Di sekolah aku baru - baru ini , satu peristiwa gempar telah melanda. Satu peristiwa yang sangat melucukan tetapi ia tetap mengundang kontroversi yang hangat.
Selalunya, pertemuan di kantin, guru-guru akan melaporkan peristiwa-peristiwa yang melibatkan anak -anak (murid-murid) kami. Dan, kami akan berkongsi peristiwa itu samada lucu atau sebaliknya. Memberi semula buah fikrah samada dalam bentuk hilai tawa atau sekadar senyuman yang sinikal.
" Nah, ambil ni, baca" Cikgu Kamarul menyerahkan lipatan kertas putih , menyuruh aku membacanya.
" Apa benda ni, cikgu?" aku tanya semula.
" Hai, bacalah dulu" dia menjawab
Ini Saiful. Saiful mintak maaf sebab buat Fidya marah. Saiful mintak maaf ya. Saiful sukakan Fidya. Janganlah marahkan Saiful lagi ya. Saiful janji tak kan kacau Fidya lagi. I love you.
Rupa-rupanya surat cinta monyet daripada seorang lelaki murid Tahun 2 kepada seorang murid perempuan tahun 5.
Aku ulang semula. Budak lelaki Tahun 2 yang menulis surat itu!!
Aku ketawa berdekah-dekah. Dan berkata
" Seriously?"
" Betul ke ni cikgu?" aku bertanya lagi. Seperti mahu mendapatkan kepastian.
Aku edarkan surat itu kepada cikgu-cikgu lain yang sibuk ingin tahu kekecohan yang timbul itu.
Ada yang tertawa mengilai. Ada yang merengus. Ada yang menggelengkan kepala.
"Saiful, yang comot tu ke cikgu? " yang asyik dengan hingus dia tu?" Tanya seorang cikgu perempuan kepada cikgu Kamarul.
" Wah, at least his language and writing is rather good for his age. What? 8 tahun kan?, Siap buat perenggan lagi, akak !" aku mencelah.
Cikgu-cikgu yang lain ketawa.
Peristiwa lucu ini menyedarkan aku bahawa "global village" memang telah melanda dunia kanak-kanak yang berusia 8 tahun, yang sudah terpengaruh dengan kerencaman dunia dewasa.
Jimi: Cinta monyet Jimi hanya bermula di sekolah menengah. Alahai, ' Advance ' betul budak-budak sekarang ni.
filem cinta monyet yang sentiasa bertakhta di hati Jimi buat selamanyaLabels: cikgu Jimi, laments