Thursday, August 16, 2007

Anak The Movie


Setelah menonton filem Anak The Movie ini , aku harus mengiktiraf filem ini sebagai sebuah filem bikinan negara Filipina yang agak penting. Setidak-tidaknya menceritakan bagaimana kehidupan, permasalahan sosial yang mungkin tidak sengaja dipaparkan tetapi maha penting dalam filem ini.

Filem ini cukup bagus ditonton, hinggakan mereka menghantar ianya sebagai filem rasmi untuk dipertandingkan di Academy Awards untuk negara mereka. Mungkin sahaja filem ini cukup bagus untuk dipertandingkan, dan sewajarnya juga kalian harus menonton filem ini, Anak The Movie.

Anak , takrifan yang bermasuk anak. Juga membawa maksud yang sama dalam bahasa Malaysia. Ia kisah melodrama – yang cuma mengisahkan secebis kisah manusia yang berperang dengan kasih sayang, pengorbanan, khianat atau kesetiaan sesama darah daging sendiri. Atau adakah ianya menepati peribahasa : Air Di Cincang Tidakkan Putus?

Masih relevankah peribahasa itu dewasa ini?

Josie, wanita yang seperti kebanyakan wanita Filipina yang lain. Terpaksa mencari rezeki di tanah orang di luar negara semata-mata kemiskinan dan tipis peluang untuk menampung kehidupannya malah yang lebih penting lagi, adalah untuk keluarganya.

Ketiga-tiga anaknya sangat memerlukan kehidupan yang selesa. Pendidikan, belanja dan segalanya. Kerana, bukankah itu tanggungjawab seorang ibu atau bapa?

Suami Josie, mungkin seorang lelaki yang romantik, lembut hatinya tetapi dia bukanlah lelaki yang mampu memimpin keluarganya, terutamanya dalam masalah kewangan. Maka, Josie harus menjadi seorang " pembantu rumah " demi keluarganya.

Lalu, ditinggalkan mereka sekeluarga. Dengan harapan, mereka semua menghargai pengorbanan yang dilakukannya. Sesekali, mungkin 2 atau 3 tahun sekali, Josie akan pulang, cuba mengutip kembali apa yang tinggal, apa yang telah Josie ketinggalan.

Tetapi, kepulangan Josie kali ini untuk selamanya. Dkumpulkan wang yang difikirkan cukup untuk berniaga. Tetapi, kepulangannya seperti menuntut permulaan yang sangat sukar.
Anaknya yang paling bongsu takut mendekatinya kerana dianggapnya asing. Anak kedua, lelaki teruna menghadapi masalah di sekolahnya. Anak sulungnya, Carla semakin menjauh diri malah membenci apa sahaja yang berkaitan dengan Josie ibunya sendiri.

Seperti bernanah kebencian itu yang tunggu sahaja letupannya. Carla menyalahkan segalanya kepada ibunya. Kematian ayahnya yang mana ibunya tidak pulang untuk menghadiri majlis pengkebumian tersebut ( jika Carla tahu bahawa ibunya dikurung dan dikunci oleh majikannya pada saat itu).

Josie pula seperti mahu cuba memperbaiki yang sudah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi. Semakin dia mencuba untuk mendekati anak perempuannya, Carla, semakin sukar dia mengerti perasaan dan jiwa rasa anaknya itu. Yang akhirnya, pertelingkahan demi pertelingkahan semakin menjadi-jadi.






Apa yang menyedihkan dalam filem Anak The Movie ini, ialah ia tidak jauh dari realiti kehidupan. Kisah ini seolah-olah mewakili setiap masalah wanita-wanita Filipina yang terpaksa meninggalkan famili mereka. Mengikat perut, menyimpan duit sebanyak mungkin dengan harapan anak-anak mereka di tanah air mereka dapat menjalani hidup yang senang.

Ketiadaan wanita-wanita suri ini di rumah mereka sendiri menyebabkan wujudnya "spill over effect" terhadap masalah sosial Filipina yang lain. Dalam filem ini dipaparkan pelbagai peristiwa seperti apa yang berlaku kepada sahabat akrab Josie yang sangat meruntun perasaan.

Carla mungkin mewakili anak-anak Filipina yang ditinggalkan dan yang terbiar tanpa dorongan dan sokongan meskipun perut mereka diisi makanan dan pakaian yang mencukupi. Josie melambangkan wanita-wanita Filipina yang cukup cekal, menjadi hamba di tanah orang dan sanggup meninggalkan segalanya tetapi hanya mampu merindui jauh keluarganya.

Alangkah malangnya, apabila pulang didapati anaknya begitu membencikan dirinya, sedangkan dia sudah banyak berkorban. Adakah ini satu lagi krisis Tanggang atau Malin Kundang yang masih wujud di dunia ini?

Keseluruhan filem ini bergantung kepada lakonan dua wanita yang hebat ini. Vilma Santos sebagai Josie, ibu dan juga wanita tabah ,sangat hebat merealisasikan wataknya dengan jaya. Ada sedikit elemen humor pada wataknya dan keseluruhan emosi sedih, benci, marah yang diungkapkan sungguh menakjubkan.

Sebagai anak gadis remaja yang terpesong akibat emosi yang berantakan. Carla lakonan Claudine Baretto sangat mengesankan, beberapa filem dan drama lakonannya pernah ditonton, aku harus mengatakan ini adalah lakonan Claudine yang terbaik.

Paling aku suka adalah adegan akhir filem ini. Aku suka melihat watak Josie berada di lautan wanita-wanita Filipina yang lain, seperti menggambarkan bahawa kisah Josie hanyalah secebis kisah daripada ribuan wanita-wanita " pembantu rumah" ini di negara-negara orang. Yang sanggup meninggalkan segalanya demi keluarga tercinta.


:: Ulasan filem ini turut dimuatkan di blog forum NSR, pengedar rasmi vcd original filem ini.

:: Sementara itu, bacalah kisah benar anak yang derhaka ini yang berlaku di Indonesia.



movie seorang anak durhaka yang sempat berhasil direkam Hp saat ia di rukyah agar kembali menjadi seorang manusia
Ceritanya begini (semoga tidak salah) : ada seoranganak perempuan yang ingin pergi ke malaysia menjadiTKW minta uang pada ibunya, tetapi sang ibu saat itulagi sholat, sambil ngomel anak tersebut berkata " Kalo tidak dikasih uang lebih baik aku jadi ikan saja biar bisa ke malaysia !" rupanya si ibu masih sholat sehingga tidak menjawab permintaan anak tsb.
Lalu ia marah-marah karena tidak digubris dan menendang ibunya yang lagi sholat, namun naas ibunya langsung meninggal saat itu juga, tidak berapa lama tubuh anak tsb berubah wujud jadi ikan pari tapi masih terlihat ke manusiaannya yaitu ada payudara mulut dan mata tapi berubah besar seperti di film alien.
Sewaktu di rukyah ia menangis terus sehingga akhirnya ia di masukkan ke sungai dan selang beberapa jam ia kembali ke darat dan mohon maaf/ taubat dan berubah kembali menjadi manusia tetapi setelah itu meninggal.
Wallahu alam.




Labels:

posted by Jimi Wiser @ Thursday, August 16, 2007  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart