Hamimah mengayuh basikal ke kedai runcit yang berhampiran di sisi sekolah. Hari itu hujan lebat, jadi aku menangguhkan kepulangan aku ke rumah. Singgah pula ke kedai runcit, sekadar untuk melengahkan masa. Hamimah, ialah bekas anak murid aku yang sudah dua tahun meninggalkan persekolahan rendah.
Kelihatan Hamimah memegang tangan si anak kecil. Mungkin sahaja anak saudaranya atau adiknya. Fikirku sendirian.
" Assalammualaikum, cikgu " Hamimah secara sopan menegurku.
" Waalaikumussalam " jawab aku sambil tersenyum. Sudah sekian lama tidak kulihat kelibat bekas anak muridku ini. Sudah hampir menjadi anak dara sunti , sungguhpun baru sahaja mencecah usia 14 tahun.
" Ni, siapa yang comel ni, Hamimah?" tanyaku sambil menunjukkan tanganku kepada anak comel yang dipimpinnya. Mencubit kedua pipi anak kecil itu.
" Adik saya la cikgu, Karimah namanya." Jawabnya.
" La, ye ke?. Kamu biar betul?. Comel macam anak orang putih!. Tak macam kamu pun. Kamu tak comel lah, comot adalah." Aku menjawab, meletakkan sedikit elemen gurauan di akhir perbualan aku.
Dia merengus manja. Sambil tersengih dan kemudian masam mencuka. Mungkin dia sendiri dapat membezakan betapa comotnya dia dan adiknya, Karimah itu.
Diam seketika. Mungkin memekirkan jawapan balasan yang sesuai.
" Alah cikgu, dia comel sekarang je. Nanti bila dah besar macam saya nanti, BURUK macam saya jugak"
Aku ketawa besar mendengar jawapannya. Pandai sungguh dia melipatkan hujah aku. Hamimah pun ketawa sama, mengikut lagak ketawa aku.
Hamimah, anak yatim piatu kehilangan ibu dan ayah sewaktu kemalangan jalan raya. Tinggal bersama atuk dan neneknya. Bajunya sentiasa berlebam, comot sana dan sini ketika aku masih mengajarnya dahulu. Sungguhpun menghadapi hidup yang tegar, tetapi sikapnya sentiasa mengkagumkan aku. Periang dan suka membuat lawak jenaka.
" Nanti, bila dah lepas SPM nanti, kamu carilah jalan supaya kamu jadi juruhebah ke atau pelakon lawak ke. Kamu memang berbakat” kata aku kepada Hamimah suatu hari .
Seronok menjadi cikgu ni, bukan kerana kamu boleh bisa sahaja mengajar. Hakikatnya, aku pula yang BELAJAR tentang hidup daripada mereka. Hamimah, sebalik kesukaran dan kesusahan, hanya gelak tawa dan keriangan yang dipamerkan. Mungkin, perspektif hidupnya, sentiasa melihat positif daripada setiap sudut, yang hakikatnya aku pun tewas juga dengan masalah demi masalah. The best part was, she got 5As in UPSR, and i was her Bahasa Malaysia cikgu. She got two As from me. So proud of her!
Hanya Allah yang maha mengetahui sebalik misteri kehidupan
Labels: cikgu Jimi, laments