Sunday, December 02, 2007

Dead Poets Society



Kalian berpeluang tak membaca akhbar The Sunday Star pada hari ahad yang lalu?

Ia sebuah artikel tentang kehidupan aktor komedi Harith Iskandar. Dalam artikel tersebut, mengisahkan kisah hidup beliau sebagai seorang aktor dan bagaimana beliau memilih bidang tersebut sungguhpun pada sebelum itu dia telah memiliki kerjaya yang bagus.

Aku kagum dan teruja sekali apabila dia mengatakan bahawa, dia melakukan perubahan paradigma dalam hidupnya setelah menonton sebuah filem. Filem Dead Poets Society.

" All this happened after I watched a film called Dead Poets Society, starring Robin Williams. It is about an English Teacher who teaches his student to seize the day. I watched it at the cinema in Central Market. The movie inspired me so much that I handed in my resignation letter the next day" he says.

PEOPLE. Sunday Metro. 25 November 2007. (M14)



Harith meletakkan jawatannya, dan memburu impiannya selama ini untuk menjadi seorang ahli seni. Melibatkan diri dalam jiwa rasanya .

Bayangkan, semuanya berubah. Meninggalkan kerjaya hebat dalam industri pengiklanan serta merta selepas mendapat inspirasi daripada sebuah filem?

Jujurnya, apakah keistimewaan filem Dead Poets Society?

Filem Dead Poets Society hadir sewaktu dalam alam remaja aku. Bagi stereotaip remaja lelaki lain yang mungkin terpana dengan ET atau siri filem Rambo, tetapi bagi aku, Dead Poets Society adalah sebuah filem yang sungguh istimewa. Terpaku dan kagum akannya.

Benarlah, kerana filem itu sungguh istimewa dalam menghidangkan kisah tentang seorang guru yang telah berjaya merubah persepsi anak - anak muridnya, supaya hidup dengan sebenar dan sebetulnya.




John Keating, mengulang mantra Carpe Diem, istilah Latin yang bermaksud Seize The Day. Gunakanlah atau peruntukkanlah harimu dengan sebaik-baik dan sepuas - puasnya. Make Your Lives Extraordinary.

John Keating juga menyarankan, tujuan hidup bukanlah untuk mencapai dan menjadi orang yang kaya dan ternama. Menjadi doktor, peguam atau ahli perniagaan. Tetapi, yang maha penting adalah melakukan semua itu , yang dilakukan dengan penuh keghairahan dan minat yang mendalam.

John Keating, guru bahasa Inggeris dan Kesusasteraan yang mengajar anak muridnya yang sukar memahami puisi. Indokrinasi seniman dan kesenian terhadap apa jua aktiviti dalam hidup. Dan, puisi bukanlah sekadar mengucapkannya di hadapan khalayak, tetapi puisi adalah refleksi hati dan perasaan, dan harus diucapkan dengan penuh berkesan seolah-olah yang dikeluarkan dari mulut dan lidah adalah madu.




John Keating berjaya menyedarkan Todd, yang pendiam dan pemalu. Yang mungkin keberanian dan kebijaksanaan hidup ada pada kawan-kawannya, tetapi tidak pada dirinya sendiri. Tetapi, John Keating berjaya memarakkan semangat carpe diem dalam diri Todd, supaya lebih menghargai dirinya, dan seterusnya mengasah bakatnya.

John Keating berjaya memahatkan keberanian dalam jiwa Neil, supaya sentiasa mengikut kata hati dan intuisi dirinya. Neil yang penuh bersemangat akhirnya menemui 'kemanisan' carpe diemnya dengan aktif dalam aktiviti pementasan yang sangat diminatinya.

Begitulah istimewanya, John Keating seorang guru yang disifatkan idealis dan romantis, yang mahu anak- anak didiknya berfikir untuk diri mereka, mencari "identity" mereka sendiri melalui semangat carpe diem dan pembacaan puisi-puisi.


Dalam satu adegan, dia berdiri tegak di atas meja, dan bertanya


" Why do I stand up here?"


" Anybody?"


" To feel taller" seorang menyebut.


" No"


" I stand upon my desk to remind myself that we must constantly look at things in a different way."


"Just when you think you know something, you have to look at it another way"


" When you read, don’t just consider what the author thinks, consider what you think"


Lalu, masing-masing cuba melakukan praktikal dengan berdiri di atas meja. Melihat dunia dan alam sekeliling dari sudut yang berbeza.


Kemanisan dalam pelajaran dan pendidikan bukanlah menghasilkan manusia yang tamak akan dunia dengan kekayaan. Tetapi, kemanisan dalam pelajaran adalah mencari dan menanamkan semangat jati diri, meluahkan individualiti seseorang pelajar, nan akhirnya pelajar itu dapat menikmati rasa kemanisan ' joy of education' itu.


Berapa ramaikah daripada kita yang hidup dengan 'berlakon' atas kerana kerja dan apa - apa sahaja yang dilakukan dengan paksa' tanpa mengikut kata hati?


Berapa ramaikah doktor yang mahu dan cita-cita mendalam menjadi seorang doktor, dan bukan dilanda paksaan komersialisme dunia atau tekanan ibu bapa?


Berapa ramaikah manusia di dunia ini bekerja dan hidup atas kerana 'passion' dan minat yang sungguh mendalam?


Inilah persoalan demi persoalan yang mengkritik dan menyindir masyarakat dalam filem Dead Poets Society ini. Kerana, adapun kita kadangkala tersesat dan keliru, atas dasar apakah kita bahagia dan gembira, atau sekadar kita hidup sekadar mengikut angin yang lalu dan lalang yang ditiup bayu?


Kerana, demikianlah sungguh klasik dan istimewanya filem Dead Poets Society ini yang telah meniup roh semangat " Carpe Diem" bagi mereka yang berjaya memahami isi pati dan intinya.

Tuntasnya, tidak hairanlah Dead Poets Society telah dinobatkan sebagai salah sebuah filem terbaik dalam sejarah perfileman oleh American Film Institute.


Dan, tidak hairanlah juga Dead Poets Society suatu ketika merubah arah garapan budaya pendidikan dan pelajaran di Amerika yang tidak berpandukan kepada "struktur' atau "old textbook", tetapi lebih kepada pencarian individu seseorang’at their level best”. Kerana itulah kritikalnya dan mencabarnya tugas seorang pendidik atau guru.


Tahun demi tahun, banyak filem cuba menghasilkan aura Dead Poets Society dalam filem - filem lain, tetapi tidak langsung berjaya sempurna seperti Dead Poets Society. Misalannya, Mohabbatein yang mencuri separuh ceritanya langsung gagal menghidangkan originaliti dan inti pati yang jujur.


Meninjau ke lapisan yang lebih mendalam dan jauh, ia bukan sekadar filem idealis dan romantis, tetapi adalah kritikan hidup pasca Perang Dunia ke 2, yang pada ketika itu manusia bersikap realist, yang telah melupakan asal usulnya " hidup dengan sejujurnya". Lapisan yang lain, melihat dunia remaja yang hauskan perhatian dan dambaan, tetapi adakah kita cuba mahu memahami dunia mereka. Lapisan yang seterusnya, bagaimana seni dan artistik itu penting dalam mengalirkan ketulenan karakter peribadi seseorang lalu mengindahkannnya.


Itulah keistimewaan Dead Poets Society. Seperti Harth Iskandar yang sanggup meletakkan jawatan kerja, hasil inspirasi filem ini dalam memburu impian dan citanya. Begitu jugalah aku yang sewaktu dulu mengkaguminya, dan merasai betapa hebatnya mempunyai inspirasi " carpe diem". Kerana hidup kita tidak dipersiakan.


Setiap hari, jadikanlah hidup kita yang luar biasa. Carpe diem. Seize The Day. Make our lives EVTRAORDINARY. Inshaallah, kemanisan dan kegembiraan hidup jua termakbul


Jadi, sudahkah kalian menonton filem klasik yang elegan Dead Poets Society ini?
If you still not watch it, you have not been lived!

Adegan Carpediem




Adegan akhir yang membuat aku menangis dan terharu, hehe





Dedikasi untuk adegan-adegan Dead Poets Society

Tentang Dead Poets Society

Mengapa Dead Poets Society; antara filem terbaik pernah wujud

Laman web istimewa, abadikan semangat dan inspirasi Dead Poets Society

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Sunday, December 02, 2007  


  • At 12:38 PM, Anonymous Anonymous said…

    Terima kasih atas maklumat menarik

     
Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart