Wednesday, August 29, 2007

Anak Bangsaku Malaysia



Kiranya menjadi seorang pendidik, terlekat di sanubari kisah ceritera kemerdekaan yang perlu diulang siaran saban tahun.

Musimnya hari demi hari, lagu Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan kini Malaysiaku Gemilang diputarkan tanpa jemu.

Anak kecil sibuk berlatih koir, memilih lagu Tangal 31 alunan cendera arwah Sudirman dipilih. Jeritan dan tona suara yang seperti pecah dan " pitching " nya lari, bersemangatnya mereka menyanyikannya.

Pabila ditanya " Tanggal itu apa, Zaiful?"

Jawabnya manja " Tak tau"

Tahun lalu, sewaktu aku ditugaskan menjadi pengarah program sambutan Kemerdekaan, jenuh juga membimbing murid tahun 1 dan 2

" Mendeka, mendeka, mendeka!!"

" bukan mendeka, merdeka lah" aku tertawa mengilai kerana kesalahan atau mungkin sahaja pelat anak kecil yang sukar dilenyapkan.

Mencari maknawi daripada terma Merdeka mungkin sukar dijawab atau dimengertikan. Kerana perasaan abstrak itu tidak mungkin difahami. Kita mungkin mampu menceritakan makna merdeka keseluruhannya, tetapi mampukah mereka mencernakannya?

Pendidik yang berbasi-basa, mengutip keringat bahawa hajatnya anak- anak pasca merdeka tahu, sedar malah boleh menghargai kenikmatan kemerdekaan yang sepenuhnya.

Bahawa, tanpa saksi dan keraguan, jiwa mereka bebas untuk bercita dan bercitra. Tentang hidup lebih daripada perspektif hanya menjadi doktor, peguam atau ahli korporat.

Tanamkan azimat, bahwa juara itu boleh digapai dan digenggam.Tidak persis datuk dan moyangmu dulu yang dinafikan hanya kerana dirimu seorang wanita yang layaknya duduk di dapur atau bangsa yang tidak berdaulat kerana bangsamu yang dijajah.

" Cikgu, kalau saya jadi macam cikgu, bleh tak?"

" Tak usahlah sayang, jadilah pensyarah, kan lebih tinggi daripada cikgu biasa macam cikgu, jadi cikgu pakai WIRA biasa sahaja"

" kalau boleh, cikgu nak anak murid cikgu jadi lebih baik. Lebih tinggi, lebih gemilang. Mana tahu, suatu hari nanti, Faizah buka restoran nasi lemak yang terkenal di New York yang namanya ANAK LESUNG, ataupun NYIOR !!"

Ketawa mengekeh anak-anak aku. Lawak aku menjadi.

" Tak semestinya, semuanya jadi doktor.kalau minat bermain bola, jadilah pemain bola sepak terhandal, suka menyanyi, jadilah penyanyi yang sangat termasyhur, apa sahaja…yang penting, mesti? Mesti apa?

" Bersungguh-sungguh" jawab mereka.

Alhamdulillah. Bisik hati kecilku.

Aku betul-betul mengharapkan kepastian yang berkekalan. Jika mereka menjejaki ke alam menengah, mereka tidak terpengaruh budaya " merempit " budaya bercinta sebelum waktunya, budaya malas membaca, budaya menangguh kerja”

Minta dijauhkan mereka terhenti destinasi hidup di pusat serenti. Minta dijauhkan mereka berada di penjara kerana jenayah.Minta dijauhkan sama sekali, menjadi sampah masyarakat.

Sekiranya terjadi sedemikian, masyarakat akan menyalahkan guru yang tidak mendidik.

“hoi, tak sekolah ke?”

“ cikgu tak pernah ajar ke?”

Tidak mengapalah, biarlah yang duduk di atas itu yang mendapat nama. Biar sahaja ahli politik yang pandai sahaja mengatur buah catur, bijak memanipulasi polisi untuk menaikkan nama. Biar dicaci cerca.

Pastinya, ini hidup yang dipilih. Kerana tugas ini dipikul dengan benar dan jujur. Pasti ada ganjarannya, meskipun bukan di dunia.

Tiga tahun lalu, di maktab perguruan. Alunan lagu dilontarkan penuh jiwa. Sebak menyelubungi seluruh tulang dan kulit.


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjani
Mendidik dan membimbing
Putera puteri negara kita




Pahlawan Tok Janggut yang digantung oleh Inggeris


Seorang guru tua satu hari mempunyai urusan di KLIA. Tanpa diduga, bekas murid datang menegurnya.

" Sir, still remember me?, I am Iskandar. Anak murid cikgu "


Setelah merisk dan bergebang, rupanya seorang doktor pakar bedah terkenal di London. Mempunyai gaji 10, 000 pound sebulan.

" Mengapa tak bekerja di HUKM?"


" the pay is very low, 5, 000 sebulan sahaja"

" Aku tak mengajar anak-anak murid menjadi sebegini TAMAK. Aku tak mengajar anak-anak bangsa aku sebegini KIASU " marah guru tua itu.

" Balik ke Malaysia, beri sumbangan pada tanah air kamu."

" Sudah berapa sumbangan beri kepada masjid?"

" Sudah berapakah sumbangan kamu bagi kepada Negara kamu?"

" Sudah berapa duit kamu beri kepada sekolah lama kamu ? "


Murid itu hanya diam membisu. Malu berbalam merah menaham malu.Aneh dan ironi. Hanya seorang guru tua yang mampu memarahinya dan mengubah lanskap perspektif hidupnya serta merta.

" Aku tak pernah mengajar anak murid aku sebegini derhaka kepada BANGSA dan NEGARA"

Selamat menyambut ulangtahun ya. Ulangtahun kemerdekaan kita. Marilah kita isi 50 tahun akan datang dengan penuh kejayaan mendatang. Dan, sentiasalah doakan JIMI supaya terus kukuh dan tekad mendidik anak-anak Malaysia.

Labels: ,

posted by Jimi Wiser @ Wednesday, August 29, 2007  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart