Sungguhpun aku menggemari beberapa naskah arahan Ang Lee seperti Crouching Tiger , Hidden Dragon, Ice Storm dan Sense and Sensibility, beberapa naskah filemnya yang lain agak sederhana buat aku seperti Brokeback Mountain dan percubaan filem box office yang gagal, Hulk.
Jadi, skalanya adalah turun dan naik. Dan, Ang Lee sekali lagi mencuba sebuah filem berbahasa Cina setelah sekian lama tidak mengarahkannya, yang dia mengaku tekanan akibat kejayaan besar Crouching Tiger Hidden Dragon.
Se Jie, atau yang berjudul Lust, Caution adalah mengenai perhubungan yang akhirnya menjerat dan memerangkap dua watak utama kepada kepentingan tugas dan misi mereka.
Mr Yee yang dipaparkan manusia yang kejam dan sangat dimahukan untuk dibunuh. Kerana dia adalah tali barut Jepun ketika Jepun telah berjaya menawan Shanghai dan beberapa negara Asia Tenggara, dalam misi Jepun untuk Asia Untuk Orang Asia sekitar 1940 an , yang pada ketika itu dunia genting dengan perang dunia keduanya.
Kisah yang bermula di Hong Kong, apabila sekumpulan pelajar universiti yang begitu berkobar- kobar semangat nasionalisme mereka merancang untuk melakukan pembunuhan , dan Mr Yee adalah sasaran utama mereka.
Maka, bermulalah segala modus operandi perisikan dan penyamaran mereka. Jiazi, pelajar perempuan yang naïf yang akhirnya terjebak dengan segala perasaan akhirnya menjadi watak perisik utama untuk pembunuhan Mr. Yee.
Sungguhpun, pada asalnya plot dan rancangan pembunuhan itu dirancang dengan rapi, namun kesilapan yang telah menyebabkan satu pembunuhan terjadi, memaksa mereka mengambil haluan masing- masing. Sehnggalah, pada suatu hari Jiazhi dn teman- teman sekali lagi merancang pemunuhan dengan lebih teliti.
Apa yang terjadi selepas itu ialah, bagaimana perhubungan antara Jiazhi dan Mr Yee berubah, dan begitu juga perasaan mereka. Episod kecurangan dan perhubungan sulit menjadikan perhubungan mereka semakin sulit.
Jiazhi dilihat pada masa sama sebagai ejen yang cukup bertangungjawab menyelesaikan misinya, apatah lagi dengan beberapa siri penderaan seksual yang menghantui dirinya. Tetapi, lama kelamaan, Jiazhi tidak lagi melihat Mr. Yee sebagai seorang yang kejam tetapi seorang yang mempunyai kelembutan dan misteri di sebalik kejahatannya.
Dan, kerana itulah judulnya diberi Nafsu, Berwaspada, akibat pertaruhan nafsu kedua watak ini telah menyebabkan tugas dan misi kedua -dua watak ini terpengaruh dan terjejas. Ang Lee, sekali lagi tidak mengecewakan aku. Inilah filem yang mengupas lapisan perasaan manusia yang berubah, berkait rapat dengan emosi dan luahan rasa sepertimana yang sering digarap oleh Ang Lee dalam filem-filemnya dahulu.
Aspek seksualiti dan perkaitan manusia masih lagi diterjemahkan oleh Ang Lee, dan bagaimana nafsu dan tipu daya akhirnya menjerat manusia-manusia yang bermain dengan api nafsu. Sangat ironinya, filem nya hanya perbualan demi perbualan, tetapi selama hampir dua jam, aku terpaku untuk mengetahui kesudahan filem, yang aku sifatkan penuh saspens dan lagak perisik yang penuh suave.
Pemilihan Tang Wei sebagai Jiazhi sungguh tepat dan sangat bijak. Dia mencuri perhatian dalam setiap adegan dari awal hinga ke akhir. Adalah sangat mengesankan melihat transformasi dan ranging Tang Wei, daripada seorang pelajar perempuan universiti yan naïf sehinggalah menjadi penggoda wanita yang mahir menyembunyikan perasaannya.
Aku harap, Tang Wei akan berpeluang untuk membintangi beberapa filem antara bangsa yang lain. A star is born.
Keseluruhan filem daripada sudut latar belakang zaman perang yang penuh dengan kostum dan set yang hebat. Begitu juga elemen klasik dengan pencahayaan malap dalam beberapa adegan, benar-benar memberikan kesan dramatik.
Lakonan Tony Leung Chi Wai tidak usah dipertikaikan. Sebelum ini yang lebih selesa dengan gaya arahan Wong Kar Wai, kali ini lakonanan yang sengaja dilakukan secara "underrated" dalam hampir kesemua adegan kecuali beberapa adegan yang penting. Oh ya, adegan Mr Yee menangis ketika Jiazhi menyanyikan sebuah lagu adalah yang paling hebat. Such an extraordinary scene from brilliant actor and actress.
Apa yang aku fikirkan tentang lakonan bintang mando pop Taiwan Alaxender Wang Lee Hom? Aku memang mengharapkan sekurang-kurangnya dia boleh berjaya, nampaknya masih lagi ada kekurangan. Kadangkala tersasar, dan sebahagian yang lain agak bagus juga. Mungkin, dia boleh mencuba lagi.
Ini adalah kemahiran keistimewaan Ang Lee dalam menggarap dan mevisualisasikan aspek "humanity" dalam setiap filemnya, samada songsang ataupun tidak. Sebetulnya, Ang Lee cuba menyelongkar sejauhmanakah aspek kemanusiaan emosi manusia yang pelbagai, terkesan akibat daripada prinsip hidup yang mungkin sukar difahami dan akhirnya goyah.
*** Filem ini telah memenangi anugerah Golden Lion di Festival Filem Venice tahun ini.
Bagaimana
mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah
atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau
persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI,
tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI.. ::Mengapa
Jimi menulis? ::Di
sebalik wajah