Saturday, October 06, 2007

Breakfast On Pluto

Pondan

Bapok

Mak Nyah

Beberapa perkataan yang kalian semua maklumi dan arifi. Perkataan yang kita gunakan untuk merujuk kepada golongan " itu ". Golongan itu yang mahu menjadi wanita sejati. Malangnya, tubuh mereka adalah sekujur tubuh lelaki.

Justeru, sepanjang hidup mereka percaya dan yakini kepada teori bahawa mereka adalah wanita yang terperangkap dalam tubuh lelaki. Mereka sanggup diherdik dan dicaci sebagai " freak " dengan berpakaian dan berlagak seperti wanita, tetapi tidak mahu menjadi lelaki.

Sepanjang kehidupan kita, golongan ini dikatakan mempunyai misteri hidup. Di India, golongan ini dikatakan mempunyai kuasa sihir yang boleh menyumpah karma hidup seseorang. Di Thailand, Filipina, mereka hanyalah jadi bahan lelucon dan jenaka, disindir dengan sinikal.


Golongan ini dimomok dengan pandangan yang agak dimensional tanpa kita tahu apakah sebenarnya isi hati mereka. Begitu juga dengan watak-watak stereotaip dalam filem dan drama yang sangat meletihkan seperti kerjaya sebagai juru solek, pereka fesyen atau ratu bergosip.

Berapa banyakkah filem yang cuba menelanjangkan dan membogelkan kehidupan seorang bapok dan pondan?. Aku boleh kira, seperti Transamerica, Beautiful Boxer, The Crying Game malah negara kita pernah menghasilkan Bukak Api, Sutun. Apakah filem-filem sedemikian sudah cukup menyelongkar misteri perasaan dan inspirasi hidup mereka?

Mungkinkah kerana subjeknya yang cukup menarik, mempunyai misteri atau adakah golongan ini sebenarnya manusia yang unik, pelik, sukar difahami mengakibatkan banyak filem- filem mengupas tentang kisah hidup mereka?

Breakfast On Pluto, sekali lagi cuba mengeksplorasi dunia golongan ini. Dunia seorang pondan yang melalui detik - detik hidupnya. Detik suka dan gembira, dan kebanyakannya sedih dan duka yang akhirnya membentuk perjuangan hidupnya menentang dunia luar dan mempercayai serta meyakini bahawa akan ada cinta dan kasih sayang buat dirinya.



Kisah bagaimana seorang bayi yang tidak diingini oleh ibunya, menghantar bayi ini di pintu sebuah rumah milik paderi. Paderi ini menyerahkan bayi ini untuk dibesarkan oleh keluarga angkat. Telah menjadi nyata bahawa Patrick , bayi yang dibuang oleh ibu kandungnya ini adalah berbeza. Suka berpakaian perempuan dan sentiasa berperangai pelik. Malah, ketika kawan- kawan lelakinya mengajak Patrick bermain perang, dia lebih suka berlakon mati ditembak dalam keadaan pose yang cantik daripada memegang senjata mainan seperti teman-temannya, ataupun berlakon diikat dalam keadaan terseksa yang difikirkan lebih mencabar lakonannya.

Patrick tahu dirinya adalah seorang " wanita ". Dia mula menamakan dirinya sebagai Kitten. Katanya nama diambil sempena seorang saint yang juga pondan sepertinya. Dia tidak endahkan pandangan sinikal dunia terhadap dirinya, malah dia mencipta dunia yang sendiri. Akhirnya, dia keluar dari bandar kecil itu ke kota besar demi mencari cinta dan asal usulnya.

Dia mahu mencari " phantom lady " gelaran yang diberikan kepada ibu kandungnya. Dia mahu mencari kasih sayang yang sebenarnya, mungkin dengan cara itu, hatinya tenang dan dapat menerima hakikat tentang dirinya.

Bermulalah perjalanan Kitten terhadap kehidupan kota yang tidak pernah disedari pahit getirnya. Peristiwa demi peristiwa yang menyebabkan jatuh bangunnya Kitten dalam hidupnya. Adakalanya, dia terjatuh begitu teruk tetapi dia bangun semula. Penemuan Kitten dengan ibu kandungnya berlaku sehinggalah ke akhir filem ini.


Aku sudah lama mendengar tentang filem Breakfast On Pluto ini, bagaimana filem ini diangkat daripada sebuah novel tulisan Pat Mc Cabe. Beberapa teman blog sudah pun mengulasnya tetapi barulah aku terjumpa dvd ini. Dan, sepertimana ulasan dan pujian yang melambung yang aku baca dan teliti, begitu jugalah aku harus mengatakan filem ini adalah antara filem terbaik yang aku tonton tahun ini.

Apa yang paling mengkagumkan buat aku ialah betapa kuatnya watak Kitten dalam filem ini, yang menjadikan keseluruhan filem ini sangat berjaya, dalam kisahnya tentang seorang pondan yang berusaha dan berjuang dalam hidupnya, dan sepertimana orang lain, dia mahu merasai rasa cinta dan kasih sayang yang jujur dan tulus.

Ia sebuah filem yang sangat sedih. Menyaksikan kehidupan seorang manusia yang begitu bersungguh- sungguh dalam menjadikan hidupnya seceria mungkin, di sekeliling masyarakat sentiasa dicaci, dihina dan dimaki sepanjang hidupnya.

Apa yang ironinya, Kitten sentiasa respons terhadap semua peristiwa dalam dunianya dengan senario yang lucu. Banyak adegan yang sangat sedih menimpa dirinya, tetapi seperti lagak seorang diva, Kitten menjadikannya seperti sangat lucu. Contohnya, bagaimana dia ditangkap dan disoal siasat kerana disyaki mengebom sebuah kelab malam. Sungguhpun, dia menyatakan bahawa dia tidak terlibat sebagai anggota pembebasan Ireland (watak dia sebagai warga Ireland), tetapi masih tidak dipercayainya. Malah, akibat kebosanan asyik disoal siasat dia akhirnya mengaku bahawa dia seorang perisik diva yang menggunakan minyak wangi untuk membunuh orang jahat.

Orang seperti Kitten yang pada mulanya dibenci dan dimusuhi, akhirnya mempunyai teman dan kawan yang menyayanginya, seperti polis yang menyeksanya di tahanan akhirnya jugalah yang memberikan Kitten sebuah pekerjaan.




Filem Breakfast On Pluto ini tidak digarap oleh sang sutradaranya, Neil Jordan sebagai " hukuman moral " kepada golongan itu. Sebaliknya, Neil Jordan menghidangkan Kitten sebagai manusia yang penuh warna dan warni, penuh kesilapan demi kesilapan yang dilakukannya, survival seorang manusia yang pelik, yang pada akhirnya dia hanyalah seorang manusia biasa yang mungkin rindukan dan kepingin bertemu ibu kandungnya.

Ya, adegan pertemuan Kitten dan ibunya adalah adegan yang sangat menyedihkan dan mengharukan. Tetapi, demi kebahagiaan ibunya Kitten berlalu pergi tanpa ibunya mengetahui siapakah dirinya yang sebenar.

Alangkah hebatnya filem Breakfast On Pluto ini kerana lakonan Patrick Kitten yang dilakonkan oleh actor dari Ireland ini, Cillian Murphy. Bukan Batman Return, Red Eye, atau The Wind That Shakes The Barley yang membawa kepada kegemilangann Cillian Murphy sebagai aktor yang hebat, tetapi menerusi filem Breakfast on Pluto ini akan dikenang orang sebagai antara lakonannya yang hebat.

Kerana Cillian Murphy, Kitten terasa begitu real dan transparen dengan warna warninya, bahasa tubuh, gerakan mata malah jika kalian tahu dan mengenali Cillian Murphy dengan filem-filem sebelum ini, pasti kalian terkejut akan transformasi dan bakat luar biasanya itu. Kerana Cillian Murphy, watak Kitten begitu hidup, penuh dengan sedih dan kegembiraan yang berjaya diungkapkan dengan berkesan. Sebuah lagi lakonan yang setanding sama dengan lakonan Felicity Huffman dalam Transamerica.

Ini adalah sebuah filem "journey" . Filem tentang perjalanan kisah seorang manusia. Tetapi manusia ini berbeza watak peribadinya. Filem tentang perjuangan manusia mencari apa yang sama dimahukan oleh orang lain. Mencari kasih dan sayang, tetapi perjalanan itu diliputi peristiwa demi peristiwa yang sangat mengharukan. Ada baik dan buruk. Hitam dan putih. Kalian akan sedih meratapi kesedihan Kitten, dan pada masa yang sama mengharapkan yang terbaik untuk Kitten dan hidupnya, dan kalian berharap semoga dia pasti bertemu ibu kandungnya.

---> Sebuah trailer filem terbaik yang pernah aku tonton. Hanya menggunakan lagu klasik nyanyian Dusty Springfield : Windmills Of Your Mind, tetap menceritakan kehidupan Kitten. Watch it now, such a brilliant trailer!



Labels:

posted by Jimi Wiser @ Saturday, October 06, 2007  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart