Saban tahun, sambutan hari raya di peringkat sekolah, adalah hari yang memang aku nantikan. Anak - anak aku akan melaram dengan baju raya mereka, sambil membawa kuih raya yang masih berbaki di rumah, berkongsi sesama mereka.
Aku tersenyum dan hati gembira mengamati dan mengkagumi baju raya mereka yang dipakai. Ada juga yang sedondon dengan warna tudung, dan sepatunya juga masih mengikut skema warna yang sama. Bergaya sungguh mereka.
Menunya hari ini, nasi impit bersama rendang ayam.Kuah lontong. Roti jala bersama kuah kari. Masing-masing kemudian berkongsi menikmati biskut raya yang beraneka rasa dan bentuk.
Guru-guru sibuk menyibukkan diri. Jimi pun sibuk mahu merasa kuih-kuih yang dibawa. Beberapa stesen dibuat, sebagai simbolik kepada konsep beraya dari " rumah ke rumah" , guru-guru akan dijemput dan mulalah tradisi beraya dari " rumah ke rumah", iaitu dari kelas ke kelas yang lain.
Inilah masanya aku membuang segala "prosedur atau protocol" aku sebagai guru mereka, sebaliknya aku menjadi seorang yang menyibuk tanya itu dan ini, bergurau senda sesama mereka, mengutip berita dan cerita hari raya mereka di kampung.
Masing-masing tersenyum riang. Mulut penuh dengan serbuk kuih yang kadangkala tersembur akibat ketawa keriangan. Hati mereka gembira riang. Sambil menikmati hidangan Hari Raya yang penuh sederhana tetapi tetap ceria.
Sambutan hari raya yang sangat aku nantikan, memerhatikan keriangannya, malah lebih meriah dari Rumah Terbuka yang penuh kesesatan di tv- tv yang dijaja- jaja " mereka".
Keriangan aku terhenti seketika, dan hati aku menangis dan sebak pabila menonton berita malam kelmarin, dua kanak-kanak yang pergi beraya dirogol oleh tuan rumah. Kasihannya , duit raya yang diidam, derita seumur hidup yang diterima. How could these people can be such CRUEL and ANIMAL, so much for the progressive Malaysians, after all, negara kita dah ada angkasawan! Sigh!
These young people , and for such their cuteness, deserve every happiness they should have in this world, and we adult always act like a JERK.
for every happiness and laughter they should have....
Labels: cikgu Jimi, laments