Monday, October 01, 2007

Becoming Jane




Sejak dari zaman remaja lagi, aku cukup terpesona akan naskah-naskah filem yang menghidangkan tema bergenre period. Seperti yang anda maklumi, bahasa dialog yang puitis, wanita-wanita Ingeris dengan pinggang kurus yang ramping dengan korset ketat mereka. Dan, lelaki-lelaki " budiman " yang mungkin memulakan dialog mereka seperti


" allow me to introduce..."


Dunia Inggeris zaman seperti itu sangat mengasyikkan. Permulaannya aku dibesarkan dengan nama- nama seperti Helen Mirren, Maggie Smith, Emma Thompson, Judi Dench dan seterusnya Helena Bonham Carter yang sentiasa menjadi pilihan kepada nama yang sangat mashyur naskah - naskah filem Merchant Ivory seperti The Wings of The Dove.






English Rose, terma yang diberikan untuk wanita Inggeris yang dahulunya milik Helena Bonham Carter, dan kemudian menjadi milik Kate Winslet. Kate Winslet yang menjadi pelakon wanita Brittish termuda pada usianya 19 tahun, telah dicalonkan untuk anugerah Oscar menerusi arahan Ang Lee; Sense and Sensibility. Malah, beliau merupakan pelakon Brittish yang berjaya dengan memiliki lima pencalonan Oscar setakat ini, dan kebanyakan pilihan filem lakonannya adalah menerusi buku-buku yang dibacanya seperti Hamlet, Jude, dan banyak lagi. Tetapi, dia lebih dikenali sebagai Rose Dewitt Bukater. Ya, gadis kelas atasan yang jatuh cinta kepada Jack Dawson dalam Titanic.


Terma English Rose seterusnya milik pelakon muda Keira Knightley yang memukau penonton dengan lakonannya yang bersahaja dan kecantikannya menerusi Pride and Prejudice.


Maka, kalian mungkin boleh mengatakan Jimi akan berat sebelah dengan pilihan filem periodnya, kerana dia sangat menggemari menyelami dunia bahasa dan dialog yang bijak dalam filem-filem sebegini, ataupun sekadar menikmati pemandangan " countryside" dalam filem-filem sebegini, dan ia tidak pernah gagal mengkagumkan aku.


Arghh, panjang pula introduksi ini.






Apa ada pada Sense and Sensibility dan Pride and Prejudice? Buat kalian yang tidak tahu, dua filem itu adalah bersandarkan naskah novel Inggeris yang sangat terkenal. Tidak lain dan tidak bukan namanya ialah Jane Austen.


Jane Austen, selain daripada Emily Dickenson dan Virginia Wolf, adalah nama penulis wanita yang sangat terkenal, malah naskahnya masih dibaca dan dikagumi sehingga ke hari ini. Masyarakat seperti terpesona dengan dunia wanita pada zaman dahulu, bagaimana mereka memilih pilihan hidup mereka akibat daripada paksaan darjat, keturunan dan pemikiran yang bebas.


Terma kebebasan, manusia berjiwa bebas dan boleh berantakan mengikut pilihan isi hati wanita pada waktu itu sangat mustahil. Maka, pada waktu itu Jane Austen terkenal dengan watak- watak novelnya yang mempunyai nilai- nilai hidup yang menentang stigma dan stereotaip masyarakat ketika itu.







Jika kalian membaca novel-novelnya, atau menghayati karakter-karakter yang diciptanya, pasti kalian tahu bahawa Jane Austen, tidak sekadar menghidangkan naskah cinta semata-mata sebaliknya secara ironi melanskapkan pandangan dan kritikannya terhadap masayarakatnya pada zaman dahulu.


Jika begitu hebatnya naskah-naskah Jane Austen yang selama ini novel-novelnya telah banyak difilemkan, apakata kita bikinkan sebuah filem tentang penulisnya? Ya,tentang hidup Jane Austen! Sudah tentu kalian dan terutamanya aku kepingin menontonnya. Menyelaminya kehidupannnya.

Hakikatnya, ini bukanlah perkara yang baru. Baru sahaja Renee Zelwagher melaburkan duit syarikatnya dengan filemnya Miss Porter, penulis buku kanak-kanak yang terkenal. Sekali lagi, tema hidup wanita yang memilih untuk tidak berkahwin dan stigma masyarakat dihidangkan.


Oh, sebelum itu, Nicole Kidman dengan hidung palsunya dalam filem The Hours, melakonkan watak Virginia Wolf, seorang lagi novelis Inggeris terkenal yang akhirnya membunuh diri kerana jiwanya yang kacau dan terganggu. Dan, pemuisi terkenal Slyvia Path yang dilakonkan oleh Gwyneth Paltrow juga membunuh diri akhirnya. Jadi, kini menjadi suatu trend pula mereka mahu membikin filem tentang novelis terkenal.


Mungkin kerana nama Jane Austen adalah nama besar, aku begitu skeptikal pabila mengetahui bukan Kate Winslet ataupun Keira Knightley melakonkan watak Jane Austen dalam filem Becoming Jane ini. Tetapi, sebaliknya watak yang sebegini besar diberikan kepada Anne Hathaway.


Ya, remaja dengan rambut hodoh dalam Princess Diaries, yang seterusnya melebarkan kematangan kerjayanya dalam Brokeback Mountain dan seterusnya berganding bersama Merryl Streep dalam The Devil Wears Prada.


Seorang pelakon Amerika telah diberikan tanggungjawab menjadi Jane Austen?. Aku boleh bayangkan betapa elegannya kiranya Natalie Portman sebagai Jane Austen, tetapi Anne Hathaway?

Jadi, setelah menontonnya, apakah keputusan aku?


Aku menonton dengan jangkaan yang rendah, yang mungkin menonton filem ini akan mengecewakan aku terribly.Tetapi, aku tetap berpendapat Becoming Jane masih lagi dalam kelompok filem-filem period yang aku gemar.


Becoming Jane ada kesemua intipati yang aku suka dalam genre filem sebegini. Dialog yang bagus dan penuh bermakna sentiasa sahaja diungkapkan antara pelakon-pelakonnya, Seperti dialog sebegini


Mrs. Austen: Affection is desirable. Money is absolutely indispensable!


Seperti filem-filem period yang lain, sinematografi yang cantik, seperti lanskap lukisan , pemandangan countryside yang amat menenangkan.


Filem ini juga menepati ramalan aku tentang keseluruhan tata seni dalam filem period. Bandar lama yang nampak real dan begitu juga keseluruhan set dalam filem ini. Amazing.


Jalan cerita masih lagi dalam kelompok yang klise. Hakikatnya, aku pun tidak pasti samada aku menonton Pride and Prejudice atau Becoming Jane, dan berpendapat filem ini terlalu banyak meminjam karakter daripada naskah Jane Austen sendiri iaitu Elizabeth Bennet dalam Pride and Prejudice.


Jadi, kekecewaan itu berpunca daripada keinginan aku mengharapkan aku dapat menjumpai diri Jane Austen sendiri yang mungkin digarap secara biografi mungkin seperti Ali atau Kinsey atau Capote Tetapi, hakikatnya ketiga-tiga filem itu pun tidak aku gemari. Maka, aku silap sekiranya aku mengharapkan Becoming Jane adalah tentang ketulenan hidup Jane sendiri.


Tetapi, kekecewaan itu dipadamkan dengan lakonan-lakonan pelakon yang memang bagus. Aku tidak mengharapkan dan tidak menjangkakan Anne Hathaway akan sebegini bagus. Pada saat sama, dia mampu merefleks wajah klasiknya. Ada keyakinan dan kesungguhan Anne Hathaway untuk menjadi seorang pelakon yang baik. Tetapi, adakah naskah ini terlalu besar buat Anne Hathaway ? Jika, anda menonton lakonan Gwyneth Paltrow dalam sebuah lagi karya Jane Austen dalam Emma, anda mungkin sependapat dengan aku, bahawa kedua-duanya mahu menjadi pelakon yang versatile, dan mungkin dengan cuba mengucap dialog dalam loghat British yang pekat, anda boleh dikatakan pelakon kategori Oscar? You tell me.


Apa yang sangat tepat dalam jangkaan aku adalah lakonan James McAvoy. Semenjak Narnia, (ya, Mr Humnus lelaki kerdil dengan telinga panjangnya itu) dan seterusnya The Last King of Scotland, aku memang menjangkakan dia akan menjadi seorang lagi produk United Kingdom yang berjaya untuk Hollywood.


Lakonannya sebagai Mr Lefroy, lelaki yang menjadi pujaan Jane Austen ini sangat cocok dengan watak yang dpegangnya. Mungkinkah, dia bakal menjadi the next Ewan McGregor?


Bertentangan dengan jangkaan aku yang mengatakan Becoming Jane GAGAL sebelum aku menontonnya, dan setelah menontonnya aku mendapati ia sebuah filem yang menghiburkan. Aku sukakan sentuhan romantisme dalam filem ini. Tipikal filem period Inggeris dengan jenaka sindiran yang cukup ironi. Dialog yang bijak. Lakonan yang bagus.

Apalagi yang anda mahukan?



Ia masih sebuah lagi tema wanita dalam tahun 1800 yang pada ketika itu, wanita tidak layak mempunyai " brain" kerana wanita hanya boleh berbicara tentang cuaca dan perkahwinan sahaja. Maka, di situlah wujud Jane Austen dan wanita-wanita lain sepertinya yang merubah stigma budaya ketika itu.


Jika kalian gemarkan Shakespeare in Love, The Wings of The Dove, Pride and Prejudice, Sense and Sensibility, Emma dan terbaru Miss Porter, oh pasti kalian gemarkan naskah Becoming Jane ini.


Yang kalian suka akan irama latar lagunya amat klasik yang menggunakan khidmat strings and okestra besar dan gagah, bersama dialog hebat dilakonkan di tepi hutan Inggeris atau tasik yang tenang.


Aku akhirkan ulasan aku dengan sebuah kenyataan yang dipetik oleh Anne Hathaway sendiri tentang perkembangan kerjayanya sebagai pelakon. Dia yang mengkagumi Kate Winslet menyebut....


Anne Hathaway has lavished praise on British actress Kate Winslet for her " greatness". The Devil Wears Prada star Hathaway admits she was reduced to tears by an interview with the Titanic star - because Winslet's success reminded Hathaway she still has a long way to go as an actress. She says, “ People say I appear controlled but I'm just all over the place. I cry terribly easily. “I was reading an article about Kate Winslet in Vogue and I love her so much I started crying, realizing how great she is and how far I have to go."


( Source: contactmusic.com )



Jadi, Anne Hathaway, nasihat Jimi untuk kamu, you are not the English Rose as Kate Winslet ever….but terima kasih kerana mencuba dalam Becoming Jane ini. Usaha lagi.


I think I want to watch Kate Winslet again in Sense and Sensibility. I miss her dearly. And, later accompanied by Kiera Knightley in Pride and Prejudice.





Kate Winslet as Marianne Dashwood in Sense and Sensibility

" Love is not love which alters when it alteration finds nor bends with the remover to remove It is an ever fixed mark that looks upon tempests and is never shaken. It is a a star to every wandering bark whose worth unknown though his height be taken. Love's not time's fool though rosy lips and cheeks within his sickle's compass come. Love alters not with its brief hours and weeks but bares it out even to the edge of doom. If this be err and upon me proved, I ne'r writ nor no man ever loved"





Keira Knightley as Elizabeth Bennet in Pride and Prejudice

" Your arrogance and conceit, your selfish disdain for the feelings of others made me realise you were the last man in the world I could ever marry."



Anne Hathaway as Jane Austen in Becoming Jane

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Monday, October 01, 2007  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart