Tuesday, November 27, 2007
Cuti Sekolah

Teman: Eh, sekolah dah cuti dah ni kan?

Jimi: Yup, that' s right.

Teman: Dah tu, cuti panjang bebenor ni ko nak buat apa?

Jimi: Excuse me, students yes, depa dah bercuti. Cikgu masih bekerja lagi tau!

Teman: Ehh, ye ke? , tak tau pon.

Jimi: Well, masyarakat kita memang macam tu. Always have these assumptions, yang cikgu cuti banyak, kerja sikit.

Teman: Ha ah ekk. So, apa kata ko citer la sikit.

Jimi: Okie, First of all. Cikgu-cikgu di sekolah menengah tak boleh bercuti. Some of them kena jadi pengawas peperiksaan. Tengoklah SPM dan STPM masih belum habis lagi kan? Hah, depa tu kena kerja lagi. Then, cikgu-cikgu yang kena jadi pengawas ni kena swap jaga di sekolah lain. Maksudnya diorang kena jadi pengawas di sekolah yang lebih jauh. Meaning, they have to drive long hours la.

Second, ko rasa siapa yang akan marking semua exam papers tu? Obviouslylah cikgu jugak kan. They are given two to three weeks untuk marking semua ni tanpa prejudis. Kalau tulisan buruk, dan jawapan azab. Semua kena tahan ni. At least, masuk pertengahan bulan Disember mesti settle, dan dihantar ke pusat-pusat yang telah ditentukan.

Itu belum cikgu-cikgu yang terlibat dalam revision buat tulis buku teks. Cikgu yang terlibat dengan kursus-kursus apa benda lagi tah.

Teman: La, ye ke?dah tu ko terlibat ke dengan semua ni?

Jimi: Aku kan dah ditukarkan ke primary school. But, kan mula tahun depan exam UPSR akan dibuat last week dalam kalender sekolah. So, pemeriksa kertas UPSR kena marking dalam waktu cuti mereka lah jawabnya. Rumours are spread, next year, aku pun dipilih.

Teman: Ko marking kertas UPSR? Sekolah ko ke. Hebatnya!

Jimi: Hebat ke bendanya! Biasa je lah. Tentulah mark papers dari candidates negeri lain. Depa swap. Tak bagi diskrimasi gitu, Jie.

Teman: Dah tu, ko masih belum bercuti lagi lah ni?

Jimi: Yes, for your information. Tugas guru bukan setakat mengajar lah. Aku nih Guru Data di sekolah aku. Dan, sekarang aku tengah siapkan clerical work tentang all data murid untuk sesi depan. Tahun 2008. Banyak kerja lah. Tak cukup lagi tu, aku ni jugak Guru Media sekolah jugak. Aku kena kemas kinikan kerja-kerja configure lab, computers, lab, printers. Aku juga kena buat report any trouble shootings. Laman web sekolah aku pun kena update jugak.

Teman: Ehh, tak de diorang hire pembantu makmal ke?

Jimi : Jie, sekolah aku sekolah SKM. Sekolah Kurang Murid. Nak hire apa benda nya semua tuh. Cikgu pun ada 6 orang. Hah, masing-masing pegang banyak jawatan dan tugas. Sekolah pendalaman.

Hah, ni meh aku citer lagi. Tak cukup dengan jawatan tu. Aku juga jadik Ketua Pantia Bahasa Melayu or now depa panggil Bahasa Malaysia pulak dah. Maksudnya Jie, dalam sekolah tu aku kena buat all reports, analysis tentang pretasi BM daripada Tahun 1 hingga 6. Aku juga mesti buat yearly plan buat dari sekarang. Tak boleh tunggu tahun depan, nanti kelam kabut. Kata prestasi naik, ko buat report. Prestasi jatuh. Ko buat reports jugak. Ni semua reports buat " penyendal dinding" je di pejabat pendidikan. Saje je, bukan baca pun diorang ni.

Hah, lagi aku ni Guru Penyelaras Pusat Sumber. Aku handle library kat sekolah aku. Aku sort out buku baru masuk. Ni, minggu depan buku baru masuk, aku kena buat semua stok semua tu lah. Aku kena label, buat catalog. Ni semua mesti settle. Banyak kerja lah. Arghhh. Buat nombor panggilan. Masuk buku stok. Buat poket buku. Masuk stok lagi,Masuk rak. Haiyooo.

Teman: Ya, allah, Banyaknya kerja clerical ko ek? Habis tu cikgu lain apa yang diorang buat?

Jimi: Diorang pun lebih kurang aku jugak. Guru Peperiksaan lah. Guru Hal Ehwal Murid, Guru Ko Kurikulum, Guru Disiplin. Bukan itu sahaja, Guru Cemerlang bukan setakat kena berkhidmat di sekolah masing-masing. Depa kena jadik Jurulatih Utama (JU), melatih cikgu lain di sekolah lain pulak. Dalam kursus-kursus lain. And, some of them, masa cutilah kena panggil berkursus bagai. Hah, last year aku kena pergi Langkawi. Seminggu dik. Bukan cuti Jie. Balik kena buat kerja. And remember, setiap pertengahan Disember, semua guru dipanggil kena datang sekolah, buat all preparations daripada semua segi, untuk sesi persekolahan yang baru,Jie.

Teman: Jadi, betullah dalam banyak surat khabar yang mengomel pasal guru dan beban kerja tu?

Jimi: Yes. Indeed. Kajian menunjukkan seorang guru harus mengisi borang sebanyak 40 borang sebulan. Ke PPD lah, JPN lah, BTP lah. You name it, Jie. So tell me, bila masa cikgu dibenarkan mengajar, belajar buat kajian. Itu tak termasuk menanda markah. Doing all analysis back and forth again.

Ko bayangkan cikgu yang marking exercise essays , katalah English. Setiap minggu. Each class ada 50 orang. Seminggu, like hari-hari diorang kena marking. Banyak Jie, Hence, dengan handwriting murid yang " hebat". Stress Jie.

Not to mention masalah disiplin Jie. Seribu satu masalah. Semua sekolah, Jie, Sekolah aku, seorang murid dikatakan melakukan "perlakuan tidak senonoh" bersama seseorang di rumahnya. Datang sekolah, dah nak diraba budak budak perempuan pulak. Ni sekolah rendah , Jie.

Teman: Hah, ye ke. Primary school pun ada kes macam tu ke?

Jimi: Jie, we are in a global village lah Jie. Mereka lebih handal dengan semua porn vcds. In fact, dia mengaku porn vcds tu parents dia punya. Ni aku cakap orang kampung, belum kat bandar yang hebat macam KL or Penang.

Kau tahu tak, ada seorang pemeriksa kertas beritahu. Seorang murid primary school menjawab soalan " Kenangan Manis" yang dialaminya ialah dia mendapatkan kenikmatan seks dari seorang yang ditemuinya di padang permainan. Dan, dia tulis ni dalam kertas peperiksaan Jie!

Teman: La illah . Subahanallah. Teruk betul budak- budak sekarang ni ya. Berat betul beban jadi guru sekarang ni. Parents pun nowadays sibuk dengan kerja, tak pernah tanya perihal anak. Semua sibuk. Semua hal serah pada cikgu kat sekolah, Bila jadik sesuatu hal, cikgu pulak yang disalahkan. Hishh!

Jimi: Hah, kalau di secondary school sakit cikgu-cikgunya. Kereta kena calar saja. Guru disiplin lah yang paling kesian. Nak nak, sekarang ni cikgu lelaki dah makin pupus. Pas tu, Guru Disiplin mostly women. Lelaki, mana nak berminat jadi cikgu. Gaji sikit, itupun yang tinggal hanya yang betul-betul ada huge passion in teaching. Itupun, mengajar sekarang dah lain. Macam sekarang, all demanding works like all clerical works itu sangat membebankan!

Teman: Nasib baik ada ko yang ada huge passion in teaching, kan!

Jimi: Yeah, but I detest all those admin works. Bosan betul.

Teman: Dah tu, ko jadik cikgu nak buat apa? Idak lah aku jadi cikgu. Kena buli ngan budak je.

Jimi: Entah lah. Darah dalam badan kot. Dan, aku ada " naluri' lain sikit. Kalau aku nampak kucing terbiar, terlanggar, aku mudah rasa kasihan. Kalau nampak kanak-kanak, aku mudah tersenyum. Rasa gembira. Kalau di universiti dulu, aku ambil banyak kursus elektif Sociology. Macam macam aku ambil. Aku berminat pada subjek " human". I want to change people. I want to inspire people. Tak semua orang boleh jadi pendidik, Jie. Dan, kebanyakan sekarang jadi cikgu bukan pendidik. If you know what i meant. Tapi, biasa lah, ada cikgu pemalas ada cikgu yang rajin. Aku harap aku bukanlah pemalas.

Teman: Berbaloi tak semua tu? Kau dah lima tahun mengajar kan?

Jimi: Rasanya sekarang ni, aku masih sayangkan kerja aku ni. Dan, macam ko cakap, masih ada " huge passion". Tapi, aku tak pasti akan datang. Who knows. Aku masih mahu sambung belajar lagi sampai PHD. Aku teringin mengajar kat semua level. Sekolah menengah. Checked dah dua tahun. Sekolah Primary. Checked, masuk tiga tahun dah. Who knows, later on, Matrikulasi and later on university lah pulak. Hopefully.

Teman. Wow, I’m impressed , bro.

Teman : So, tahun ni bilakah " exactly" ko start cuti, Jie?

Jimi: Kan, itu sebenarnya soalan ko mula-mula tadikan. Merepek pulak aku membebel pasal beban kerja aku plak. Inshallah, dapatlah 2 - 3 minggu je kot. Disember nanti.

Teman: Apa ko nak buat masa tu?

Jimi: I am thinking about a beach a lot. A great book as companion.

Teman: Duh kan! Kalau dah cikgu tu, cikgu jugaklah kan. Itu je lah kerja ko. BORING! Membosankan. Melemaskan. Merimaskan.

Jimi: Hehehe.

Fakta: Termaktub dalam pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia, guru-guru BERHAK dipanggil untuk bertugas dalam waktu bercuti, paling minima 1/3 daripada tempoh atau jumlah cuti yang ada.

Hence, murid - murid sudah bercuti. Aku? Masih lagi ke sekolah, teman. Hence, jangan lagi tanya soalan bilakah aku mulai bercuti, ya.

Labels: ,

posted by jimi wiser @ Tuesday, November 27, 2007







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart