Ramai teman-teman aku, samada teman rapat dan kenalan, mahupun juga dalam online sering bertanyakan kepada aku " bagaimanakah caranya hendak mengetahui sesebuah filem itu BAGUS untuk ditonton?"
Nasihat aku selalunya berbunyi " Try not to watch al Hollywood films. Holywood films are generally poor in content. Filem-filem Hollywood yang bagus sekarang ini pun diarahkan oleh sutradara negara luar seperti Alejandero Gonzales, Ang Lee dan lain lagi."
Nasihat aku seterusnya " Try to watch foreign films. Filem-filem negara luar seperti Jepun, Perancis, Scandinavian, Thailand, Korea, dan banyak lagi. Dan, pasti kalian mengerti bagaimanakah sebuah filem BAGUS dapat dicapai"
Berkait rapat akan hal itu, selepas menonton filem After The Wedding ini, aku masih lagi yakin akan nasihat atau tips aku. Bahawa, filem ini antara yang terbaik dan bagus sekali ditonton berbanding dengan filem- filem bikinan Hollywood.
Inilah yang aku katakan filem yang memenuhi tuntutan melodrama yang baik. Kejujuran dan keihlasan tanpa memanipulasi audien penonton , dan akhirnya membawa mereka ke satu penjelajahan dan ekspolarasi jiwa rasa manusia dan kemanusiaannya.
Seorang lelaki Eropah yang bernama Jacob percaya kepada hidup beramal, telah lama tinggal di India, menguruskan rumah anak yatim. Lelaki itu sangat luhur dan indah hatinya, diberikan makanan dan pendidikan kepada nasib anak yatim India yang kurang bernasib baik. Seperti lazimnya, menguruskan sekolah anak yatim memerlukan wang belanja yang besar, dan sumbangan dermawan.
Datanglah seorang jutawan, Jorgen malah mungkin lebih daripada seorang jutawan yang sangat kaya ke rumah anak yatim itu. Dia berjanji akan menyumbangkan sejumlah wang yang besar dengan SATU SYARAT.
Syaratnya , Jacob harus kembali ke Denmark selain daripada menandatangani kontrak, Jacob harus menghadiri perkahwinan anak perempuan jutawan tersebut.
Syarat dan perjanjian yang pelik dan aneh buat Jacob, malah permulaannya dia enggan kembali ke tanah airnya. Peristiwa silam tentang kehidupan pahitnya menyebabkan dia lebih senang bersama anak-anak yatim yang dipeliharanya. Namun, kepulangan itu harus dipilihnya, kerana dia mahukan dana kewangan daripada jutawan itu.
Sekembalinya Jacob ke tanahairnya Denmark, dia begitu skeptikal dengan dunia begitu asing baginya. Persepsinya, semua mereka di situ angkuh dan kaya, tidak seperti di India, kerana kemiskinan dan kesusahan hidup di India yang sudah banyak mengubah perspektif hidupnya.
Semakin dia mendekati dunia kehidupan Jorgen, jutawan yang menjanjikan duit kepada Jacob itu rupa-rupanya mempunyai rahsia dan misi untuk Jacob. Semuanya menjadi berubah, dan rahsia satu demi satu terbongkar apabila kehadiran Jacob di majlis perkahwinan anak jutawan itu.
Peristiwa silam rupa - rupanya telah menemukan dua lelaki Jacob dan Jorgen, dan memaksa mereka menerima hakikat bahawa mereka harus mementingkan diri sendiri untuk kepentingan masing - masing.
Menonton filem ini bagaikan menyaksikan watak- watak manusia yang real dan benar, yang mungkin kita sendiri sebagai penonton dapat menyelongkar dan memahami serta berempati dengan kehidupan mereka.
Jacob bukanlah manusia yang cukup sempurna Meskipun, niat dan keluhuran hatinya sangat murni, kerana sepanjang hidupnya telah didedikasikan untuk anak-anak malang di India. Tetapi, Jacob telah banyak melakukan kesilapan sebelum dia menjadi ' diri' nya yang sebenar. Malangnya, kesilapan dalam hidupnya kembali menemuinya semula.
Jorgen, jutawan dan hartawan yang sangat kaya. Yang banyak membuat keputusan demi keputusan penting. Kekayaan yang melimpah ruah itu tidak bermakna, maka dia harus melakukan sesuatu untuk diri dan keluarganya. Saat inilah, dia memikirkan Jacob adalah penyelamat diri dan keluarganya.
Apa yang paling menarik dalam filem ini, ialah jalan cerita filem ini yang dijalani dengan penuh bersahaja. Babak demi babak, seperti membuka lapisan demi lapisan , seolah membuka satu persatu cerita yang menjadikan jalan cerita ini bertambah menarik. Kekuatan filem After The Wedding ini dalah bergantung kepada watak- watak yang dilakonkan dengan bersahaja. Jika kalian bisa mengerti maksudnya " real acting", pelakonnya seolah tidak berlakon seperti kalian menyaksikan manusia - manusia yang real, yang mengundang simpati dan empati penonton.
Kerja kamera yang dirakamkan secara ' hand held' banyak membantu bagi memfokuskan kepada wajah yang dizoom secara dekat dan hampir, sekaligus memberikan kesan kepada ekspresi dan karakter yang dibawakan oleh pelakon- pelakonnya.
Ini bukan filem tentang kesan khas dan cgi pelbagainya. Dan, ini bukan tentang klise filem Hollywood. Sungguhpun, jalan ceritanya mengikuti tema melodrama, namun keistimewaan After The Weding sungguh indah dan cantik, meskipun diulam tragedi demi tragedi .
Filem yang mengajak kita berfikir tentang kemanusiaan dan keinsafan. Membimbing kita supaya melhat setiap peristiwa sebagai landasan , menjadikan kita manusia yang lebih baik. Apa yang tersimpul, hakikatnya sejauhmana kesilapan yang kita lakukan, kasih sayang keluarga tetap menjadi tunjang dalam hidup. Dan, kerana itulah Jacob dan Jorgen berperang dengan jiwa dan kepentingan diri, yang akhirnya memaksa menerima ketentuan takdir yang telah diputuskan.
Sebuah filem yang bagus. Cukup bagus sehinggakan layak dipertandingkan antara lima filem dalam kategori
BEST FILM FOREIGN LANGUAGE di Oscar. Tetapi, ya, tetapi filem ini tewas kepada
Pan's Labyrinth.
A must watch movie, highly recommended by Jimi Wiser. Oh yes, sediakan tisu secukupnya.
Labels: filem