Tuesday, June 12, 2007
|
The Fountain
|

Seandainya kalian bertemu dengan satu bahan di dunia ini yang dikatakan boleh mengekalkan kehidupan kalian sebagai manusia, dan anda kekal hidup sebagai manusia selama-lamanya,mahukah kalian mencarinya?
Mahukah kalian hidup tanpa kematian selama-lamanya?
Seandainya kalian menemui cinta sejati, dan kekasih hati itu perlu hidup selama-lamanya kerna kalian tidak bisa melihat dia meninggalkan dunia ini.
Inilah sebuah filem yang mencari maksud pengorbanan cinta dan kasih sayang.Tetapi dengan lebih mendalam maksud dan maknanya, The Fountain cuba menyelongkar tema kematian dan kehidupan dalam maksud perspektif primitif, , budaya, agama dan kepercayaan malah secara langsungnya merungkai makna kehidupan dan kematian dalam pisahan artistik, realistik dan idealis.
 Jangan gusar.Ini bukan kisah cinta dan sayang klise. Ini juga bukan kisah sci fi atau yang aku anggapkan sebelum ini sebagai celupan atau acuan daripada filem siri Highlanders yang dicampur adukkan dengan beberapa kepercayaan agama dan budaya.
Tetapi, setelah menontonnya;
Ia seperti berpuisi dan bermonolog dengan tema, barisan ayat-ayat dialog yang sangat menghantui logik dan fikiran aku.
Ia seperti poskad-poskad aneh dan unik dan cantik. Mainan panca warna sebagai manifestasi kehidupan fantasi dan magikal – pemisah hidup logik dan sebaliknya sangat bijaksana.
Maka, betullah kata sahabat online aku, jika aku memikirkan sinematografi Children of Men, atau Pan' s Labyrinth adalah yang mengkagumkan, maka bersedialah untuk sekali lagi sesuatu yang mengkagumkan dalam The Fountain.
Menariknya, filem ini menceritakan tiga kisah dalam satu masa
Silam; Maharani Isabella, dari negara Sepanyol memerintahkan hulubalang handalannya supaya mencari sebuah Pokok Kehidupan. Pokok Kehidupan ini dipercayai dan diyakini akan menyelamatkan negara Sepanyol daripada dijajah. Sebagai balasan, hulubalang itu dijanjikan maharani, dirinya sendiri sebagai miliknya.
Kini: Seorang doktor atau saintis perubatan yang sangat mencintainya isterinya. Terlalu menyayanginya. Sehinggakan, dia begitu yakin dapat mencari penawar bagi kesakitan barah isterinya. Malah, dia begitu mempercayai bahawa isterinya akan hidup selamanya.
Hadapan: Pasca cerita yang digabungkan bagaimana antara realiti, fantasi atau mimpi, bagaimana doktor atau saintis itu mengutip sisa-sisa kenangan manis bersama isterinya, dan mahu begitu meyakini bahawa adakah isterinya sudah mati atau sebaliknya.

The Fountain adalah tentang hidup. Ia juga tentang kelahiran semula. Ia jua tentang perjalanan hidup manusia. Yang pada akhinya memaksa kita untuk memilih samada untuk mati atau hidup. Dan, adakah kita sanggup berkorban segalanya sekiranya kita menemui kesaktian hidup?
Filem The Fountain yang banyak meminjam konsep kepercayaan dan agama untuk meletakkan kita sebagai penonton terbuai antara realistik dan mahu mempercayai ianya wujud. Ya, wujudnya sebuah pokok yang rendang pohonnya, yang mana pohon itu dikelilingi tasik yang indah. Sekiranya anda memakannya, anda akan dikurniakan kehidupan yang kekal selama-lamanya.
Berdasarkan premis lagenda ini, The Fountain cuba menggeledah makna cinta yang satu dan kekal. Apakah kita sanggup berkorban untuknya, adakah kita terlalu menyayangi seseorang itu sehingakan kita sanggup menipu sebuah kematian?
Sutradaranya Darren Aronofsky yang sebelum ini mengejutkan dunia dengan naskahnya Pi dan Requiem of A Dream , sekali lagi berjaya memanipulasikan filem sebagai medium untuk bermadah dan berpuisi dengan tema kematian, kehidupan. Malah puisi filem ini digambarkan dengan sungguh cantik warnanya. You have to see it to actually believe it.

Rachel Weiss dalam flem The Fountain ini sangat mengharukan, mengkagumkan malah aku tidak mengatakannya secara keterlaluan, bahawa dia lebih baik daripada filem yang merangkul Oscar pertamanya menerusi The Constant Gardener! Ada sesuatu tentang emosinya. Kecewa, berantakan, sedih dan pilu, penuh pengharapan tentang kasih dan cintanya terhadap suaminya. Dan, bukan itu sahaja inilah sahaja filem yang kalian dapat bedakan personaliti dan dinamikanya Rachel Weiss yang memegang watak sebagai maharani Isabella dan juga sebagai wanita yang menanti ambang kematian.
Ketepikan siri X Men sekiranya wasangka dengan bakat Hugh Jackman yang tidak akan ke mana-mana. Tetapi, harus diingat pelakon dari negara Australia ini terlebih dahulunya cemerlang dalam dunia pementasan, dan memalui The Fountain, anda mungkin berdebar menyaksikan betapa agungnya cinta seorang lelaki yang sanggup menghabiskan seluruh hidup mencari penawar kesakitan isteri yang dicintainya.
Aku teringatkan kekaguman aku kepada Eternal Sunshine of Spotless Mind apabila menonton The Fountain. Aku teringat Pleaseantville apabila teringatkan mainan warna sepertimana The Fountain. Aku terpesona dengan kedalaman mesej Talk To Her dan aku samakan dengan The Fountain.
 Ini bukan filem Artsy Fartsy yang entah apa-apa. Tetapi ini pun bukan filem buat mereka yang suka kepada letupan demi letupan.
Ini adalah The Fountain. Filem yang dikritik oleh pengkritik antarabangsa sebagai mengarut dan meloyakan, sebaliknya buat Jimi, filem yang penuh puisi yang mendalam.
Take it or leave it. Hate it of love it. Take my advise; This movie is not for closed minded idiots.
Some best moments from the movie
Labels: filem |
posted
by Jimi Wiser @ Tuesday, June 12, 2007

|
|
|
|