Tuesday, November 13, 2007

Evening


Jika kalian diberi peluang kedua menjalani kehidupan kalian sekali lagi, mahukah kalian menjalani kehidupan yang sama dan tidak mahu mengubahnya walau sekelumit pun?.

Atau, kalian tidak mahu mengulangi " kesilapan" yang anda lakukan walaupun ianya telah mematangkan kehidupan kalian?

Sejauhmanakah " kesilapan" itu ditanggung dengan bebannya sepanjang hidup kalian, dan kalian merintih bahawa benarkah kalian gembira dengan perjalanan hidup kalian, atau tidak adakah penyesalan walau sedikitpun?


Selepas menonton filem Evening ini, banyak benar input- input yang aku pelajari dan fahami, tentang kehidupan dan memahami falsafahnya melalui kacamata kehidupan seorang wanita.


Ann Grant, seorang wanita tua yang hampir sahaja akan tiba hari kematiannya. Hanya mampu berbaring di katil sahaja. Namun, saat dia seperti mahu meninggalkan dunianya, dia seperti kembali ke zaman silamnya. Zaman muda remaja. Kepada cinta pertamanya yang dianggap sebagai " kesilapan" yang sangat dikesalinya sepanjang hidupnya.

Kisah silam itu ibarat penyiksaan yang mendalam. Meracau-racau siang dan dan malam. Membuatkan anak-anaknya Connie dan Nina, tertanya-tanya bagaimanakah kehidupan ibunya sewaktu muda dahulu? Sehingga menyebut nama-nama yang tidak dikenali mereka.

Sungguhpun telah menjalani hidup yang begitu lama, dan menjalani kegagalan dua perkahwinan dalam kehidupannya, tetapi, pada saat akhir dia sering meracau menyebut - nyebut nama Harris. Kekasih dan cinta pertamanya, yang dianggap sebagai kesilapan .

Nama Harris yang disebut berpuluh-puluh kali ini, tinggal menjadi tanda tanya kepada kedua-dua anak perempuannya. Yang menyebabkan mereka cuba dan mahu menyelongkar kehidupan misteri ibunya.

Dalam ketuaan dan menanti ambang kematiannya, Ann dibawa ke zaman silamnya. Zaman muda remajanya. Kali pertama dia bersua Harris pada hari perkahwinan sahabatnya Lila. Lila yang juga mencintai Harris tetapi terpaksa melupakannya, Kerana memilih perkahwinan pilihan keluarga. Dan, pada saat itulah juga Ann mencintai Harris.

Malangnya, sebuah tragedi menimpa pada malam perkahwinan Lila, yang menyebabkan seluruh pola dan paksi perspektif kehidupan masing-masing berubah. Kerana tragedi itu, kesedihan, kemurungan yang lampau sentiasa singgah sungguhpun kehidupan masing-masing terus berlalu.

Merryl sebagai Lila, Vanessa Redgrave sebagai Ann, sahabat sejati

Tentang cinta yang tidak kesampaian.
Tentang kemungkinan jika Harris adalah milik Ann
Tentang kemungkinan jika Harris adalah milik Lila
Tentang kemaafan, kebencian dan kesengsaraan
Tentang memilih kata hati daripada kata akal
Tentang kesesalan dan kematangan hidup

Filem Evening mengajar aku bahawa, wanita terbahagi kepada dua jenis. Jenis yang pertama, yang percaya kepada kata hati dan intuisi. Yang percaya impian dan cita itu lebih tinggi daripada menurut pilihan orang tua. Jenis yang kedua, yang memendan rasa terhada keinginan dan impiannya. Sanggup membelakangkan impiannya kerana orang lain.

Ann, mengambil seluruh kisah silamnya sebagai kesilapan kerana sentiasa lebih percayakan kepada kata hatinya. Kerana itu, Ann memikirkan bahawa hidupnya , adakah sudah seratus peratusnya gagal dengan tidak memilih Harris sebagai teman hidupnya.

Sebuah filem yang menggabungkan seluruh nama-nama besar dalam industri perfileman Hollywood daripada pemenang anugerah Oscar sehingalah pelakon yang mempunyai banyak pencalonannya.

Dimulai dengan Merryl Streep, Toni Collete, Vanessa Redgrave, Claire Danes, Glen Close, Patrick Wilson, Hugh Dancy dan banyak lagi. Dan, begitu juga dengan penulisan lakon layar yang ditulis oleh Susan Minot dan Michael Cunningham yang terkenal dengan novel dan lakon layarnya The Hours. Menariknya, anak perempuan Merryl Streep memegang watak Lila ketika muda, manakala ibunya Merryl , watak Lila sewaktu tua!


Claire Danes sebagai Ann Grant ketika muda

Filem Evening ini berdasarkan novel yang ditulis oleh Susan Minot yang juga turut menulis lakon layar bersama Cunningham. Diarahkan oleh sutradara Lajos Koltai.

Menonton filem Evening, seperti menonton sebuah kemewahan. Kerana pelakon-pelakon handalannya. Vanessa Redgrave sungguhpun pelakon handalan yang sebelum ini sudah pun memenangi Oscar, sekali lagi sangat mengkagumkan sebagai Ann Grant. Wanita tua yang terbelenggu dengan kisah silam dan cintanya yang tidak kesampaian. Sudah lama, tidak menonton kehebatan pelakon veteran yang hebat, sejak Ellen Brustyn dalam Requiem For A Dream.

Dan, Toni Collete sentiasa sahaja cemerlang dalam mana-mana filemnya yang kali terakhir anda tontonnya dalam Little Miss Sunshine. Oh ya, sungguhpun Merryl Streep hanya muncul pada 15 minit terakhir, sungguh mengasyikkan menyaksikan lakonan Vanessa Redgrave (ketika usia Ann yang tua) dan Merryl Streep (ketika usia Lila yang tua), babak demi babak yang merupakan kemucak kepada seluruh dendam, kemaafan dan persahabatan mereka yang terbuku selama ini. Brilliant!.

Sukar untuk aku tepis, aku seperti melihat persamaan filem ini seperti menonton filem The Hours

1. Filem tentang jiwa rasa dan perasaan wanita dan perempuan. Menontonnya memahami bagaimana wanita bertindak terhadap setiap keputusan mereka.

2. Filem tentang kompleksiti perasaan wanita. Yang mempunyai anak dan menjadi ibu, seolah-olah menyesal kerana tidak melaksanakan impian mereka. Yang mengikut kata hati, berperang rasa samada mahu menjadi wanita tipikal yang mempunyai anak atau terus hidup bersendirian.

3. Filem tentang wanita-wanita. Agaknya, mungkin Cunningham sahaja yang pakar, kerana dia sudah membuktikan " kefahaman"nya terhadap dunia wanita dalam dua filem The Hours dan Evening.

Aku percaya filem ini adalah sebuah filem yang bagus. Sinematografi yang cantik. Runut bunyi yang mengharukan. Oh ya, ada suara wanita yang sentiasa humming pada sesetengah latar lagu yang cukup mengharukan. Seperti filem Titanic pula. Jalan cerita yang bagus. Pisahan plot, antara plot zaman sekarang, dan plot zaman muda Ann Grant berjaya diadunkan dengan baik. Suntingan yang kemas, Malah apatah lagi dengan aksi-aksi lakonan yang hebat dari pelakon-pelakon handalan. Aku percaya jika filem Evening dilobikan untuk festival filem, Vanessa Redgrave mempunyai peluang yang baik. Apatah lagi, sentimental terhadap pelakon veteran sangat menebal. Bukankah tahun lalu, nenek tua yang berusia lebih 50 tahun memenangi anugerah di mana-mana. Siapa lagi yang boleh meniru The Queen, tidak lain dan tidak bukan, Dame Helen Miren.

Filem ini sebenarnya telah meyakinkan aku bahawa " cinta pertama" itu sentiasa istimewa pada setiap hati manusia, sungguhpun ya, kita sudah berkahwin mempunyai anak dan cucu. Tetapi, hakikatnya, " cinta pertama" tetap istimewa di hati anda. Tetapi, di hati Ann, " cinta pertama"nya sungguh menyakit dan memedihkan yang dianggapnya sebagai kesilapan.






Tetapi akhirnya, Ann juga terpaksa akur dan mengakui dengan membenarkan hikmah kehidupannya, melihat kembali keseluruhan kehidupannya dengan perspektif baru, dan akhirnya menasihati anaknya

" Will you do something for me? " Ann Grant

" Anything " Nina

" Will you be happy? " Ann Grant

" That ' s a tall order mom" Nina

" Will you try not to be scared all the time? " Ann Grant

" Because, there's no such thing as mistake" Ann Grant

" You get nervous, but you sing anyway " Ann Grant

Sungguh mendalam dan puitis makna kehidupan yang dinasihati oleh Ann. Betul. Jangan takut dan gusar. Kesilapan mungkin adalah pengajaran dalam hidup kita.

p/s Masih ingatkah kalian pada " cinta pertama" kalian? Adakah ia satu kesilapan juga?


Labels:

posted by Jimi Wiser @ Tuesday, November 13, 2007  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart