Monday, November 05, 2007
|
Jimi di Pangkor
|
 Tatkala kalian membaca entri ini, Jimi sudah pun dua hari bertamu di Pangkor. Kursus pendek, apa lagi, masih tentang hal-hal pentadbiran sekolah yang masih dan sedang diuruskan.
Banyak yang tidak faham, tugas guru bukan setakat mengajar, hal-hal pendokumentasian dan pentadbiran perlulah diuruskan. Di bahu Jimi, tergalas pelbagai peran yang harus dilangsaikan.
Nampak seperti bercuti, jauh dari kebisingan dan jeritan murid. Tapi, bila dah berkursus, bermakna satu lagilah tugas baru yang harus diselesaikan di sekolah. Sigh!
Kerja, tidak pernah habis, bukan?
Hati rasa girang, kerana di resort yang Jimi diami ini, nasib baik ada wifi, bolehlah Jimi mengemaskinikan blog.
Sampai sahaja di perhentian, mungkin kerana agak teruja, Jimi rasa sangat tenang dan tersenyum sendirian memandang laut ,angin yang menderu kuat, sampan-sampan kecil di persisiran pantai.
Kemudian, tak semena-mena, Jimi terlihat sekumpulan orang memakai baju putih dan oren. Rupanya, pakej percutian daripada syarikat 8Tv. Oh ya, aku terserempak beberapa hos program cina seperti rancangan Ho Chak, dan juga sempat melihat kelibat Izham Omar.
Rasa kelakar dan lucu pun ada, kerana aku memang mengkagumi Izham Omar sedari waktu dia di arena muzik lagi. Bila berjumpa sebegini, he looks like any ordinary person. Dengan seluar khaki pendek, dan tali wayar mp3nya dililit di telinganya. Dan, dia begitu ramah dengan anak-anak buahnya. He is after all, CEO 8tv.
Tahukah kalian dia pernah menulis blog, dan kemudiannya terhenti begitu sahaja.
 Adakah aku menulis tentang Pangkor atau tentang Izham Omar? Silly me.
Ini bukanlah kali pertama Jimi di Pangkor. Sudah lima kali. Semuanya kerana berkursus. Malah, resort ini adalah yang tempat yang sama Jimi duduki tahun lalu.
Setiap masa yang terluang. Pasti sahaja Jimi labuhkan diri di tepi pantai. Berseorangan. Memang itu yang jimi, paling diidamkan.
Bau laut. Pasir pantai yang jejak kaki. Bunyi ombak kuat. Menghempas pantai. Diiringi alunan lagu-lagu daripada pemain mp3. Paling penting, sebuah buku sebagai teman sejati. Aku boleh bercinta sebegini lama dan lamanya.
Selepas itu, aku menyewa basikal selama dua jam, bersiar-siar mengelilingi pulau kecil ini. Waduh, manisnya kenangan ini. Tiada siapa yang menganggu ketenangan yang diperoleh. Dan, hasil taakulan diperoleh, memikirkan tentang semua yang berlaku dalam hidup. Yes, i am bloody and hopelessly romantic and melancholic. Takkan tak sedar lagi kan, you do read my blog, lines by lines kan.Hehehe.
 Mencari cenderahati buat yang tersayang di rumah. Anak saudara ku belikan t-shirt Pangkor. Sotong-sotong yang dijajan, memang kegemaran ibu aku. Malangnya, aku memang tidak menggemari semua itu.
 Walaupun sudah kali ke lima, aku ke sini. Tak pernah rasa jemu. Walaupun datang kerana tugas, tetapi aku masih menikmatinya. Kadangkala, berangan pula nak bertukar dan betugas di pulau seperti Tioman, Pangkor atau Perhentian. Mendidik, pada masa yang sama aku boleh menikmati hidup santai sepanjang masa. Mungkin, masa itu aku fikir aku boleh mulakan misi menulis buku aku. Mungkin? Labels: desert |
posted
by Jimi Wiser @ Monday, November 05, 2007

|
|
|
|