Monday, July 30, 2007

The Ultimate Gift


Red Stevens seorang jutawan barangkali juga seorang ' billionaire' yang telah menemui ajal. Red Stevens meningalkan harta yang banyak, mengakibatkan anak dan saudaranya ternanti-nanti wasiat harta Red. Kesemua mendapat sebahagian harta, tetapi mereka (anak-anak Red Stevens) masih lagi tidak berpuas hati. Hanya peguam Red Stevens sahaja yang mengetahui berapa banyakkah harta yang dimiliki.

Jason Stevens, salah seorang cucu Red Stevens. Manja dengan kemewahan. Ego dan sombong. Malah, keangkuhannya menjadi bualan semua orang. Dia datang untuk mendengar sekiranya dia juga memiliki harta yang diwarisi. Walaupun sebenarnya, dia berpendapat dia tidak mungkin mewarisi harta datuknya, kerana dia selama ini mempunyai hubungan yang cukup dingin dan sangat membenci datuknya.

Tetapi, sebelum datuknya menemui ajal, dia telah membuat satu wasiat dan amanat yang panjang khusus untuk Jason.

Amanat datuknya ; Jason mungkin akan diberi ' hadiah' sekiranya dia berjaya menyempurnakan beberapa siri tugasan yang perlu disempurnakan oleh Jason. Jason mendapati wasiat untuknya sangat pelik dan tidak memperdulikannya pada awalnya. Setelah memikirkannya dia mungkin dapat mewarisi harta datuknya yang masih banyak lagi, dia ingin mencuba tugasan yang diberikan oleh datuknya.

Datuknya, menyediakan beberapa tugasan yang dipanggil ' a series of gift ' yang bakal diperoleh oleh Jason. Tugasan yang pertama oleh Jason ialah dia harus pergi ke salah sebuah ladang milik rakan Red Stevens.

Alangkah terkejutnya Jason , bahawa apa yang perlu dilakukannya ialah membuat kerja-kerja ladang selama sebulan. Walaupun, pada awalnya dia cuba berdegil, tetapi memikirkan yang dia mungkin bakal mewarisi harta, dia berjaya menyelesaikan tugasan yang pertama itu. Tetapi, dia masih lagi kecewa kerana tidak mengetahui apakah ' gift' yang bakal diterimanya.

Dan, bermulalah beberapa siri tugasan yang perlu diselesaikan oleh Jason Stevens. Jason Stevens berbelah bahagi dengan setiap tugasan yang perlu dilakukannya, yang dianggapnya mengarut dan merepek. Tetapi, pada akhirnya dia mula menyedari ' lessons' yang disedari atau tidak telah merubah dirinya daripada menjadi seorang cucu jutawan yang bongkak dan sombong kepada seorang lelaki yang baru menyedari bahawa " wang bukanlah segalanya"

Jason juga, pada masa yang sama berkenalan dengan seorang kanak-kanak perempuan yang dianggapnya kawan pertama yang " jujur " terhadap dirinya. Malangnya, kanak-kanak itu bakal menemui ajalnya kerana mengidap leukemia dan saat itu Jason Steven sanggup berkorban tanpa memikirkan dirinya sendiri, dan bermulalah peralihan atau tarnsformasi jati diri Jason.
Sebuah filem yang cukup meruntun perasaan, tetapi bukan setakat itu sahaja. Ia bermain dengan prinsip hidup yang mulia. Ia mungkin dianggap klise dan stereotaip, tetapi jalan cerita dan lakonan dalam filem The Ultimate Gift ini berjaya mengimbau makna " kehidupan sebenar".

Apakah maknanya hidup sekiranya kita menjadi kaya dan jutawan, tetapi kita tidak mengerti makna hidup yang sebenar. Beberapa siri " hadiah " yang perlu disempurnakan oleh Jason adalah siri pengajaran yang ingin disampaikan oleh mendiang datuknya. Antara siri cabaran hadiah itu ialah

The Gift of Friend
The Gift of Money
The Gift of Family
The Gift of Knowledge

Dan banyak lagi siri ' hadiah ' yang perlu disempurnakan oleh si Jason. Dalam filem The Ultimate Gift ini, kita dapat melihat tranformasi watak Jason yang pada awalnya sangat sombong dan angkuh, dan mungkin anda sebagai penonton filem ini sangat bencikan wataknya. Perlahan- lahan, kita sebagai penonton dapat melihat kesungguhan Jason, yang dapat menilai yang manakah intan dan kaca dalam kehidupannya Betapa, kehidupannya selama ini hanyalah satu pertunjukan yang sia-sia sahaja.

Filem The Ultimate Gift ini bukanlah sebuah sempurna yang pernah aku tonton. Ada adegan - adegan yang begitu canggungan. Peralihan dari satu plot ke satu plot yang lain agak bercelaru dan tidak kemas. Tetapi, yang menjanjikan kelainan dalam filem The Ultimate Gift ini ialah dukungan watak yang diterajui oleh bukanlah nama-nama besar tetapi mampu diwarnakan dan dijayakan dengan cemerlang.


Drew Fuller yang selama ini anda kenali dalam siri Charmed memegang watak sebagai Jason Stevens yang mempunyai ' range' lakonan yang panjang. Dan, kita dapat melihat tansformasi karakter dan peralihan yang begitu bagus. Begitu juga, pelakon wanita yang dilakonkan oleh Ali Harris. Riak wajah dan bahasa tubuh yang bersahaja amat menyenangkan. Dengan memilih untuk tidak 'over doing it' adalah pilihan yang betul dan tepat.

Abigail Breslin sebagai anak kecil perempuan yang menanggung kesakitan Leukimia, tetapi mempunyai jiwa rasa yang ceria dan periang cukup berkesan dilakonkan oleh beliau. Malah, aku merasakan lakonan Abigail lebih cemerlang daripada Little Miss Sunshine.

Ada sesuatu yang berlainan ditawarkan ; tema, konsep dan jalan cerita yang unik dalam filem The Ultimate Gift ini. Mungkin, jika kalian sabar dan betah melayan perasaan anda menerusi filem ini, mungkin mendapat sesuatu yang berharga daripada filem kecil ini daripada " letupan demi letupan " filem-filem box office yang kebanjiran sekarang ini.

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Monday, July 30, 2007  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart