Thursday, October 04, 2007

Tegami From Niraikinai

Jika benar kasih sayang beradik itu akan berkekalan, seumpamanya air yang dicincang tidak terputus ia, bagaimanakah pula dengan kisah adik beradik yang dihidangkan menerusi filem ini.
Terujinya kasih sayang itu, kerana peristiwa hitam yang mengakibatkan keseluruhan hidup abang dan adik diuji dan berubah kasih sayangnya.

Mereka hidup tanpa ibu dan bapa. Sedari kecil si abanglah yang menjaga dan membesarkan adiknya. Kesempitan dan kesukaran hidup yang menemui kegentingan, putus asa dan marah, akhirnya menyebabkan abang menemui jalan pintas. Mencuri. Bukan sahaja mencuri, tetapi dia telah membunuh seorang wanita tua.

Akhirnya abangnya telah djatuhkan hukuman penjara.

Bermulalah episod kegetiran dan kesedihan hidup mereka berdua yang semakin pahit.


Demi perhubungan adik beradik, abangnya telah mulai menulis warkah buat adiknya dar penjaranya. Warkah demi warkah diterima oleh adiknya, dan pada awalnya si adik dapat menerima hakikat abangnya dipenjarakan demi dia, dan kerana itu masih menghargai perlunya abang berada di sisi, sungguhpun telahpun dipenjarakan.

Meskipun begitu, kehidupan adiknya semakin mendesak dan terseksa. Kehidupan adiknya mulai diburu oleh kisah kejam abangnya yang telah membunuh. Dia pula semakin disisihkan sehinggakan dihalau keluar dari rumah sewanya. Manusia di sekelilingnya mula memandang serong dan berat sebelah kerana dia adalah seorang adik pembunuh.

Oleh kerana kisah abangnya, adiknya pula semakin menderita. DIa semakin menyendiri dan menjauhkan diri, kerana bimbang sekiranya orang tahu dia adalah seorang adik pembunuh, dia mungkin dibuang kerja dan diketepikan sekali lagi.

Bagi abangnya pula, menulis surat adalah salah satu cara meluahkan perasaan sunyi, rindu dan terkongkongnya dan terbelenggu hidupnya yang ditutup oleh dinding penjara. Maka, kerana surat yang diterima dan ditulis, dapatlah juga memberikan sedikit ketenangan dan kebahagiaan buat dirinya.

Malangnya, adiknya merasakan hidupnya semakin terseksa dek perbuatan abangnya. Ini menyebabkan hidup dia semakin menderita kerana sering dianak tirikan oleh masyarakat. Dia diturunkan pangkat dan dihantar ke luar kota, kerana abangnya seorang pembunuh. Cintanya tidak kesampaian kerana kesalahan abangnya.


Dan, dia mulai membenci abangnya, atas segala perbuatannya. Dan, adiknya membuat keputusan untuk tidak lagi mengutus surat kepada abangnya.

Kisah sedih yang mungkin berjaya membuatkan hati kalian meruntun, sedih dan terharu kerana akibat keadaan menyebabkan dua adik beradik ini terpisah dan diuji kasih sayangnya. Mungkin, jalan cerita ini agak serong dan pesimis seperti bagaimana pula seluruh masyarakat boleh bersikap tidak adil terhadap manusia yang tidak bersalah seperti adiknya itu?

Malah, rasional dan kewajaran cerita ini boleh dikritik kerana sub plot yang agak tidak adil, demi menyalurkan perasaan melodrama cerita ini berpanjangan sehingga akhirnya. Apakah ia tidak adil dan berat sebelah mengatakan bahawa seluruh rakyat atau komuniti Jepun sanggup berfikiran tertutup dengan memulaukan insan tidak bersalah?



Walau apapun, Tegami diselamatkan oleh lakonan pelakon- pelakon yang berjaya menggarap watak mereka dengan penuh cemerlang. Sebagai abang yang tertekan akibat kemiskinan dan kesempitan hidup, sangat cemerlang pembawakannya. Dan, begitu juga lakonan adik yang rasionalnya membawa keseluruhan jalan cerita adalah tertumpu kepada watak dan kekusutan jiwanya.

Dan, sekali lagi aku menegaskan di sini, filem bikinan Jepun penuh dengan rempah ratusnya, malah filem Tegami ini berjaya sekali lagi membawa kita ke dunia kasih sayang, dan membawa kita harapan bahawa sungguhpun setiap apa yang berlaku dan segala kekusutan masalah, keluarga tetap keluarga. Air yang dicincang tidakkan putus.





Sangat melodramatik. Penuh kesedihan. Tetapi, mempunyai keistimewaan daripada sudut garapan lakonan dan perkembangan cerita. Masih sebuah filem yang menarik sekiranya kalian gemarkan menonton filem sambil terbit perasaan sebak dan sedih di hati.


Labels:

posted by Jimi Wiser @ Thursday, October 04, 2007  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart