. And, I do believe that statement is quite true.

Jika kalian menontonnya, kalian akan terpukau dengan perbezaan naratif filem ONCE ini dijalankan. Kalian terpukau dengan kesahajaan dan betapa spontan cerita filem yang hakikatnya tidak mempunyai plot dan subplot yang jelas. Kalian pasti terpukau dengan alunan lagu-lagu yang dipersembahkan. Kalian pasti dapat merasai getarnya perasaan itu, ya perasaan emosi yang jauh dan mendalam yang pasti tidak kalian peroleh daripada mana-mana filem-filem blockbuster.

Ia sebuah filem tentang harapan. Harapan tentang hidup seorang wanita yang mahu mencari hidup baru di negara baru. Dengan hanya menjual bunga ros di tepi jalan, atau menjual majalah untuk menyara keluarganya. Tetapi, dia rindukan petikan piano yang pernah menjadi miliknya dahulu.

Ia sebuah filem tentang harapan. Harapan seorang lelaki yang mahu lagu-lagunya didengari orang ramai.Dihargai kerana hakikatnya dia begitu mencintai seni dan muzik.

Ia sebuah kisah tentang persahabatan. Ia sebuah kisah tentang " survilality and struggle" dua teman dalam kemiskinan, tetapi tegar dan teguh atas nama cinta terhadap muzik mereka.

Terbaca seorang penulis blog yang menulis, setelah menonton filem ONCE, selepas menontonnya seolah-olah mahu memeluk seseorang kerana betapa indahnya filem ONCE ini. Setelah keluar panggung, melodi yang dipersembahkan menjadi " humming", terngiang- ngiang di kepala, alunan melodinya sehingga pulang ke rumah.

Bilakah kali terakhir kalian menonton, kalian akan " humming" lagu yang terdapat di dalamnya? Ini adalah filemnya.



Trailer 1




Trailer 2




Adegan " If You Want Me", adegan pilihan terbaik aku!


Falling Slowly, the best music song in a movie ever!


Labels:

posted by Jimi Wiser @ Wednesday, December 19, 2007   Ngomelan


Monday, December 17, 2007

Waitress



Jena mungkin seorang pelayan biasa yang biasa menghidangkan dan melayan anda di sebuah restoran yang sibuk.

Jena , seperti orang lain. Mahukan kebahagiaan dan ketenteraman dalam hidupnya. Malangnya, dia tidak pernah mengecapinya sejak dia mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang kejam.

Suaminya meminta kesemua wang gajinya. Suaminya sentiasa mendera samada secara mental atau fizikal.

Mungkin kerana sayangnya atau ketakutannya, Jena tidak pernah membantah kehendak suaminya.

Apa yang sangat diminatinya, sangat mahir dilakukannya, sangat membahagiakan dirinya ialah

" Membuat pai "





Ibarat kepalanya penuh dengan idea-idea resipi bagaimana mahu mencipta pelbagai jenis pai. Entah bagaimana, kebahagiaannya ada di situ.

Sungguhpun dia didera, maka terlintas dalam fikirannya, bahan-bahan resipi yang boleh difikirkannya, dan dinamakan

I Hate My Husband Pie... You take bittersweet chocolate and don't sweeten it. You make it into a pudding and drown it in caramel

Saat dan ketika, dia ketakutan dimarahi oleh suaminya, maka ligat pula terbayang resipi baru yang akan dibuatnya

Earl Murders Me Because I'm Having An Affair Pie... You smash blackberries and raspberries into a chocolate crust

Jena, sangat mahir membuat pai. Antara impiannya ialah memasuki pertandingan pai, dan memenangi duit kemenangan. Dan, selepas itu, dia akan meninggalkan suaminya buat selama-lamanya.

Namun, tanpa disangka - sangka. Malang betul yang berlaku. Itulah yang difikirkannya pada ketika itu. Jena mengandung.

Kehamilannya seperti menganggu kehidupannya. Kehamilannya memaksa Jena untuk tinggal bersama ' syaitan suaminya'. Kehamilannya, adalah satu perkara yang tidak diterima olehnya dengan penuh rasa gembira.

Mujurlah, Jena mempunyai dua sahabat lucu yang sentiasa mendorongnya, untuk memikirkan bahawa mempunyai anak adalah sentiasa menjadi kebahagiaan kepada seorang wanita. Jena mahu betul-betul mempercayainya.

Pada saat itu, dia berkenalan dengan doktor peribadinya. Dan, dia yang selama ini kehausan cinta yang jujur, jatuh cinta kepada doktornya walaupun sudah ditepis berpuluh - puluh kali perasaannya itu.

Maka, Jena mengadakan hubungan sulit dengan doktornya. Di kepala Jena, terfikir lagi resipi pai barunya

I Can't Have No Affair Because It's Wrong And I Don't Want Earl To Kill Me Pie... Vanilla custard with banana. Hold the banana






Kalian semua, ini adalah sebuah filem yang sangat bagus. Malah, aku merasakan filem Waitress ini selayaknya tergolong dalam sebuah filem terbaik komedi yang aku tonton tahun ini.


Jika kalian menonton Waitress, kalian pasti terpesona akan jalan cerita yang lucu, yang dijalankan secara semi fantasi dan agak kartun seperti over the top, tetapi hasilnya sangat menghiburkan.


Sudah tentu, untuk mengatakan ia sebuah filem yang betul-betul lucu adalah agak kurang sempurna. Ia filem yang sungguh " thought provoking" meskipun kalian ketawa terbahak-bahak akan watak-watak lucu ataupun adegan-adegan lucu yang terdapat di dalamnya.

Pernah tonton Little Miss Sunshine yang pernah aku ulas dulu? Pasti kalian suka akan filem Waitress ini.

Hendak aku katakan ia sebuah filem bergenrekan "women’s films" pun tidak aku setuju.

Hendak aku katakan, pada awal 30 minit aku sudah boleh jangkakan keseluruhan rangka atau jalan cerita? Tidak juga, malah buat pertama kali setelah sekian lama menonton jalan cerita komedi romantik, dan sudah hampir masak menjangkakannya, kali ini aku terperanjat dan kagum akan jalan cerita.

Unpredictable!.


Hendak aku katakan, ia sebuah filem komedi? I do not think so. It is so much sadness in it. Tahu sajalah kan, jika kalian tonton Little Miss Sunshine, kalian mungkin bersetuju akan pendapat aku ini.

A confession to make. Sejak dari zaman drama Felicity, aku memang sukakan Keri Russle, yang memegang watak utama dalam filem Waitress ini. I think she is one of most underrated actress. You know, like Ashley Judd, Claire Forlani and others, Lega rasanya dia sudah berjaya membintangi watak-watak utama dalam beberapa filem kebelakangan ini. I think she has so much intensity and coolness in her face, that make her acting so believable.

Maka, tuntasnya dan berbesar hati ini, dengan perasaan yang menguja ini, aku mensuakan atau mencadangkan kalian dapatkanlah dvd Waitress ini secepat mungkin.






Mengapa ia patut ditonton oleh kalian semua?

Bilakah kali terakhir kalian menonton filem yang kalian boleh tertawa, tersenyum, berasa lucu, sebak, terharu, mungkin kalian menangis sedikit dan pabila selesai menonton filem itu,membuatkan kalian seperti mendapat sedikit “kemanisan kebahagiaan” itu? Ini adalah filemnya.

Bilakah kali terakhir kalian menonton filem, yang kalian rasa turut sama berkongsi kesedihan dan kegembiraan dengan watak-watak di dalamnya, and you are rooting for this character to have every happiness she needs to have? Ini adalah filemnya.

Bilakah kalian menonton filem komedi romantik yang kalian tidak boleh jangkakan plot dan subplot ceritanya. Bila kalian tahu ia masih dalam kelompok streotaip romantik, but you still want to watch it anyhow, anyway? Ini adalah filemnya.

Aku fikir, dalam kehidupan atau khususnya dalam diri kita, ada watak Jenna dalam diri kita. Kita mahukan " kebebasan" dan berjuang ke arahnya. Tetapi, kita keliru dengan apa yang belaku depan mata kita. Seperti mana Jena, kita mahukan kebahagiaan biarpun dengan hanya pandai membuat pai?

Dan, dalam fikiran aku dan kamu. Ya, jika kalian juga telah menontonnya, kalian seperti terfikir bahawa Jena seorang wanita yang baik, tetapi mengapalah dia berkahwin dengan suami anjing seperti itu?

You know, that kind of feelings, that you are rooting for her to actually free herself. When, when, when, kalian pasti terfikir sebegitu dalan fikiran kamu, ketika filem ini berlangsung.

Ya, perasaan itu. Perasaan itu sangat aku suka. Padahal Jena itu hanya satu watak filem, tetapi entah mengapa aku merasakan aku kenal wanita seperti itu. Malah, secara jujurnya tema, mesejnya dan lapisan-lapisan moralnya, seperti mengajar kita satu dua tentang cara hidup dengan betul dan jujurnya.

Pada akhirnya, adakah kalian mahu tahu, adakah Jena akhirnya meninggalkan suaminya yang baran itu?

Adakah Jena akan menyayangi anaknya walaupun sebelum ini menganggapnya sebagai " kesusahan" dalam babak hidupnya?

Adakah dia akan memenangi petandingan resipi pai terbaik yang kepingin benar dia memenanginya?








Maka, tontonlah ia.

Watak-watak lucu yang terbayang-bayang

1. Teman baik Jena, yang selalu mengomel buah dadanya semakin mengecil.

2. Pelanggan setia Jena, yang sentiasa memberikan kesusahan kepada Jena, tetapi pada akhirnya menjadi seorang pendengar setia masalah Jena.


3. Seorang lelaki yang cuba mengayat wanita dengan membacakan puisi yang dicipta secara spontan dan ad-hoc. Gila dan kelakar!

4. Latar filem ini adalah tentang watak-watak orang selatan. Jadi, bagi mereka yang sudah biasa dengan slanga mereka seperti The Steel Magnolias atau Forest Gump, pasti dapat menjangkakan kelucuannya.

Trivia: Sutradara filem Waitress ini , Adrienne Shelley telah dibunuh beberapa hari sebelum filem ini sempat ditayangkan di Amerika. Dia tidak berkesempatan untuk menyaksikan “labour of love” yang mendapat sambutan luar biasa meskipun hanya sebuah filem indie berbajet kecil. Anak perempuannya, turut berlakon dalam filem Waitress ini, sebagai anak Jena.



Keri Russle berbicara tentang wataknya dan kegembiraan yang dia juga hamil



Adrienne Shelly, berbual tentang filem terakhirnya





Trailer



Labels:

posted by Jimi Wiser @ Monday, December 17, 2007   Ngomelan


Friday, December 14, 2007

Anak Halal



Jika kalian sudah mengenali Jimi dan sinema pilihannya, tentu kalian maklumi bahawa Jimi punyai " love-hate" relationship dengan sinema Malaysia. Kadang-kadang, menjadi terlalu benci dengan produk yang separuh masak itu. Kadangkala, garapan dan buah tangan filem-filem kita hanya layak ditong sampahkan.

Benar. Seriously.

Kadangkala juga, ada beberapa filem yang singgah, cukup memikat hati. Seperti Rabun, Sepet, Mukhsin, Buli, Gol dan Gincu, Cinta dan beberapa lagi.

Jika Jimi memuji filem itu, tentu ada kekuatan dan pembaharuan atau sahaja mutu dan kualiti yang harus dan selayaknya diberikan pujian.

Kelmarin, Jimi telah tonton Anak Halal.

Hasilnya, SURPRISINGLY GOOD.

Bukan? Jimi sudah memulakan pujiannya yang jarang diberikan kepada sinema Malaysia.

Maka, jika berpeluang tontonlah Anak Halal. You will not be disappointed. Jangan risau, Jimi tidak dirasuah oleh Tayangan Unggul supaya menulis yang baik-baik tentang filem Anak Halal ini.





Tontonlah filem Anak Halal ini kerana: -

1. Buat pertama kalinya Farid Kamil sangat bagus dan cemerlang berlakon. Mungkin kalian juga tidak dapat memaafkan Farid kerana lakonan " kayu " bersama aktres suam-suam suku Erra Fazira itu dalam Tujuh Perhentian itu. Kali ini, sebagai teraju utama, dia memang bagus. Bravo, Farid.

2. Maya Karin, walaupun sukar ditepis keayuan dan kejelitaan Audrey Hepburn nya, maka kali ini aku dapat melihat bagusnya Maya Karin sekilas menepis kecantikannya dan hanya nampak, kecantikan seni lakonannya. Tahniah, Maya.

3. Osman Ali, sang sutradaranya menelanjangkan kota kosmopolitan Kuala Lumpur kepada yang berbau hanyir, hamis, kotor dan jijik dengan segala punah ranah anak- anak gelandangan yang tinggal di flat murah. Satu kritikan sosial terhadap dunia kota yang tidak pernah kalian lihat sebelumnya menerusi filem-filem Malaysia sebelum ini.

4. Suntingan bijaksana dan kemas, shot menarik dan istimewa dan garapan bersahaja lagak gaya spontan dan bersahaja menjadikan filem anak Halal ini sungguh bersahaja dan " real".

5. Kadangkala, aku teringatkan anak-anak Indonesia yang merempat dalam Mengejar Matahari. Sudahkah kalian menonton filem sulung Rudy Soedjarwo itu? Anak Halal adalah saingan filem itu, dan kiranya aku boleh menonton kedua-dua filem secara back to back, kerana sungguh mempunyai persamaan.

6. Ini adalah sebuah filem di mana pelakon- pelakonnya mempunyai kehebatan masing- masing. Tiada yang terlebih dan tiada terkurang. Farid Kamil, Maya Karin, Fasha Sanda, Ade Putra, Bront, Farah, Zulhuzaimi, Fauzi Nawawi, Rosyam Nor dan beberapa nama lagi, masing-masing menunjukkan taring mereka tanpa perlu " over acting" atau "over shadow" lakonan yang lain. Dalam satu adegan, Jimi terkesan dengan lakonan Farah (Salon) sungguhpun shot kamera pada itu ditumpu secara zoom besar, tetapi lakonannya sungguh hebat. Dan, lakonan Aziz Satar sekadar dua tiga babak pun sebagai Pak Ali Tukang Kasut cukup mengesankan. Filem ini layak diberi anugerah Best Ensemble Cast, kerana semuanya memainkan watak mereka dengan jayanya. Rosyam Nor pula?, is brilliant as ever. Pernahkah kalian lihat Rosyam gagal dalam seni lakonnya?

Jimi sms beberapa teman Jimi, supaya mereka menonton filem Anak Halal ini. Kerana, walaupun ia masih lagi klise dengan tema filem Malaysia yang terdahulu, seperti ingat lagi tak Matinya Seorang Patriot?, tetapi, filem Anak Halal ini agak segar dan memberikan harapan bahawa, selagi perhatian dan tumpuan kepada semua aspek pembikinan filem dilakukan dengan kreatif. Tentu sahaja ia berjaya.

Aku tidak pasti jika filem Anak Halal ini berjaya dengan kutipan yang bagus. Tetapi, aku percaya ini adalah sebuah filem yang bagus dan menarik. Jadi, jika produknya sebagus ini, apakata kita menyokongnya. Watch it, ya!

Worth Watching it:

1. Shot Indera Putra dan Ana sewaktu kecil atas bumbung, bersama kucing membaca buku klasik, dengan shot perkampungan setinggan dan bangunan tinggi pencakar langit, yang menampakkkan dua darjat kehidupan yang didiami di kota itu. Brilliant. Brilliant!

2. Shot Fasha Sandha yang lalok dadah, berjalan atas atap dengan berbaju putih, diterangi gemerlapan bangunan KLCC. God! So brilliantly done!





Labels:

posted by Jimi Wiser @ Friday, December 14, 2007   Ngomelan


Wednesday, December 12, 2007

Stories




Pernah tidak kalian mendengar sebuah lagu yang paling sedih didengari ? Sudah tentu kalian pernah mendengarnya. Dunia ini bukankah telah dipenuhi dan dikerumuni dengan lagu-lagu sedih ?. Ironinya juga, lagu-lagu sedih sangat diminati oleh semua pendengar.

Terdapat sebuah lagu yang pabila aku mendengarnya, cukup meruntun perasaan aku.

Terdapat sebuah lagu yang pabila aku mendengar, aku membayangkan sebuah filem yang sangat sedih dan melankolia.

Terdapat sebuah lagu yang pabila aku mendengarnya, ibarat rintihan yang sungguh menyeksakan.

Terdapat sebuah lagu yang ku fikirkan, jika seseorang itu patah hati dalam bercinta, dia sangat berkemungkinan akan MEMBUNUH DIRI jika mendengar bait-bait lagu ini.

Aku diperkenalkan lagu ini oleh juruhebah Fauziah Nawi di Radio 4, radio berbahasa Inggeris RTM (yang kini Traxx FM) satu ketika dahulu.Ya, Fauziah, aktress dan penggiat senia teater terulung pernah menjadi juruhebah ketika itu.

Yes, she speaks English fluently, if you had not noticed.

Lagu ini mesti menjadi lagu kemestian yang diputarkan pada slot rancangannya. Bersama-sama lagu Get Here oleh Oleta Adams dan yang sewaktu dengannya. Hampir tengah malam, diputarkan saban minggu, menjadi teman waktu aku belajar dulu.

I thought it was the saddest song that I ever heard in my life.

Uniknya lagu ini, si penyanyi bermelankolia dengan monolog. Monolog kisah cintanya babak demi babak, sebelum dia menyanyikan korusnya. Suara monolognya cukup cocok denga suaranya, Penuh perasaan dengan kesedihan. Tidak hairanlah, judulnya bernama STORIES.

Ia kisah percintaan yang putus diceritakan dengan penuh jiwa. Ia dinyanyikan dengan penuh perasaan. Ia diceritakan dengan penuh bersahaja. Ia diiringi alunan piano minimalis yang cukup meruntun.

Ia sebuah lagu yang kufikirkan mempunyai elemen teatrikal. Bentuk lakonan muzikal jika diistilahkan zaman ini.

Tidak hairanlah, Fauziah Nawi sangat menggemarinya sehingga memutarkannya sepanjang waktu dia bertugas. She is after all, an established theater actress.

Seorang teman yang mendengarnya kali pertama, menitiskan air mata kali pertama mendengarnya. Dan, dia berterima kasih kepada aku kerana dia tidak pernah mendengar lagu yang cukup " brilliant", yang hanya diputarkan di dalam kereta Jimi sahaja.

And, all the years in my life. I am still thinking that this is the saddest song that I ever heard.

Aku menyukainya kerana mendengarnya seperti membayangkan sebuah filem cinta yang sedih dan murung. Memandang tasik dengan penuh hiba...dan berkata seperti dalam lirik itu

And I know, my life is ending

Nah, aku berikan kepada kalian untuk menikmatinya. Jangan bunuh diri, sudahlah ya. (oh well, yes, I am exaggerating)

Stories ~~ kiri - save target as ~~








Stories by Victor Lazlo






I remember quite clearly now

When the story happened
The autumn leaves were floating
And measured down to the ground
They're covering the lake
Where we used to swim like children
And the sun would dare to shine




That time I used to be happy
Well I thought we were
But the truth was that you had been
Longing to leave me
Not daring to tell me




On that precious night
Watching the lake
Vaguely conscious 
You said our story was ending 






Now I'm standing here 

No one to wipe away my tears 
No one to keep me warm 
And no one to walk along with 
No one to make me feel 
No one to make me whole 
Oh what am I to do? 




I' m standing here alone 
It doesn't seem so clear to me 
What am I supposed to do 
About this burning heart of mine? 
Oh what am I to do? 
Oh how should I react? 
Oh tell me please 






The rain was killing the last days of summer 

You had been killing my last breath of love 
Oh since long time ago
I still don’t think I’m going to make it through

Another love story
You took it all the way from me
And there I stand
I knew I was gonna be ...

The one left behind 
But still
I'm watching the lake 
Vaguely conscious and I know 
My life is ending


Labels:

posted by Jimi Wiser @ Wednesday, December 12, 2007   Ngomelan


Tuesday, December 11, 2007

Jangan Mati, Sayang!

Terbaca entri ini yang membuat aku rasa sebak dan sedih. So is my life now.

words and photos from
http://gidong.wordpress.com/



Lihatlah peristiwa dimana seekor anjing telah dilanggar kereta ini, pasangannya tidak mahu berganjak malah cuba melindunginya, JADI siapa cakap BINATANG tidak punya perasaan, mungkin binatang tidak punya jiwa tetapi mereka tetap punya perasaan sayang …. dgn keadaan bahaya sekalipun, didalam kesesakan lalu lintas dan ya dianggap tidak penting nyawanya, anjing ini telah “memalukan” “manusia” bahawa mereka lebih mengerti apa itu kasih sayang, mereka tidak perlu berteriak utk memberitahunya cukup utk memberikan “bukti” dari kejadian ini bahawa akhirnya manusia teralpa terhadap orang lain, mementingkan diri sendiri apalagi terhadap binatang seperti keadaan dlm gambar ini … mungkin IKLAN yang sering kita tengo dlm TV yg membuat kata2 KANAK KANAK JUGA MEMAHAMINYA kita panjangkan kepada BINATANG JUGA MEMAHAMINYA ……………….. huhuhuhu mcm sedey plak aku tengo dua ekor anjing ni …



Lihat saja anjing yg idup ini pastinya cuba mengatakan " tolong jangan mati, jangan tinggalkan aku, jangan"


Dia semakin kuat meraung setelah tahu pasangannya tidak bernyawa lagi

Kalau saja dia tahu panggil ambulan, pasti ketika ini dia cuba meminta pertolongan ..


Akhirnya dia hanya mampu membelai pasangannya dan hilang harapan utk dia kembali bangun dan berjalan bersamanya mempertaruhkan nyawa bersama menyeberangi jalan raya … dan ya manusia hanya mampu mengambil gambar2nya tanpa memberi pertolongan , siapa tahu anjing tu masih leh hidup



Labels:

posted by Jimi Wiser @ Tuesday, December 11, 2007   Ngomelan


Saturday, December 08, 2007

Wear Sunscreen






Sekadar ingin berkongsi, i have bad days in my life now.




Tetapi, let us not talk about them, ya.




Sekadar ingin berkongsi jua, pada tahun 1997, penulis Mary Schmich telah menulis sebuah artikel ADVICE, LIKE YOUTH, PROBABLY JUST WASTED ON THE YOUNG. Tampak seperti sebuah ucapan inspirasi, entah bagaimana teks artikel ini disebarkan di internet. Sehinggalah artikel ini mendapat perhatian seorang sutradara Baz Luhrmann (Moulin Rougue, Stricly Ballroom, Romeo and Juliet). Dan, beliau mencari dan meminta hak cipta artikel ini, dan mengadaptasinya kepada sebuah lagu yang berbentuk ucapan. Lagu ini menjadi sangat popular, dan mendapat "request" paling tinggi pada tahun 1999.(sudah tentu kalian tidak pernah mengetahuinya, but i did anyway)



Like i said, i have bad days in my life now.



Lagu ini ku putarkan berpuluh - puluh kali, sehingga aku jadikan dunia ini "silence" . Dan itulah dunia aku.For now.



Hayatilah lirik lagu ini. You ll be surprised and amazed!





Wear sunscreen.




If I could offer you only one tip for the future, sunscreen would be it. The long-term benefits of sunscreen have been proved by scientists, whereas the rest of my advice has no basis more reliable than my own meandering experience. I will dispense this advice now.




Enjoy the power and beauty of your youth. Oh, never mind. You will not understand the power and beauty of your youth until they've faded. But trust me, in 20 years, you'll look back at photos of yourself and recall in a way you can't grasp now how much possibility lay before you and how fabulous you really looked. You are not as fat as you imagine.




Don't worry about the future. Or worry, but know that worrying is as effective as trying to solve an algebra equation by chewing bubble gum. The real troubles in your life are apt to be things that never crossed your worried mind, the kind that blindside you at 4 p.m. on some idle Tuesday.




Do one thing every day that scares you.




Sing.




Don't be reckless with other people's hearts. Don't put up with people who are reckless with yours.




Floss.




Don't waste your time on jealousy. Sometimes you're ahead, sometimes you're behind. The race is long and, in the end, it's only with yourself.




Remember compliments you receive. Forget the insults. If you succeed in doing this, tell me how.




Keep your old love letters. Throw away your old bank statements.




Stretch.




Don't feel guilty if you don't know what you want to do with your life. The most interesting people I know didn't know at 22 what they wanted to do with their lives. Some of the most interesting 40-year-olds I know still don't.




Get plenty of calcium. Be kind to your knees. You'll miss them when they're gone.




Maybe you'll marry, maybe you won't. Maybe you'll have children, maybe you won't. Maybe you'll divorce at 40, maybe you'll dance the funky chicken on your 75th wedding anniversary.






Whatever you do, don't congratulate yourself too much, or berate yourself either. Your choices are half chance. So are everybody else's.




Enjoy your body. Use it every way you can. Don't be afraid of it or of what other people think of it. It's the greatest instrument you'll ever own.




Dance, even if you have nowhere to do it but your living room.




Read the directions, even if you don't follow them.




Do not read beauty magazines. They will only make you feel ugly.




Get to know your parents. You never know when they'll be gone for good. Be nice to your siblings. They're your best link to your past and the people most likely to stick with you in the future.




Understand that friends come and go, but with a precious few you should hold on. Work hard to bridge the gaps in geography and lifestyle, because the older you get, the more you need the people who knew you when you were young.




Live in New York City once, but leave before it makes you hard. Live in Northern California once, but leave before it makes you soft.




Travel.




Accept certain inalienable truths: Prices will rise. Politicians will philander. You, too, will get old. And when you do, you'll fantasize that when you were young, prices were reasonable, politicians were noble and children respected their elders.




Respect your elders.




Don't expect anyone else to support you. Maybe you have a trust fund. Maybe you'll have a wealthy spouse. But you never know when either one might run out.




Don't mess too much with your hair or by the time you're 40 it will look 85.




Be careful whose advice you buy, but be patient with those who supply it. Advice is a form of nostalgia. Dispensing it is a way of fishing the past from the disposal, wiping it off, painting over the ugly parts and recycling it for more than it's worth.




But trust me on the sunscreen.






Wear Sunscreen (kiri - save target as)

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Saturday, December 08, 2007   Ngomelan


Monday, December 03, 2007

Denias

Nama saya Denias.

Mama saya suruh saya sekolah.

Karena dia bilang gunung takut pada anak sekolah


Di kejauhan daerah nan terpencil dan kejauhan daripada kemodenan. Kemajuan dunia yang merangkumi segala kenikmatan dunia. Di sebalik semua itu, seorang budak lelaki ingin dan tekad menongkah arus masyarakatnya yang peribumi dan tradisional, mahu mengubah dirinya.

Denias mahu belajar.
Denias mahu bersekolah.

Denias bilang, ibunya mahukan dia belajar supaya menjadi insan yang berguna. Gurunya juga bilang, dia harus belajar kerana Denias tidak seperti budak-budak lain. Denias punyai kebijaksanaan, yang boleh satu hari nanti berguna kepada dirinya.

Belajar dan menuntut ilmu, bagi puak orang asli Indonesia di Papua adalah satu perkara yang pelik. Masyarakatnya sangat primitif, jauh daripada kemajuan moden. Mereka masih lagi bercawat, tinggal dalam komuniti tersendiri asing, hidup berpuak-puak.

Terdapat seorang guru yang mulia, yan didatangkan khas untuk mendidik anak-anak mereka. Sekolahnya jauh usang daripada pondok buruk, namun semangat sang guru teguh dan jitu, bersama tegaknya berdiri gagah bendera merah putih, negara Indonesia. Justeru, kelangsungan pendidikan dan pelajaran harus diteruskan.

Namun, malangnya si guru terpaksa kembali ke kota kerana isterinya uzur dan tenat. Ini mengakibatkan Denias kempunan untuk belajar kerana dia sangat meminati untuk belajar.

Denias bersahabat pula dengan seorang laskar, namanya Maleo yang ditugaskan berkhidmat di situ. Dia juga turut membantu Denias belajar. Mengenal tanah airnya sendiri dengan melakar peta negaranya. Lalu, mereka berdua bersahabat akrab dan erat.

Malangnya juga, dia juga terpaksa meninggalkan daerah Denias. Dan, ini menghancurkan jiwa Denias yang semuanya meninggalkannya.

Ibunya menemui ajal apabila satu hari rumah buruknya terbakar hangus. Mengikut adat, si ayah harus dipotong satu anak jari, demi mengikuti adat berkabung.

Ayah mengharapkan Denias membantunya di ladang. Tetapi, Denias tahu dia ditakdirkan untuk mengejar cita-citanya.

Maka, Denias bertekad mahu menyambung pelajarannya.

Mungkin, buat kita ia satu perkara yang mudah. Tetapi, yang harus ditempuhi oleh Denias ialah banjaran gunung ganang, terpaksa merentasi sungai dan tasik. Dengan hanya berjalan kaki atas nama pelajaran. Terpaksa bermalam dihutan, kelaparan ditemani kesunyian dan kesepian.

Maka, bermulalah perjuangan Denias, yang mahu bersekolah. Demi menunaikan impian dan cita ibunya.





Sebuah filem yang istimewa. Penuh jiwa kelembutan dan rasa kasih sayang. Semangat dan perjuangan asasi manusia yang mahukan kejayaan demi mengubah nasib hidupnya. Mengolah citra dan aspirasi kehidupan manusia yang tercicir dan terpinggir daripada denyutan kemodenan. Kisah perjuangan dan pengorbanan yang sangat besar buat seorang kanak-kanak kecil yang hanya mahu meneruskan persekolahannya.

Filem yang telah beberapa kali membolot anugerah di persada antara bangsa. Filem yang mengangkat tema kemanusiaan , sangat berbeda daripada tema klise daripada kebanjiran filem-filem berjenis " cinta remaja" Indonesia yang lain.

Sangat mengkagumkan melihat keindahan Papua, menerusi shot-shot istimewa yang merakamkan keindahan semulajadi tanah subur itu. Sangat mengkagumkan juga apabila mengetahui bahawa filem ini diadaptasi daripada kisah benar, seorang anak jati daerah Papua yang mahu berjaya menerusi pelajarannya.

Aku kagum dengan keberanian anak- anak Indonesia yang mahu merakamkan filem berjiwa besar seperti ini, yang akhirnya menjadi kebanggaan dan seterusnya istimewa dan unik tersendiri.

Alangkah indah lirikalnya, jika aku membayangkan anak- anak Malaysia sanggup beraspirasi besar dan tinggi seperti ini, merakamkan filem-filem penuh jiwa tentang hidup manusia pendalaman, kerana kita apa kurangnya dengan kehidupan yang variasi seperti suku Temuan, Jakun dan sebagainya, yang pastinya mempunyai cerita untuk dirakamkan.

Sebaliknya, anak- anak Malaysia kita suka benar berantakan sesama sendiri dengan filem-filem bermutu rendah mereka dan tolol dengan filem cinta segera yang tidak pernah " masak" itu!





Aku berikan 4 bintang untuk Denias; Senandung Di Atas Awan. Filem ini membuatkan aku kaget, tertawa, terpaku dan seolah beria-ia mahu menemui siapakah Denias yang sebenarnya, yang kini sedang menuntut pengajian universiti di Australia.

Di akhir filem, ditulis catatan

" Semenjak perpisahan itu, Denias dan Maleo tidak pernah bertemu. Sekarang Denias berada dan sekolah di Darwin, Australia, ia mendapat biasiswa dari PT Freeport Indonesia.

Sementara itu, sampai filem ini selesai dibuat , keberadaan Maleo belum bisa diketahui. Ia menguap seperti es di bawah terik matahari.

Sam kini yang berusia 38 tahun, masih mengabdi di tanah Papua sebagai pendidik dan Noel kini bekerja di sebuah kantor di Jakarta yang bergerak di dalam perfileman sebagai Pimpinan Produksi.

Dan, Enos sekarang kuliyah di salah satu perguruan di Malang "

Syabas Denias, teruskan perjuanganmu!! Semoga Denias dapat ketemu sahabatnya, Maleo yang pernah membimbing dan merangsang jiwa dan semangatnya.


Fakta:

1. Filem ini merupakan pencalonan rasmi Indonesia untuk anugerah Academy Awards tahun 2008 bagi kategori Best Foreign Language. Telah memenangi Best Children Feature Film di Asia Pacific Screen Awards di Australia.

2. Albert Fakdawer yang memegang watak sebagai Denias telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik anugerah Citra Festival Filem Indonesia. Filem ini juga memenangi anugerah Sinematografi Terbaik, Skrip Terbaik. Malangnya, filem ini tidak berjaya membolot Filem Terbaik, yang mencetuskan kontroversi apabila Eskul dinobatkan terbaik. Bantahan dibuat sehinggakan pemenang-pemenang anugerah Citra yang lalu sanggup memulangkan semula anugerah demi bantahan dan rasa jijik mereka apabila Eskul dinobatkan sebagai terbaik. Nicholas Saputra, Dian Sastrowordoyo disebut mahu memulangkan anugerah mereka sebagai bantahan.

3. Penerbit filem ini adalah gandingan aktres veteran Nia Zulkarnaen dan suaminya Ari Sihasale. Nia pernah menyebut bahawa filem-filem seterusnya bakal menyentuh persoalan "pendidikan", kerana dia sudah bosan dengan tema cinta klise filem Indonesia kebelakangan ini.



Foto: Ihsan Laman web rasmi Denias

Trailer 1





Trailer 2



Temubual Albert Fakdawer, sejurus kemenangannya


Labels:

posted by Jimi Wiser @ Monday, December 03, 2007   Ngomelan



Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart