Lewat beberapa bulan yang lalu, Jimi telah dijemput menjadi juri pertandingan membaca puisi peringkat zon di salah sebuah sekolah yang dipilih. Pertandingan bacaan puisi ini hanyalah untuk anak-anak kecil. Bukan tahap persekolahan rendah pun, malah semuda di peringkat tadika. Murid- murid pra persekolahan. Jimi pun menerima undangan itu dengan senang hati.
Anak-anak kecil yang bertatih, yang mungkin masih belum boleh membaca dengan betul sepenuhnya, mahu pula diajar supaya boleh berpantun puisi bagai. Canggihnya, anak- anak zaman ini.
Bingung dan buntu jadinya. Jimi tidak tahu atas kewajaran apa untuk mengadili anak- anak kecil ini. Mungkin juga daripada kepetahan atau kebijaksanaan mereka. Mungkin juga, Jimi simpulkan mencari X Factor. Keberanian, keyakinan diri, malah mungkin elemen kecomelan dan cuteness menjadi faktor . Semuanya mampu berpuisi mengikut langgam yang betul dan sesuai. Bukankah mereka telah dibimbing guru-guru mereka?
Seorang teman yang juga menjadi juri, duduk bersebelahan Jimi, tersenyum gembira mengatakan inilah pertandingan yang paling mudah dijurikannya. Tak sampai 15 minit, semuanya sudah tamat dan selesai.
Paling melucukan, pabila pengacara majlisnya, seorang guru yang sangat Jimi kenali, mengacarakan majlis pertandingan dengan mendukung anak kecilnya. Katanya, anaknya itu tidak mahu berenggang, lantaran tiada siapa yang boleh dan mahu menjaganya buat seketika, maka dihayunkan juga tugasnya sebagai pengacara sambil mendukung anaknya.
Rasa tersentuh pula dengan dedikasi cikgu tu. She is after all my distant cousin.
Anak kecil dengan puisi Mataharinya. Tengoklah set kostum tu!
Pada awalnya, anak kecil ini gugup. Terhenti seketika lebih 5 minit. Dipujuk guru, dan semua yang hadir sambil semua menyokong dan memberi semangat, tetapi tidak mampu melawan gugupnya. Akhirnya, menarik diri. Kasihan.
Moga, anak kecil ini tabah pabila dewasa nanti ya.
Kerana keyakinan diri itu adalah datang dari dalaman hati. Hanya yang berani sahaja mampu mengubah menjadi insan berguna suatu hari nanti. Mungkin satu hari sama tinggi dengan sasterawan
Lim Swee Kim,
Uthaya atau
A. Samad Said? Siapalah tahu, bukan?
Labels: cikgu Jimi, laments