Monday, November 05, 2007

Sad Movie

Aku pasti ini adalah sebuah poster filem terbaik yang pernah aku lihat. Lihatlah emosi yang mendalam sekali dipaparkan pada semua potret aktor dalam poster tersebut. Sungguh unik dan ironi sekali. Kesemua aktor and aktres menangis, menitiskan air mata tetapi kelihatan tersenyum manis. Ibarat senyuman dalam tangisan, barangkali? Sungguh berkait rapat sekali dengan judul filem ini yang berjudul Sad Movie.

Tuntasnya, usai menonton filem Sad Movie, perlukan aku bersetuju dengan judul filem Sad Movie ini, yang mendakwanya sebagai sebuah filem penuh kesedihan?

Besar kemungkinan, sepanjang sejarah pengalaman aku yang sudah menonton drama - drama dan filem - filem Korea sebelum ini, ini adalah sebuah filem antara yang terbaik pernah aku tonton. Filem Sad Movie ini berjaya merangkumi dan merangkul seluruh ciptaan perasaan dan jiwa rasa, yang membawa anda menjelajah ke dunia penuh ketawa dan diakhiri dengan kesedihan.

Mungkin, sebahagian struktur awal filem Sad Movie ini yang dijalani penuh komedi, dengan watak-watak yang lucu dan comel, tetapi pada sebahagian akhirnya, emosi yang melodramatik dan kesedihan itu makin lama makin hadir, dan ia semakin sukar untuk ditepis. Akhirnya, air mata berjurai menemani diri setelah selesai menontonnya.

Kisah yang merangkumi pelbagai watak, sebuah lagi filem ensemble yang mengenengahkan hampir kesemua pendukung wataknya bertindak selalu pelakon utama. Pada awalnya, pisahan watak itu bisa dilihat, tetapi akhirnya perlahan-lahan, watak-watak kesemuanya seperti mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Walaupun ianya tidak dilihat perkaitannya dalam struktur plot utamanya.

Kisah gadis yang malu untuk mengucapkan cintanya kepada sang pelukis kerana dirinya serba kekurangan.

Kisah budak lelaki yang dahagakan kasih sayang, dan takdirnya ibunya dapat menghadirkan diri untuk anaknya buat saat-saat akhir.

Kisah lelaki yang mahukan terbaik untuk teman wanitanya, kejutan " lamaran" yang boleh diingati sampai bila-bila namun takdir juga penentu segalanya.

Kisah lelaki yang mengharapkan kasih semula daripada bekas kekasihnya, tetapi sentiasa ditolak oleh wanita itu.

Wajarnya dan lazimnya, stereotipikal drama dan filem Korea samada ianya sudah menjadi makanan ruji "staple" , tema cinta yang klise, dan tema seram ataupun kisah drama period yang dipersembahkan. Mungkin, bagi mereka yang sudah merasai "kimci" orang Korea, lazimnya kalian mungkin memaklumi tema yang klise ini sentiasa sahaja berlegar-legar , dan sentiasa diulang berpuluh-puluh kali dalam filem dan drama mereka.

Untuk mengatakan ia sudah mencecah daerah kebosanan bagi aku, aku harus menjawab ya dan tidak. Selagi klise itu dipersembahkan dengan lebih segar,aku boleh menerimanya, maka aku harus sifatkan Sad Movie ini sebuah filem yang baik dan bagus.

Kerja kamera, shot dan sinematografi yang sungguh cantik dan menawan. Permainan warna " musim bunga" jelas terserlah. Lagu latar yang sederhana, lagu yang sama tetapi diulang - ulang dalam hampir kesemua adegan, menyebabkan aku kagum kerana emosi yang terkesan timbul pelbagai sungguhpun lagu latarnya masih sama.

Apa yang paling aku sukai adalah bagaimana keempat - empat medley cerita dalam filem Sad Movie ini berjaya memaut hati penonton, dan watak-watak mereka menjadi "likeable"yang pada akhirnya, kalian begitu mengambil berat terhadap cerita hidup mereka dan akhirnya kalian boleh mengaitkan diri kalian dengan tema dan cerita dalam filem itu.

Kisah yang paling mencuit hati aku, suatu hari dia terserempak dengan seorang wanita yang tidak sanggup mengucapkan " perpisahan"kepada teman lelakinya. Timbul satu idea, dia ingin memulakan perniagaan sebagai "break up announcing messenger" kepada sesiapa yang tidak sanggup mengucapkannya secara berdepan mata. Maka, setiap kali itulah, dia memberikan khidmat kepada mereka yang memerlukannya. Dia akan memberitahu kepada mereka bahawa kekasih mereka mahu berpisah. Pernah ditampar, dipukul dan berbagai-bagai lagi. Tidak pula disangka pada satu hari dia menerima tugasan dari teman wanitanya sendiri, yang ingin berpisah dengannya. Memang brilliant!


Hakikatnya, filem Sad Movie ini masih menawarkan dan mengungkapkan prinsip cinta yang sama. Mungkin, usai menontonnya, apa yang dipelajari ialah, kehidupan itu terlalu singkat dan kita perlu menghargai cinta dan hidup kita sepenuhnya. Barangkali, mungkin kita tidak sempat mengucapkan kalimah cinta itu, dan pada saat itu barangkali juga ianya sudah terlambat.

Amaran: Sepertimana filem dan drama Korea yang lain, there are always people die at the end of the movie. You have been warned!



Labels:

posted by Jimi Wiser @ Monday, November 05, 2007  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart