Thursday, October 04, 2007

Bushi No Ichibun

Kesederhanaan filem Love and Honor ini membuatkan aku jatuh cintanya. Tiada " angin atau ombak besar" tentangnya, tetapi kerana kesederhanaan itulah yang menyebabkan Love and Honor cukup istimewa untuk dinikmati.


Kalian harus maklumi dan fahami, bahawa kebanyakan filem Jepun biasanya dijalani secara perlahan dan sederhana, malah karakter inilah yang membuatkan kita rasa terbuai dan begitu mengikuti jalan ceritanya, hinggakan sedari tidak, kita hampir habis menontonnya.

Apa yang memeranjatkan adalah bagaimana filem ini mampu mengangkat nama bintang pop Jepun yang begitu besar, Takuya Kimura dengan menelanjangi beliau dengan segala imej dan beban glamour, untuk sekali ini menjadi seorang aktor yang boleh dihormati dan disegani kerana bakatnya.

Dan, Takuya Kimura harus berterima kasih kepada watak yang dibawakannya itu, yang menuntut pengertian yang mendalam dan sudah tentu harus digarapnya dengan berkesan.


Love and Honor mengisahkan seorang samurai yang menghampiri daerah kebosanan hidupnya, apabila tugasnya hanyalah sebagai " perasa " setiap masakan atau hidangan milik ketuanya.
Itulah tugasnya, sekiranya racun atau cubaan membunuh dilakukan dengan cara itu, maka tuannya dapat diselamatkan terlebih dahulu dengan mengorbankan diri mereka.

Shinnojo berasa tugasnya itu sangat membosankan, berlainan dengan pengalaman selama ini. Kerana fikirnya, tiada unsur cabaran setiap hari, kerjanya hanya memakan makanan yang dihidangkan dan seterusnya pulang ke rumahnya. Sungguhpun begitu, pada suatu hari makanan yang dihidangkan dan dirasakannya terlebih dahulu mempunyai racun laut.

Akhirnya, hidupnya terus berubah sekelip mata. Dia menjadi BUTA akibat keracunan itu.

Seumpamanya gelap gelita kerana kehilangan penglihatannya, begitulah dirasakan gelapnya hidup memikirkan masa depan beliau, isteri dan hak hidup dia sebagai seorang pahlawan samurai.


Kerana desakan dan tekanan, isterinya merayu pertolongan daripada seorang yang berpangkat besar untuk mengekalkan rumah dan orang gaji dan seterusnya pendapatan yang mereka peroleh sebelum ini.

Malangnya, isterinya terperangkap apabila terpaksa menyerahkan tubuhnya kepada si jahat demi untuk keluarganya. Lebih bertambah malang, Shinnojo berasa kehilangan maruahnya sebagai suami dan ketua keluarga apabila terpaksa mengharapkan simpati dan apatahlagi membiarkan isterinya memohon dan merayu daripada orang lain.

Berita tentang kecurangan isterinya menambah dendam dan bengis di hati, lalu diceraikan isterinya tanpa mengetahui duduk perkara yang sebenarnya. Shinnojo bertekad dan berazam, sekalipun dia sudah buta, dia mahu membalas dendam untuk membunuh manusia binatang yang bertanggungjawab terhadap isterinya.

Bermulalah misinya, belajar seni mempertahan diri semula tanpa mata, hanya melalui gerakan dan jangkaan perasaan dan intuisi, dia mempertaruhkan nyawanya untuk membalas dendam, orang jahat yang telah mengumuli isterinya.



Sepertimana, judul filem Love and Honor, adalah sebuah filem yang mengupas persoalan maruah dan harga diri. Bagaimanakah harga diri dipertaruhkan untuk kelangsungan kehidupan? Bagaimanakah harga diri dan maruah seorang lelaki sekiranya dia sudah tidak mampu untuk berdiri dengan betul lagi.

Kerana maruah dan harga diri, cinta dan kasih sayang telah hangus terbakar, kerana maruah dan harga diri juga, manusia akan menjadi lebih buta daripada melihat kepada isi hati yang benar dan betul.

Love and Honor adalah sebuah filem hebat, yang masih lagi berlegar dan mengupas tentang ruang hidup manusia dan tema kemanusiaan yang sejagat iaitu maruah dan harga diri. Ia adalah sebuah filem yang wajib bagi kalian yang mahu mengiktiraf bakat Takuya Kimura yang selama ini cukup popular dengan drama siri popularnya.



Labels:

posted by Jimi Wiser @ Thursday, October 04, 2007  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart